Sunday, December 28, 2008

CERPEN

cerpen)


RINDU DI MASJID QUBA
Oleh:Mokhtar Petah
(Sempena hari ulang tahun Ma’al Hijrah 1430)
Kota Madina. Kota sejarah permulaan Islam itu tenang dalam pelukan cahaya petang merah. Tenang dalam udara nyaman nyaman dari arah Jabal Uhud. Umat Islam dari seluruh dunia menggonggong hati masing - masing menuju ke Masjid Nabawi. Ramai juga yang berkunjung ke Masjid Quba.
Muhsin, pemuda Melayu dari Batang Berjuntai, Selangor, berdiri di jendela Masjid Quba. Dua bola matanya bergolek ke puncak tamar. Luruh ke dahan zaitun. Begolek lagi ke mana – mana. Melambung ke dalam awan putih laksana kapas dibusar di dada langit tua.
“Junjunganku, Muhammad s.a.w., hari ini …, hijrah enta dari Makah ke sini…,” suara Muhsin terluah dalam bisikannya bersama angin.
“ …dengan pertolongan Allah, enta sallallahu alaihi wa sallam dan Sayyidina Abu Bakar As Siddiq selamat dalam gua Syur dari angkara musyrikin Mekah …,” bisik Mohsin kepada Rasul mulia menerusi angin manja.
“Di sini …, Junjungan Rasul Allah …,
di sini Junjungan bersama golongan Ansar,
dengan iman,
kekuatan,
perjuangan dan harapan,
mendirikan masjid Quba ini,
masjid tauhid,
perpaduan dan taqwa…”
Bisikan Muhsin meniru sajak dari Quran itu terhenti di situ. Dia teringat akan dialog Nabi Muhammad pada ketika akan melakukan bai’ah atau ikrar, di bukit Al Aqaba: “Saya sehidup semati dengan tuan – tuan. Tuan – tuan adalah saya dan saya adalah tuan – tuan. Saya akan memerangi siapa sahaja yang tuan – tuan perangi, dan saya akan berdamai dengan siapa sahaja yang tuan – tuan ajak bersamai.”
Muhsin membayangkan dalam fikirannya akan penghijrahan Nabi Muhammad bersama Abu Bakar As Siddiq:
Mereka menunggang unta di tengah sahara gersang,
Jalan arah pilihan mereka tidak pernah dijejak
Manusia,
Abdullah bin ‘Uraiqa, Bani Duil, penunjuk jalan berpasir,
Teliti ama mereka hijrah dari gunung Yathrib,
Menuju ke Tihamah tepi Laut Merah kea rah utara,
Penghijrah atas nama Tuhan Qudus,
menelan waktu lebih seratus enam puluh jam,
Seorang lelaki hire killer dari golongan kafir Qurais,
Suraqa bin Ju’syum kejam hatinya,
Mengekori Junjungan untuk untuk membunuhnya,
Jika jaya hasratnya, bayaran lumaian akan di terimanya,
Dari kafir Quraisy musuh Rasul Allah,
‘Sesungguhnya Allah bersama kita,’ sabda Nabi mulia,
Allah bersama mereka, Suraqah kecundang di sahara,
tidak terdaya mencapai hajatnya,
Hanya sekeping tulang bertulis dari Abu Bakar,
Dibawa pulang tanda buktinya bertemu nabi,
Tibanya di Quba, dekat kita Yathrib,
Nabi dan Abu Bakar As Siddiq di sambut gembira,
oleh golongan Ansar penduduk Yathrib setia,
Di sinilah didiri nabi masjid pertama – semntara.
Fikiran Muhsin terhenti di situ. Di bawah pohon tamar, depan matanya, dua gadis Arab berpakaian hitam, bertutup wajah, berjalan sopan menuju ke arah belakang masjid itu. Melihat dua gadis itu, lalu Muhsin teringatkan kekasihnya, Siti Radhiah. Gadis lepasan Universiti Madinah. Gadis itu tidak ada lagi di dunia ini. Banjir Tsunami yang memusnahkan pekampungan Langpulo dan sebahagian Banda Aceh, pada 25 Disember 2004, telah menyambar dan menghanyutkan tubuhnya entah ke mana.
“Allah, redalah dia Siti …, dia mati syahid, ya Allah …,” ucap Muhsin di hadapan Tuhan.
Pada tahun 2003, Muhsin bersama Sitti Radhiah sering berkunjung ke majid Quba itu. Mohsin menemani kekasihnya yang menjalankan kaji selidik untuk tesisnya, sejarah Islam, Jabal Uhud dan Masjid Quba, bagi pengajian tahun akhir, di universiti tersebut.
Muhsin teringat akan pertanyaan kekasihnya pada waktu dia melakukan kaji selidik itu.
“Ngapa orang Islam di negara kita tidak adakan pengembaraan dari Makkah ke sini …,ia, untuk mengingati penghijrahan Nabi Muhammad?”
“Orang di sana tu lebih pentingkan gunung Kinabali, gunung Tahan, gunung Everest dan gunung - gunung lain dari mengingati hijrah nabi …,” jawab Muhsin.
Siti Radhiah senyum.
Muhsin yakin kekasihnya setuju dengan pendapatnya itu.
“ …alangkah baiknya kalau mereka mengadakan pengembaraan di sini …, kerjasama pemerintah Indinesia dan kerajaan Malaysia dengan Arab Saudi…,” kata Sitti Radhiah sambil menyumbat sebiji buah kurma masah ke dalam mulutnya.
“Ia …, mungkin dia orang tu belum nampak faedahnya …, maklum orang - orang kita lebih mementingkan kebendaan, keseronokan …,”jelas Mohsin.
“ … sama dengan orang Aceh, Indonesi, lebih memandang ke arah barat dari mermandang ke sini …,” sambut Siti Radhiah.
Muhsin mengangguk. Senyum. Senyumannya dengan senyuman kekasihnya menjadi satu.
“…baik, sayang, … nantilah, kita akan lakukan bersama para belia mujahidin negara kita …,” kata Siti Radhiah.
Senyum.
Ingatan Muhsih kepada kekasihnya terbalan. Suara lelaki membaca Quran terluah dari corong pembesar suara masjid itu. Suara merdu dari Qari Masjidul Halam itu menyayu - hibakan hati Muhsin yang berkelana di bumi peninggal Nabi Allah itu.
Hai orang - orang yang beriman, jangan kamu mengambil
Bapa - bapa kalian, saudara – saudara kalian menjadi
pemimpin - pemimpin (kalian), jika mereka lebih cenderung
kepada Kekufuran dari keimanan dan sesiapa daripada
kalian menjadikan mereka itu pemimpin - pemimpin,
maka merek mereka itulah Orang yang zalim.
Erti ayat Quran yang dibaca oleh qari itu menerjah lubang telinga Muhsih. Lalu menyambar hatinya. Dia mengucap dua kalimat syahadat dan istighafar.
“Ya Allah, ampunilah saya, ampunkanlah orang - orang di negara saya …,” Suara Muhsin terluah ke dalam dua tapak tangan yang ditadanya.
“ …orang Melayu di negara saya tak ramai yang faham dengan arahan - Mu, tak ikut perintah - Mu …, mereka tidak mendapat pengetahuan di sini …, tapi di England, Amerika …, di negaraku sendiri …, kebanyakan mereka seperti orang Eropa …” suara Muhsin terluah lagi.
Muhsin menurunkan dua puntung tangannya. Terlintas pula wajah kekasihnya dalam mindanya. Dia teringat akan madah keaksihnya, “ …Muhsin, kalau kita hidup pada zaman Nabi Muhammad, tentu Siti minta Muhsin berjihad, berperang bersama Junjungan …”
“Orang - orang mati syahid, ia Muhsin tahu, Quran telah jelaskan, mereka tidak mati …, mereka menang …, masuk syurga …,” mada Siti Radhiah.
Muhsin meletakkan tapak tangan kanannya atas dadanya. Sambil berjalan ke arah mehrab masjid itu, dia berbisik kepada aruah kekasihnya, “ Sayang…, saya akan berjihad …, saya akan ikut sama orang - orang yang berjihad …”
“Muhammad al amin …, pada hari mengingati hijrah enta ni, ana rasa diri ana sekecil semut …, ana tidak kesepatan berjihad seperti enta, sahabat- sahabat enta …, ia tujuh puluh sabahat enta yang gugur dalam perang di gunung Uhud …,” bisik Muhsin dalam sedunya.
“…ana belum tahu …, adakah ana akan masuk syurga atau tidak, kerana ana tidak turut berjihad pada jalab Allah .., jalan enta, walau pun kuffar sedang mengancam bangsa ana, umat enta …,” bisik Muhsin dalam kepompong iman yang mensolehkan dirinya.
“Dami Allah, ana sedia berjihad kerana agama Allah …., sefaatkanlah ana, ya Muhammad Rasulullah …,” Muhsin mengaku dalam masjid suci itu.
Hai orang – orang yang beriman, apabila kamu memerangi
Pasukan (musuh), maka perteguhkan hati kamu dan sebut
(nama) Allah sebanyak – banyaknya.
Muhsin menterjemahkan ayat - ayat Quran yang dibaca oleh qari yang beralun - alun keluar dari corong pembesar suara masjid itu.
Pada ketika itu terbayang dalam minda Muhsin betapa Nabi Muhammad berperang melawan musuh - musuh Allah. Para sahabat Junjungan yang setia. Mereka rela berjihad dengan harta benda dan diri mereka sendiri. Mereka berani menagankan dada dan melandaskan kepala demi mempertahankan agama Allah dan umat Islam.
“Bangsaku lembut, mungkin penakut …, walaupun diperkotak katikkan …, dihina …, tak ada seorang yang berani menentang …, berjihad…,”suara Muhsin dalam keluhannya sendiri.
Dulu, selama empat kali menyambut hijrah - awal Muharam, Mushin dan Siti Radhiah bersama menuntut di Univesiti Madinah. Mereka menyambut awal Muharam bersama.
Pada awal Muharam 1429. Muhsin didera sepi. Sitti Radhiah tidak bersamanya. Gadis itu terkorban tanpa pusara.Dengan menggonggong hati yang berendam dalam tasik rindu, dia menyambut ulang tahun hijrah Nabi Muhammad ke Yathrib, bersama rakan - rakannya; para pensyarah dan mahasiswa Universiti Madinah.
Muhsin berjakan beredar dalam masjid itu sambil melayan hatinya yang lara. Sepasang lubang telinganya masih dibuai suara Qari membaca ayat - ayat Quran.
‘Cinta anugerah dari Allah; cintakan Allah. Cintakan Nabi Muhammad. Cintakan agama Islam. Cintakan bangsa sendiri. Cintakan tanah air. Cintakan umat Islam. Cintakan wanita, kekasihmu, semuanya nikmat. Hikmat,’ ilham suci membungai fikiran Muhsin.
“As salamu alaikum,” suara lembut dari wanita muda bagaikan renjisan air mawar ke telinga Muhsin.
Muhsin terhenti di ambang pintu. Dua biji matanya bergolek kepada dua wanita muda di hadapannya. Dua tubuh muda dalam pakaian hitam ala wanita Arab itu berada dalam pelukan sepasang matanya.
“ … wa alaikumas salam,” Muhsin menjawab ucapan salam dari seorang dari dua wanita itu.
“Tuan, Tuankah Ustaz Muhsin?” Gadis yang mengucap salam itu bertanya kepadanya.
“Ia, saya, … saudari ni siapa …, dari mana …?” Muhsin bertanya.
“ …saya, Sitti Fatimah, adik kepada Al marhumah Sitti Radhiah …, kami dari Aceh …, ini rakan saya, Jamaliah Hidayat,”jawab wanita muda itu.
“Allahu Akbar, masya Allah, sedih …, Tsunami melanda Aceh 25 Disember 2004 …, Siti Radhiah terkorban …,” suara Muhsin terkulum dalam mulutnya.
“Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un,” ucapan mereka menjadi satu.
Dua perempuan muda itu merenung Muhsin.Mereka Nampak air mata pemuda itu tumpah dari dua telaga matanya. Air jernih itu luruh ke atas baju yang membungkus dadanya.
“ …Cik berdua datang ke sini …, mengerjakan umrahkah, Cik Siti Fatimah?” Muhsin bertanya. Dua biji matanya masih ditabiri air matanya sendiri.
“ Ia, begitulah …, kami bersama satu rombongan dari Aceh …, kami datang ke sini, untuk mencari Ustaz …,” jawab Siti Fatimah.
“Mencari saya?” Muhsin bertanya. Hairan.
“ Ia, sungguh, mencari Ustaz …, untuk menyampai hajat kakak saya, Siti Radhiah …,”jawab Siti Fatimah.
“ …hajat?” Muhsin bertanya. Hairan lagi.
Siti Fatimah mengunjukkan sampul surat putih kepada Muhsin. Sampul surat itu berpindah ke tangan Muhsin.
“Terima kasih,” ucap Muhsin.
“sama – sama,”sahut Siti Fatimah.
Muhsin mengajak mereka menaiki keretanya. Dari halaman masjid Quba itu mereka pergi ke sebuah restoran orang Iran, tidak jauh dari Masjid An Nabawi. Dalam Bandar Madinah.

*** ***
Pada sebekah malamnya.
Atas nama cinta dan kerana hajat almarhumah kekasih tersayang, satu jihad kecil cuma, pada malam itu, Muhsin telah menikah dengan Siti Fatimah dalam masjid An Nabawi. Mereka dinikahkan oleh wali hakim, iaitu imam masjid tersebut.Sitti Fatimah mahukan maharnya, sebuah Quran cuma. Dia amat yakin dengan pendpat Almarhum sheikh Kuala, Aceh, bahawa pernikahan dengan mahar yang terlalu besar dan majlis perkahwinan itu diadakan dengan cara takbur dan ria, maka perkahwinan itu tidak diredai Allah. Suami isteri itu akan menghadapi perceraian dan porak - peranda.
Sebilangan dari ulama ulul albab berpendapat, bahawa lelaki yang menunaikan hajat baik isterinya, adalah melakukan satu dari beberpa jihad kecil. Isteri yang reda bermadu, dia juga mengamalkan jihad kecil. Kerana hajat isterinya dan jihad kecil rakan Jamaliah Hidayat; reda bermadu dengan rakannya, maka sebaik – baik sahaja Muhsin diakad - nikahkan dengan Sitti Fatima, maka dia diakad- nikahkan pula dengan Jamaliah Hidayat.
Pada malam itu, berkat ulang tahun hijrah Mabi Muhammad yang 1429, Muhsin telah berhijarah dari bujang laranya kepada lelaki bermertabat suami yang soleh. Dua isterinya telah berhijrah dari zaman dara kepada tahun baru sebagai wanita - wanita yang solehah.
“ …ana akan sehidup semati dengan enti berdua, anti berdua adalah ana dan ana adalah enti berdua …,” kata Muhsin kepada dua isterinya. Dia meniru sabda Nabi Muhammad di Al Akaba.
“ Abang Muhsin, sesungguhnya Allah bersama kita …,” suara Siti Fatimah dan Jamaliah Hidayat nenjadi satu.
“Ya abang, kakak Siti, Allah bersama kita,” sambut Jamliah Hidaya lepasan Universiti Islam Aceh.
“Ya, Allah berkatilah kami, terimalah jihad kami, redailah kami, sempena hari hijrah Rasul - Mu ini ….. Amin,” Muhsin berdoa dan diaminkan oleh dua isterinya.
Malam berkesut ke hujung.Rumah sewa Pensyarah Muhsin di arah selatan masjid An Nabawi, di terangi cahaya suram. Bagaikan cahaya bulan malu di sebalik selendang awan.
(Tamat)

No comments: