SAINS POLITIK
(sambungan dari Jumaat yang lalu)
NEGARA ISLAM TK PENTING RAJA
Oleh: Mokhtar Petah
Model Negara Islam yang dijalankan oleh Nabi Muhammad s.a.w. di Madinan adalah n egara yang beza dari Kerajaan Rom dan mana – mana kerajaan yang beraja pada zaman sebelumnya.
Negara Islam Madinah adalah sebuah negara bersifat republik – demokrasi, iaitu pemerintah (bukan kerajaan) yang dipimpin oleh seorang ketua negara bersama para sahabat – anggota kabinet atau Majlis Syura (majlis masyuarat) yang menjalankan demokrsi terpimpin, iaitu dipimpij oleh Allah melalui Quran dan Hadis atau Sunnah Rasul -Nya, Muhammad sallallahu alaihi wasallam.
Raja pemerintah tidak penting dalam Negara Islam.Kalau ada Raja pun, peranannya seperti rakyat biasa juga, iaitu tidakada kuasa mengetasi undang – udang. Tidak ada immunity – kekebalan. Raja hanya berperanan sebagai menjaga adat resam yang tidak berlawanan dengan Islam sahaja.
Tidak ada kuasa mengampun orang salah. Tidak ada hak untuk menjadi ketua jawatankuasa agama Islam, kerana kementerian agama Islam wujud dalam Negara Islam.
Amalan Negara Islam boleh memakan bangsa, kerana bangsa menjadi hak menentukan rumpun atau perdaerahan manusia. Dalam kerajaan tidak ada ketuan bagi satu – satu bangsa. Kerana ketuan tidak boleh diwujudkan dalam negara Islam. Tuan ummah adalah Allah, pemimpin ummah adalah rasul-Nya dan petunjuk atau pembing ummah ialah Quran dan Hadis.
Dalam Negara Islam, semua umat manusia yang beragama Islam dikira bersaudara. Umat Islam boleh bersahabat dengan orang-orang bukan Islam. Tetapi tidak boleh mengambil mereka untuk menjadi pemimpin.
,Pendeknya dalam Negara Islam semua rakya menjadi satu ummah. Tiada ada beza di segi keturunan, warna kulit, kaum atau bangsa. Pada sisi Allah semulia – mulia manusia ialah yang taqwa kepada - Nya.
Mungkin di negeri – negeri boleh mengamalkan Raja pemerintah, tetapi kuasanya terhad. Raja mesti duduk di bawah kuasa ketua pemerintah seperti Pressiden atau sesauatu nama yang bersifat pemimpin rakyat arasa rakyat.
Negara Islam seperti yang tekah dinyatakan terdahulu, iaitu sebuah negara kebajikan, iaitu Negara yang memberi layanan sama rata kepada semua rakyat;.Dan semua layanan adalah di bawah falsafah keadilan seperti yang dijelaskan oleh Allah dalam Quran.
Pilih kasih, seseorang menguasai orang lain, satu- satu golongan menguasai gioliongan yang lain tidak boleh diwujudkan dalam negara Ilam. Pendeknya Negaralah adalan yang mendapat keredaan Allah.
(bersambung kepada Jumaa 26 Disember 2008).
No comments:
Post a Comment