Friday, December 5, 2008

KHUTBAH JUMAAT

CEGAH SKIM CEPAT KAYA

Putrajaya - Umat Islam telah dingatkan supaya tidak mencari rezeki dengan menyertai skim cepat kaya, kerana perbuatan itu berlawanan dengan Islam dan satu penipuan, demikian khutbah Jumaat Masjid Putra di sini, pada hari ini.
Khutbah itu disampaikan oleh Imam, Ustaz Haji Salleh Saad.
Khutbah tersebut dimulakan dengan membari ingat kepada umat Islam supaya memakan rezeki yang halal dan baik seperti yang diarahkan oleh Allah dalam Quran:
Makanlah rezeki yang halal lagi baik yang
dikurniakan Allah kepada kamu semua.
Dan bertaqwa kepada Allah yang kepada-
Nya kemau sekalian beriman. - Al Maidah: 88.
Khutab Jumaat tersebut juga menasihatkan umat Islam supaya tidak melakukan perbuatan membawa masuk wang luar ke negara ini tanpa kebenaran Bank Negara Malaysia.
Menurut khutbah itu,perbuatan tersebut menyalahi udang - udang negara dan akan mengakibatkan yang melakukannya mendapat siksaan seperti didenda, di penjaran dan harta benda dirampat oleh pihak yang berwajib.


No comments: