Friday, December 12, 2008

POLITIK KELANTAN


KEKUATAN PAS KELANTAN PADA NIK AZIZ

Oleh: Mokhtar Petah

Dalam sebuah warong nasi kandar, di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, empat lelaki Kelantan berusia antara 30 dengan 50 tahun sedang menghadapi empat cawan tea tarik dan empat pinggan roti perata (roti canai) – mereka orang politiki PAS – sedang bercakap tentang masa depan PAS di negeri mereka.
Mareka tidak kenal saya yang duduk menghadapi meja sebelah meja mereka. Kerana mreka bercakap dailet orang Kelantan, saya terpaksa menterjemahkan percakapan mereka.
Rejemahan itu demikian: “Kalau PAS nak pertahankan kedudukannya memerintah Negeri Kelantan, Datuk Nik Aziz mesti letak jawatan Menteri Besar dan serahkan kepada orang lain.”
LEPASAN UNIVERSITI
“Kalau selalu sakit mana boleh hendak memerintah. Kami khuatir dalam pilihanraya akan datang Barisan Nasional akan dapat merampas Negeri Kelantan.”
Mengikut penelitian saya, mereka bukanlah lepasan universiti atau mempunyai pengetahun politik – sains politik Islam - seperti yang ada dalam dada Nik Aziz dan Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang.
Saya telah mengkaji, sejak lepas 1969, sukar bagi UMNO - Barisan Nasional hendak menumbangkan PAS, kerana dalam PAS terdapat ahli – ahlinya seperti berikut:

1 - Ahli yang berilmu sekadar fardu air dan usuluddin,

tidak mementingkan kaya raya – tidak minta kaya –

tetapi berjuangan untuk menegakkan Negara Islam

dengan harapan mendapat keredaan Allah dan akan

masuk syurga ada 48%.

Dalam UMNO 16 %

2 - Ahli PAS yang terikut –ikutkan gaya hidup sekular

- menuntut kesenangan dunia dan keredaan Allah di

akhirat 30 %.

Dalam UMNO 52 %.

3 - Ahli PAS menggunakan politik untuk kepentingan

diri sendiri 5 %

Dalam UMNO 32 %

4 - Ahli PAS yang berpenetahuan tinggi berjuang

Tidak mengharpkan balasan dan kedudukan 17 %
Dalam UMNO 0 %

MENTERI BESAR
Kedudukan Nik Aziz di hujung jari 48% ahli PAS dan kumpulan pertama. Oleh itu jika beliau terpaksa atau dipaksa meninggalkan kerusi Meneri Besar Kelantan, PAS negeri itu akan menghadapi krisis dan dalam pilihan raya akan datang PAS akan kecundang di tangan UMNO – Barisan Nasional.
Tetapi kalau Nik Aziz meninggalkan kerusinya dengan rela dan seorang tokoh yang ada bayangan beliau – tinggi pengetsahuan agama Islam, warak dan berakhlak mulia, maka PAS Kelantan akan terus selamat.
Memanglah, sejak sepuluh tahun lalu, ada beberapa orang tokoh muda dalam PAS yang mempunyai minat atau keinginan untuk menduduki kerusi Menteri Besar Kelantan. Mereka yakin yang mereka boleh memerintah Negeri Kelantan lebih baik dari Nik Aziz. Mereka tidak mengambil kira akan sokongan ahli-ahli PAS dan orang ramai Negeri Kelantan kepada mereka berbanding dengan Nik Aziz.
TOKOH PAS
Sejak lama dulu, di antara beberapa tokoh PAS di Kelantan yang layak menggantikan Nik Aziz sebagai Menteri Besar,ialah Husan Musa – politiku ini terserlah sebagai pemimpin, tetapi beliau masih belum dapat menyamai Nik Aziz.
Seorang guru bersara, tidak mahu namanya didedahkan berkata, bahawa orang Negeri Kelantan yang paling jahil sekalipun, mereka menghormnati Nik Aziz, kerana telah menjadi tradisi bagi orang – orang Negeri Kelantan sejahat mana mereka, namun mereka tetap menghormati ulama.
Pada tahun 2000 saya telah melawat Nik Aziz di Rumahnya,di Pulau Melaka. Selepas sembahyang Isya, Nik Aziz keluar dri masjid dan terus mengambil pakaian dalam timba di kaki tangga dan dia menyidai semua kaian dalam timba itu.
MENCUKUR JAMBUL
Pada ketika saya bercakap dengan Nik Aziz di halaman rumahnya, tiba – tiba satu rombongan Pergerakan Wanita UMNO Melaka dalam sebuah bas telah datang menemui Nik Aziz. Mereka meminta NikAziz mencukur jambul dua tiga orang bayi mereka pada esok pagi.
Saya mendapati Nik Aziz ada keistimewaan berbading dengan orang – orang lain dalam PAS Kelantan, di antaranya:

* Kecekapan mengamalkan politik Islam.

* Alim dan warak.

* Berakhlak mulia dan ada resam Melayu.

* Tidak berlaga atau membangga diri.

* Menghormati semua orang dengan tidak mengira

keturunan dan apa yanhg dianuti oleh mereka.
SEPERTI SELUDANG
Saya percaya, jika Nik Aziz berundur dari kerusinya dengan sukarela, maka kalangan orang PAS di Kelantan dihormati oleh orang ramai dan PAS akan terus mendapat sokongan paa pilihan raya akan datang.
Kalau hendak diambil kira terkenal, kedudukan dan pengaruh, maka Tengku Razakleigh Hamzah lebih mengatasi Nik Aziz, tetrapi kerana beliau tidak ada apa yang Nik Aziz ada, maka beliau sentiasa menjadi seperti seludang atau upeh yang akan gegur meninggalkan batang dan tidak pulang-pulang lagi.
Jika Tengku Razali Hamzah ada apa yang Nik Aziz ada, jika beliau menyertai PAS, ada kemungkinan beliau ada harapan menjadi Mengeri Besar Kelantan.
SEPULUH TAHUN
Kesimpulannya, orang ramai di Kelantan menolak tokoh – tokoh UMNO dalam tiap-tiap kali pilihan raya kerana mereka tidak ada apa yang Nik Aziz ada.
Buat masa lima hingga sepuluh tahun akan datang – selagi Nik Aziz ada – amat sukar bagi UMNO – Barisan Nasional hendak merebut negeri itu dari PAS.

Demikian juga ada seoran tokoh PAS yang ada apa yang Nik Aziz ada maka Kelantan hanya akan menjadi seperti angan- angan kepada UMNO – Barisan Kelantan untuk merebut negeri itu dari PAS.

No comments: