Saturday, December 6, 2008

QURAN

MAMAKAN HAIWAN

Maka, makanlah (haiwan) yang disebut nama Allah (pada waktu disembelih), jika kamu semua benar orang - orang beriman akan keterangan Allah.
Dan apa sebabnya kamnu tidak mahu memakan (haiwan) yang disebut nama Allah (pada waktu disembelih). Sesunguhnya Dia telah menjelaskan kepada kamu semua, kecuali jika kamu semua dalam keadaan yang terpaksa (memakannya). Dan kebanyakan (orang), betul - betul hendak menyesatkan jalan (kerana) menurut kemahuan mereka sahaja dengan tidak berdasarkan pengetahuan. Sesungguhnya Tuhan kamu sekalian lebih mengetahui akan orang - orang yang melanggar batas.
Dan tinggalkan dosa yang terang dan yang tersembunyi, sesungguhnya mereka Ryang melakukan dosa akan diberi pembalasan nanti, disebbakan dosa yang merela lakukan.
Dan janganlah kamu semua memakan (haiwan) yang tidak disebutkan nama Allah pada waktu disembelih. Hal itu sudah tentu satu kejahatan.Dan sesungguhnya syaitan menyampaikan kepada kawan - kawannya, supaya mereka menentang kamu semua, dan kalau kamu sekalian mematuhui mereka, tentulah kamu semua menjadi orang - orang yang mempersekutukan Allah (kafir). - Al An'amm: 118 - 121

HADIS

BERDUSTA

Rasul allah Muhammad s.a.w. telah besabda: seseorang itu sempurna dustanya kalau dia membicarakan sesuatu apa yang didengarnya (berita tidak benar atau khabar angin).
Perawi: Imam Muslim


PETUA

Seorang perisik Jepun, Suzuki, pada masa dia bertugas sebagai tukang gambar dan pemburu haiwan liar, di Kuala Kangsar, pada tahun 1937 - 38, dia telah memberi petua kepada rakan - rakannya dari orang Melayu, iaitu untuk mengelakkan dari terkena sakit barah (kensar), tanam pokok buluh Jepun (pokok ini jika ditanam dalam pasu dan diletakkan dalam rumah yang boleh masuk udara dan cahaya matahari, ia boleh hidup hingga lebih 25 tahun) dalam rumah.

No comments: