Saturday, December 6, 2008

KORBAN

BERMULA SEJAK NABI ADAM

Diceritakan kisah dua anak lelaki (Nabi) Adam,
Menurut yang sebenarnya,
Pada ketika keduanya melakukan korban penyembelihan.
Diterima (Allah) korban yang seorang,
Dan tidak diterima korban yang seorang lagi.
Al Maidah: 27.

Mereka dikehendaki berkorban seekor haiwan,
Kerana Allah Maha Qudus,
Habil putera sulung berkorban kerana Allah,
Ikhlas dan taqwanya seorang abid,
Qabil si adik korbannya ikhlas tiada,
Allah menerima korban Habil Putera.

Kisah bermula kerana adik kandung mereka,
Gadis kelita namanya Iqlima,
Pada usia dunia awal,
Tidak lain lelaki selain mereka,
Bersama bapa rasul Allah,
Penentu hukum zaman singkat,
Habil berkahwin dengan adik kendungnya,
Kerana mereka lahir diselang Qabil remaja.

Keputusan di setuju nabi bergelar ayah,
Tetapi Qabil putera bangkit membatah,
Hatinya dirasuk sayitan durjana,
Iri kesumat memamah hati Qabil muda,
Lalu dibunuh abangnya sendiri,
Tanpa kasihan belas pada hatinya.

Pada detik Qabil menarik mayat abangnya,
Jahil benar ia untuk mengkebumikan mangsa,
Gagak hitam dihantar Tuhan,
Mengajar Qabil menanam mayat abangnya,
Qabil bergurukan unggas pertama,
Abangnya dikebumikan tanpa talqin dibaca.

Sejak zaman bermandi darah awal dunia,
Amal korban haiwan empat kakinya,
Disembelih ikhlas haiwan suci,
Dengan kalimat Bismillahir Rahmanir Rahim,
Mengiringi pisau lunit merentas putus,
Lehir dan amreh haiwan halal dagingnya.

Umat manusia menentang Tuhan,
Melakukan korban untuk syaitan,
Tuhan menolak dan dikutuk-Nya,
Amalan kuffar ditolak dengan murka,
Mereka semua bakal mangsa neraka,
Kerana durhaka mereka berpenjangan.

Dari zaman ke zaman mendatang,
Kurban haiwan dengan nama Allah,
daging dibakar marak apinya,
Baunya harum disukai Allah,
Dilakukan Nabi Musa bersama Harun,
Begitulah lanjutan sejarah korban.

Korban dilaksana Ibrahim Nabi Allah,
atas putera Ismail lahir di Makkah,
dari ibu jelita bernama Hajar,
isteri keduanya gadis jelita,
tika hamilnya dihantar ke rimba Makkah,
Mahirkan Ismail seorang diri.

Lapar dahaga Ismail bayi,
Ibunya mencari air ke merata,
Di Safa dan Marwa,
Dua timit Ismail menerjah bumi,
Tangisannya mengocah rimba Bakkah,
Lalu Zamzam memancu melimpah.

Mimpi suci Ibrahim khalilullah,
Allah mengarah dengan amanah,
puteranya wajib di sembelih lehirnya,
laksana haiwan empat kakinya,
reda dan takwa hamba mulia,
Ibrahim patuh tiada bandingan.

Kepada putranya disampaikan cerita,
Korban wajib dilaksana, demi Allah,
Rela Ismail kepada ayah,
Disembelih dilapah redanya segala,
Demi imannya kukuh lagi taqwa,
Sayang kasihnya kepada ayah.

Kerana Allah Al Muhyi Al Mumit,
Ayah membawa putranya bersama senjata,
Lunit tajamnya memotong segala,
Lehir puteranya arah mata pisaunya,
Tabah hati tegar iman Rasul Allah,
Biar mati anak durhakan Allah tidak baginya.

Pada ketika ayah dan anak sama reda,
Pisau dan lehir anak hampir sudah,
Al Mughni Allah Maha Agung,
Tatkala pisau akan terbenam dilehir,
Anak mengingati Allah semurni sukma,
Kambing menjelma di tangan bapa.

Ismail terlepas dari ujian Ilahi,
Redanya diterima Maha Kuasa,
Anak beriman taatkan Allah,
Menjadi rasul-Nya di bumi Makkah,
Membina Kaabah bersama bapa,
Negeri aman sepanjang zaman.

Ibradat Quran dilakukankan Muhammad,
Rasul Allah akhir zaman,
Lanjut berlanjutlah ibadat korban,
Sampai kepada zaman ini,
10 Zulhijjah hari mulia,
Umat Islam mengamalkan korban.


Perang Besar ……………………Mokhtar Petah

No comments: