Monday, December 15, 2008

MEMANDU KENDERAAN


JAGA AKHLAK DI JALAN RAYA

Apabila motosikal atau kereta belari laju atau kencang atas jalan raya, sama ada dalam bandar,atas lebuh raya mahupun atas jalan-jalan luar bandar, kita sering mendengar orng berkata yang ditujukan kedapada pemandu kereta atau motosikal, di antaranya:“Kurang ajar.”, “Tak makan ajar.”, “Tak beradab.”, “Tak sopan.”, “ Nak mampus.”, “Tak sayang nyawa”, “Lebih baik mampus, buat susah orang
aje” dan berbagai perkataan lagi.
Pada bulan Oktober 2003 saya di Kota London. Pada suatu pagi, di Adwar Road dengan Oxford Street, sebuah kereta mewah nyaris-nyaris berlanggar dengan sebuah truck perniagaan, kerana masing-masing berebut ke arah simpangan. Pemandu kereta mewah dan pemandu teruck itu saling mengeluarkan kata-kata kasar dan menunjuk penumbuk. Di kota London pun ada pemandu-pemandu tidak bersopan atau tidak berakhlak. Di mana-mana di serata dunia ini ada pemandu - pemandu yang tidak bersopan atau tidak berakhlak.
Di Malaysia - negara kita - pemandu dan pengguna jalan raya, sama ada yang beragama Islam atau yang bergama lain, hendaklah mempunyai akhlak atau sopan pada waktu-waktu menggunakan jalan raya.
Agama Islam sangat-sangat menuntut penganutnya mempunyai akhlak atau moral. Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda:
Bahawasanya aku telah ditutuskan
(oleh Allah) untuk
menyem purnakan akhlak. - Riwayat: Ahmad

Sebaik-baik iman orang mukmin itu, ialah yang baik
akhlaknya
.Riwayat: Tarmudzi.

Sebaik-baik orang mukmin ialah yang dapat menye-
lamatkan sekalina orang Islam dengan lidahnya dasn
dengan tangannya. Dan sebaik-baik orang-orang muk-
min itu iman mereka dan budi pekerti mereka.

Riwayat: At Tibrani dari Ibn Umar.
Tiap-tiap orang yang berpelajaran - sama apelajaran rendah, menengah atau pun tinggi -, untuk menjadikan diri berbudi pekerti mulia atau berakhlak bolehlah mengamalkan enam petunjuk berikut ini:

(1) Sentiasa kenal diri; siapa aku?

(2) Sabar dan redakan dari panas baran.

(3) Tidak boleh ada perasaan sombong atau takbur.

(4) Tidak boleh ada perasaan menunjuk-nunjuk,mengada-ngada atau ria.

(5) Ada perasaan belas kasihan dan menghormati orang lain.

(6) Sentiasa ingatkan Allah dan mengucap dua kalimaah syahadah.

Perangai tidak baik atau tidak berakhlak mengunakan jalan raya,ialah:

(1) Memecut kenderaan lebih dari had kelajuan yang telah ditetapkan.

(2) Memotong sesebuah kenderaan tidak memberi isyarat.

(3) Memotong dan mengambil tempat di antara bberapa kenderaan secara mengejut.

(4) Mengeluarkan asap kenderaan yang mengganggu orang lain.

(5) Membunyikan terlalu kuat.

(6) Membunyikan isyarat bunyi terlalu kuat dan secara mengejut.

(7) Memandu kenderaan tidak di luar garisan yang telah ditentukan atau ke tepid an ke tengah.

(8) Membrek dengan mengejut di hadapan kenderaan lain.

(9) Memasang lampu besar atau tinggi pada waktu berselisih atau mengikut kenderaan lain.

(10)Kenderaan tidak cukup syarat yang ditentukan,seperti lampu brek atau lampu belakang yang ketiga,tayar licin, tidak memasang lampu pada waktu malam atau waktu yang diperlukaan.

(11)Melanggar peraturan jalan raya termasuk memotong pada dua garisan.

(12)Memandu dalam keadaan mengantuk.

(13)Memandu dalam keadaan mabuk atau khayal dadah.

(14)Menghisap rokok dalam kereta berhawa dingin.

(15)Menghisap rokok dalam kereta yang ada isteri dan anak-anak atau orang lain.

(16)Memandu kenderaan tidak memakai baju.

(17)Mengganggu perempuan sama ada dalam kenderaan mahupun di tepi jalan raya.

(18)Mewarnakan kenderaan tidak mengikut yang telah ditetapkan.

(19)Memasang lagu atau musik yang terlalu kuat dalam kereta.

(20)Tidak memakai topi keledar atau tali pinggang atau menggunakan telefon bimbit waktu memandu.

(mp)



No comments: