Wednesday, December 17, 2008

BIOGRAFI

Di negara ini beberapa penerbit seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia dan Pelanduk Publications menonjol dalam penerbitan biografi. Jumlah yang besar biografi terbit daripada penerbit ini. Penerbit UKM agak berpilih dan mewujudkan Siri Memoir dan Biografi sejak 15 tahun lalu.

Kini, usaha menerbitkan biografi di negara ini disambut oleh penerbit lain. Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) memulakan projek biografi sulung IKIM dengan mengusahakan projek biografi Ahmad Ibrahim.

Projek ini dibentangkan oleh Monir Yaacob, mantan Ketua Pengarah IKIM yang menjelaskan bahawa pemilihan tokoh berdasarkan jasa beliau kepada agama terutamanya dalam bidang perundangan Islam.

Satu lagi projek penerbitan biografi dibincangkan dalam buku ini adalah usaha yang dilakukan oleh Bahagian Kesusateraan Moden, Jabatan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka. Projek ini menurut Siti Aishah Murad bermula pada 1970-an dengan pelengkapan biodata penulis Malaysia.

Demikianlah Buku Penerbitan Biografi di Malaysia terbitan Perpustakaan Negara Malaysia mengungkapkan secara terperinci perkembangan genre biografi di negara ini.

No comments: