Friday, December 26, 2008
BAYANGAN RUKUN NEGARA
KESEDARAN BERENEGARA
Oleh: Mokhtar Petah
“Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 tercetus akibat dari gema tuntutan gagasan Malaysia - Malaysian yang cuba dijuarai oleh pemimpin-pemimpin parti rpembangkang bukan Melayhu pada ketika itu.Akibatnya, persengketaan kaum berlaku.Nyawa terkorban, darah tumpah ke bumi, harta benda musnah, negara menghadapi darurat dan system demokrasi berparlimen terpaksa di gantung. Peristiwa sedih yang berlaku di kampung Medan, pada 4 Mac 2001 membuktikan bahawa hubungan kaum masih merupakan isu rapuh yang amat sensitive di kalangan rakyat.
Kontrek sosial di antara pemimpin perlbagai kaum dicapai melalui muafakat berasaskan kefahaman keadaan sosial, ekonomi dan politik di negara kita.Menjelang kemerdekaan, kaum bukan Bumiputera dipersetujui dianugerahkan status kerakyatan, sementara orang Melayu dan Bumiputera dipersetujuai diperuntukkan dengan kedudukan istimewa dalam perkara-perkara tertentu.
Adalah menduka citakan jika pihak yang lebih awal telah mempunyai status kerakyatan dan telah pun mengecapi nikmati daripada status tersebut, hari ini kelihatan mahu menidakkan kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum Bumiputera yang matlamatnya memerlukan masa lebih panjang untk dapat dipenuhi.
Keadaan soseo-ekonomi bangsa Melayu dan kaum Bumiputera berada jauh di belakang sewaktu negara mencapai kemerdekaan kerana kerajaan penjajah (Inggeris) sentiasa menindas dan mengamalkan dasar diskriminasi kepada rakyat pribumi negara ini. Di sebaliknya kerajaan penjajah merasakan mempunyai obligasi sosial untuk kaum bukan Bumiputera yang mereka bertanggungjawab membawa masuk ke negara ini bagi memenuhi agenda ekonomi penjajah.
Bangsa Melayu dan kaum Bumiputera memahami realiti bahawa kehadiran bukan Bumiputera adalah berpunca dari perencanaan penjajah. Menjelang kemerdekaan, bangsa Melayu tidak menunjukkan sifat rasis terhadap bukan Bumiputera malah menerima mereka diberikan status sebagai warga negara di negara merdeka. Dalam pada itu, orang Melayu dan kaum Bumiputera meminta supaya keistimewaan tertentu dijamin untuk membolehkan mereka pada satu hari nanti dapat berdiri sama tinggi dan berlari sama pantas dengn kaum-kaum lain. Dengan mencapai kata sepakat kita memudahkan kerajaan penjajah membuat keputusan memberikan kemerdekaan. Kemerdekaan negara diperorleh secara aman tanpa menimbulkan sebarang keresahan dan kebimbangan kepada semua kaum yang tinggal di bumi ini.
Kebelakangan ini kita dapati bahawa persetujuan yang telah termaktub 44 tahun yang lalu bagaikan telah dilupakan.Perkara keistimewaan yang diperuntukkan kepada orang-orang Melayu mula dipersoal lantang tanpa mengambil kira sensitif orang-orang Melayu. Ada bertanggapan bahawa kelantangan bukan Melayu membangkitkan persoalan ini kerana persepsi bahawa Barisan Nasional kembali berkuasa menubuhkan kerajaan dengan kelebihan kerusi dua pertiga dalam pilihanraya 1999 disebabkan sokongan mereka.
Perpaduan erat yang terbina di kalangan orang-orang Melayu tidak pernah digunakan untuk menindas bukan Melayu. Program meningkatkan mertabat bangsa Melayu dilaksanakan secara saksama dengan memperbesarkan peluang - peluang di dalam bidang pendidikan, pekerjaan, perniagaan dan ekonomi tanpa merampas hak bukan Melayu.
Agenda memenuhi kedudukan istimewa Melayu dan Bumiputera tidak menghalang daya usaha yang diambil oleh sektor swasta bagi menambahkan peluang untuk bukan Bumiputera.
Kepimpinan politik Melayu yang mengutamakan perpaduan nasional telah menunjukkan sikap lebih terbuka di hari ini. Atas semangat untuk membina satu rumpun bangsa yang lebih berpadu dan bersatu, kita sedang menuju ke arah mempertingkatkan program integrasi di antara kaum di dalam pekerjaan.
Untuk itu kerajaan telah mengumumkan hasrat untuk menarik lebih ramai bukan Bumiputera menyertai sektor awam termasuk di dalam perkhidmatan polis dan tentera. Kita menyeru supaya pihak swasta secara bersunguh membantu usaha meningkatkan program integrasi kaum dengan mengambil lebih ramai kaki tangan Bumiputera.
Untuk meneliti kembali akan detik-detik kejadian yang menyebabkan berlaku trgedi 13 Mei 1969, sila ikuti tulisan individu yang terlibat secara langsung dalam kerajaan Malaysia,iaitu:
‘Peristiwa 13 Mei 1969 adalah satu hari yang bersejarah. Peristiwa hitam ini tidak dapat dilupakan. Sebahagian daripada bangunan di Kuala Lumpur menjadai abu. Ada tempat-tempatnya mayat terpaksa ditanam beramai-ramai dalam satu kubur.Sejarah Malaysia yang bergitu cerah dan bersih tiba-tiba sahaja menjadi kubur kerananya. Peristiwa itu mengejutkan seluruh dunia. Lebih memeranjatkan lagi kerana sebelum ini Malaysia telah menjalani satu landasan yang lurus semenjak kemerdekaannya.
Peristiwa hitam itu menconting arang di muka para pemimpin tanah air kerana sebelumnya masing-masing khasnya Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman melaung dan menampilkan diri sebagai pemimpin yang riang.
Memang dari awal kemerdekaan kerajaan pimpinan Tunku Abdul Rahaman stabil, politik di Malaysia berkembang sihat dan maju.Tungku sentiasa menganggap dirinya sebagai ‘a happy Prime Minister’. Kerajaan dapat menumpukan sepenuh masa kepada pembangunan negara.
Tetapi peristiwa 13 Mei yang mengejutkan dunia itu cepat mencacatkan nama baik Malaysia.Trgedi itu dicetuskan oleh anasir-anasir komunis.Sebelum itu, satu perarakan jenazah telah berlangsung di ibu kota.Sepanjang enam minggu kempen pilihanraya, pihak komunis telah menjalankan gerakan di seluruh negara. Ahli-ahli Parti Buruh menggunakan ucapan-ucapan ‘lidah tidak bertulang’ dengan menyusupkan kata-kata berunsur provokasi untuk menaikkan ‘darah’ polis. Tujuan komunis adalah untuk menimbulkan prgaduhan supaya kerajaan membuat keputusan membatalkan piliahan raya. Pihak parti lawan, khususnya Parti Buruh, bergerak di merata-rata tempat mendesak para pengundi supaya memulaukan piliahan raya 1969 itu.
Pada 24 April 1969, lebih kurang dua minggu sebelum hari mengundi, seorang pekerja UMNO di kawasan Jelutong, Pulau Pinang telah dibunuh. Pada lebih kurang 8.30 malam, Encik Kassim (pekerja UMNO Jelutong –mp) terlihat sekumpulan pemuda berkumpul.Beliau menyangka satu kemalangan berlaku. Beliau menghampiri kumpulan itu.Tanpa diduga kumpulan itu menyerangnya sehingga maut.
Enak hari sebelum hari mengundi 6 Mei 1969 satu kejadian lain berlaku di Kepong, Selangor.Pada malam itu, sekumpulan pemuda berada di Kepong, di luar ibu kota. Tiga orang polis yang bertugas menghampiri pemuda-pemuda itu dan mendapati mereka sedang mengecat papa tanda jalan raya dengan cat warna merah.
Pada 9 Mei 1969, satu perarakan mayat bermula dari Jalan Sultan. Perarakan yang sepatutnya bermula pada jam 9.30 pagi itu hanya bermula pada 9.55 pagi.Beribu-ribu orang berhimpun di rumah mayat.Jumlah yang hadir sudah pun melanggar syarat kebenaran perarakan yang menghadkan seramai 1000 orang. Perarakan bermula dan langkah pertama perarakan juga melanggarr syarat dengan memasuki Jalan Petaling, bukan jalan yang menuju
ke Bulatan Merdeka.Poster-poster ditaburkan. Slogan-slogan semuanya mencerca polis. Poster melaungkan ‘Regim Tunku Abdul Rahman kejam’ dan hanya ‘Mao’s thoughts can be practiced here’.Poster wajah Mao ditampal dan dijulang di merat-rata tempat. Perarakan itu cepat bertukar daripda perarakan pengebumian kepada satu perarakan politik dan demonstrasi politik.
Tujuan untuk menjdikan perarakan itu sebgai demonstrasi politik adalah jelas. Dengan ahli-ahli Jawatankiuasa Parti Buruh mengambil alih upacara pengebumian daripada keluarga si mati lebih jelas menunjukkan bahawa ia bukan untuk memberi penghormatan akhir kepada si mati, sebaliknya untuk dijadikan satu tunjuk perasaan bagi menggagalkan pilihan raya pada keesokan harinya. Perarakan berhenti pada setiap lima lima atau enam ela. Mereka berjalan perlahan-lahan, berhenti dan melaungkan slogan benci polis.
Pada 5.00 petang, perarakan itu sampai ke Kepong iaitu kawasan pengebumian. Mereka menjerit-jerit dan melaungkan slogan ‘Mao’s thoughts’.Jelasa benar ia bukan perakan kematian bisa. Pihak polis tampaknya sangat sabar. Jika polis tidak berpegang kepada profesionalisme, pastilah peertempuran sudah berlakau. Polis adalah sasaran kumpulan itu. Mereka memaki dan mencerca polis.
Sunguhpun pihak polis siap sedia menghdapi sebarang kemungkinan, tetapi kesabaran mereka amat dipuji. Mereka dapat mengawal perarakan yang begitu kiar. Inilah perarakan yang sungguh besar di Malaysia. Berita perarakan itu menjalar ke seluruh pelosok Malaysia. Orang Melayu mula radang.
Bagaimanapun, pilihan raya berjalan seperti biasa.Parti Periktan menang dengan undi kecil.Walau bagaimanapun semua negeri dikuasai oleh Perikatan yang mendapat kerusi yang terbanyak dalam Dwan Rakayat.’
Pemimpin-pemimpin kaum yang menyertai perundingan dan menyetujui ‘hak istimewa orang Melayu’ sepeti yang diutarakan oleh Dr Abdullah Badawi di atas, di antaranya, mediang Tan Cheng Lock – Ketua Persatuan China Malaya, dari Malaka, mendiang Tun V.T. Sambanthan, pemimpin kaum India dari Sungai Siput Utara, Perak, pemimpin kaum Cina Perak, mendiang Tun Leong Yew Koh dan Kolonel H.S.Lee dari Selangor.
Setelah meneliti kandungan ucapan Dr Abdullah Badawi di atas ini, maka kita mendapati amat mustahak diwujudkan satu usaha memupuk ‘kesedaran bernegara’ di kalangan rakyat negara ini, terutama rakyat yang terdiri daripada bukan Melayu dan Bumiputera.Kesedaran ini eloklah dilaksnakan dari peringkat sekolah rendah, menengah, hingga ke peringkat pengajian tinggi dan di kalangan masyarakat perusahaan dan perdagangan.
Salah satu daripada gejala tidak ada ‘kesedaran bernegara’, ialah terdapat dalam bidang perusahaan dan perdagangan. Dalam bidang ini ada diskriminasi beralasankan ‘univibersiti atau pengajian tinggi’, ‘bahasa’ dan nilai rakyat.
Dua contoh telah berlaku di sektor pereusahaan:
a. Gaji bagi pekerja - pekerja Melayu lepasan universiti- universiti
(kerajaan) dibayar lebih rendah daripada gaji yang
dibayar kepada pekerja-pekerja bukan Melayu lepasan universiti-
univesiti lain.
b. Gaji bagi pekerja-pekerja Melayu lepasan univeriti
(kerajaan) lebih rendah daripada pekerja-pekerja bangsa
lain yang hanya berkelulusan dari kolej - kolej setempat.
Diskriminasi dalam perniagaan:
a. Peniaga Melayu membeli barangan seperti bahan – bahan binaan,
alat-alat ganti kenderan dan sebagainya di kedai - kedai
orang bukan Melayu, harganya lebih tinggi daripada harga
barangan (sama jenis atau jenama) yang beli oleh peniaga
bukan Melayu (China).
b. Orang Melayu membeli barang kemas di kedai-kedai emas
bukan Melayu terpaksa mebayar harga lebih bagi satu
jeni barang kemas yang sama timbangannya berbanding
dengan pembeli yang dari orang Cina.
Penggunaan tanda ‘halal’ pada makanan:
Terdapat banyak makanan yang dikeluarkan oleh pengilang-pengilang makanan bukan Melayu yang menggunakan tanda ‘halal’ palsu.Makanan-makanan itu dijual dengan berleluasa di seleuruh negara.
Makanan dan ubat merbahaya:
Makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan ubat-ubatan yang dikeluar dan dijual mengandungi bahan bahaya kepada manusia, seperti racun, asid, bahan pengawit dan sebagainya.Perbuatan ini sama dengan membunuh manusia secara beransur-ansur.
Banyak lagi pekara yang wujud di negara ini yang boleh disifatkan berlawanan dengan sikap ‘jujur’ antara rakyat dengan rakyat, sikap bertangungjawab kepada negara, sikap perpaduan dan sikap kesetiaan kepada negara.
Perbuatan tidak menghiraukan bangsa atau kaum lain dan perbuatan mengejar keuntungan dengan tidak menghiraukan kepentingan orang lain itu boleh membahayakan perpaduan rakyat dan keamanan negara.
Bertolak dari hal - hal yang demikian itulah, maka perlu diadakan satu sistem atau bimbingan sibik ‘kesedaran benegaraan’ di kalangan rakyat – golongan dalam bidang perusahaan dan perdagangan, peniaga - peniaga biasa dan seumpamanya.
Sejak lama hingga kini negara - negara di sekeliling negara kita mengalami berbagai gelora politik, pertumpahan darah seperti pemberontakan dan peperangan dan sebagainya, tetapi dengan pertolongan Allah Taala negara kita terlepas daripada kejadian - kejadian tersebut. Kita hidup dalam suasana aman dan damai.
Kita juga bersyukur kepada Allah Taala atas petunjuk dah hidayatNya, Dr Abdullah Badawi dan Datuk Seri Mohamad Najib Tun Abdul Razak telah mendapat kepercayaan ahli-ahli parti kerajaan dan kedua - duanya menjadi pemimpin tertinggi negara.
Dengan sokongan kepada mereka beredua dari anggota-anggota cabinet dan ahli-ahli Dewan Negara (Senate), Dewan Rakyat,para pegawai dan kaki tangan kerajaan di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri serta rakyat jelata, mereka akan dapat memimpin negara ke arah kemakmuran, keamanan dan insya Allah mendapat keredaan Allah Subhanahu wa Taala.
Kita berharap sepanjang kepimpinan Dr Abdullah Badawi dan Mohamad Najib, tidak akan wujud kekeruhan, kekecuhan dan apa jua yang timbul daripada parti - parti politik dan para mengikut parti –parti itu.Amat diharapkan, walau bagaimana kusut sekalipun atas sesuatu perkara di antara pihak - pihak tertentu (parti politik), diharapkan mereka akan dapat mencari jalan perundingan dan penyelesaian secara persaudaraan.
Sesuatu yang kusut antara pihak-pihak tertentu, jika diselesaikan dimeja perundingan atau secara persaudaraan, maka tidaklah akan timbul pergisiran atau perpecahan yang boleh merosakkan perpaduan rakayat jelata.
Perbuatan tuduh menuduh, melimparkan kata-kata yang tidak baik kepada individu parti-parti lawan oleh pihak parti kerajaan dan oleh pihak parti pembangkang kepada pihak parti kerajaan tidaklah patut diamalkan lagi. Setiap pengamal politik mestilah ada ‘kesedaran kenegaraan’, bahawa parti-parti pembangkang adalah pertubuahan-pertubuahan yang halal di sisi perlembangaan dan undang-undang negara. Mereka juga bukan musuh rakyat dan negara. Begitu juga parti kerajaan bukanlah pertubuhan yang memperdaya dan menindas rakyat.
Yang paling baik, semua parti politik yang menganut berbagai - bagai fahaman itu, ada perasaan taat setia sebagai rakyat dalam sebuah negara demokrasi dan Negara Islam.
Saya yakin, bahawa Dr Abdullah Badawi dan Mohamad Najib serta pemimpin - pemimpin lain dari parti kerajaan dan parti - parti pembangkang, secara jujur dan hati yang terbuka dapat menerima pandangan saya seperti di atas. Mereka menerima kerana mereka mempunyai ‘kesedaran berilmu pengetahuan’ yang kita sekarang berada dalam sebuah negara demokrasi dan Negara Islam.
Sama ada mereka orang-orang Islam atau tidak, mereka perlu menghayati dan mengamalkan petunjuk - petunjuk dari Allah Taala dari ayat - ayat al – Quranul karim di bawah ini:
Dan berpegang eratlah kamu dengan tali Allah (ajaran-ajaran Allah) dan jangan kamu berpecah belah. Jadikanlah di antara kamu umat yang mengajak kepada kebaikan, menyuruh mengerjakan yang benar dan melarang membuat yang salah. Dan jangan kamu (jadi) serupa dengan mereka yang telah berpecahbelah setelah datang kepada mereka bukti-bukti yang terang. Mereka akan mendapat azab yang besar.
Kamu adalah umat yang paling baik yang dilahirkana untuk kepentingan manusia, menyuruh mengerjakan yang benar dan melarang mengerjakan yang salah.
Ditimpa ke atas mereka kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali mereka yang menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia, dan mereka kembali dengan mendapat murka dari Allah dan ditimpakan ke atas mereka kelemahan.
Seperti yang telah saya jelaskan di atas, bahawa rakyat negara demokrasi dan Negra Islam yang terdiri daripada penganut-penganut berbagai fahaman atau agama, perlu mengamalkan kehidupan (kecuali akidah atau kepercayaan agama) yang sesuai dengan ajaran atau konsep Ialamiyah seperti ayat-ayat al Quran di atas.
Merryl Wyn Davies, seorang ahli anthropogy (kaji manusia), penulis, penerbit dan penyelidik di Perbadanan Penyiaran British (BBC), telah menulis dalam bukunya, ‘Knowing One Another – Shaping An Islamic Anthropology:
‘Adalah menjadi tugas ahli politik atau pembentuk dasar atau orang ramai untuk menukar pengetahuan antropologi yang bermakna kepada tindak tanduk yang perlu. Ahli-ahli antropologi terikat dengan aturan mereka sendiri dengan arahan - arahan yang tidak mengganggu.
Hari ini antropologi begitu bermakana sebagai satu disiplin, jika tidak dalam krisis dan ekotriar menurun, sudah tentu dalam satu cul de sac. Akan tetapi pokok perbincangan tentang antropolgi adalah suatu yang amat penting: bagaimana seseorang mentakrifkan sifat semula jadi penting makhluk manusia dan persoalan-persoalan yang timbul daripda kepelbagaian tentang masyarakat manusia dan budaya.Masalah-masalah ini adalah berkenaan perkara-perkarea yang perlu disoal dan keupayaan asas teori disiplin itu menimbulkan persoalan -persoalan yang berkaitan dengannya.Perbincangan-perbincangan teori yang diperbaharui, perdebatan antara ahli-ahli relativist (saudara mara) dan penganut rasionalisme, sudah tentu akan mengutarakan isu - isu ini, tanpa memberikan jawapan yang benar-benar jelas. Minat yang luas di segi akademik dalam perbincangan ini membuka peluang bagi antropologi untuk mempunyai pengaruh pada masa hadapan.
Bagi saya, mengenali satu sama lain ini yang saya gunakan sebagai asas antropologi saya, diambil dari satu punca di luar antropologi Barat, makna dan interpretasinya menghasilkan suatu bentuk antropologi yang benar-benar berbeza. Rangkai kata ini diambil daripada al Quran surah al Hujurat 49: 13 yang bermaksud:
Wahai umat manusia! Sesunguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan beresuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramal mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia- mulia kamu
di sisi Allah orang yang lebih taqwa antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya(akan keadaan amalan kamu).
Mengenali satu sama lain seperti mana dimaksudkan dalam al Quran jelasa merupakan satu proses yang sama, tetapi ia merupakan salah satu daripada batu loncatan yang terbesar dalam antropoligi Barat moden. Sementara perbincangan – perbincangan Ian Jarvie yang paling hebat tentang relativisme(faham kekeluargaan) berlegar di sekeliling isu ini, tentang pengajaran antropologi sebagai suatu dakwaan beliau bahawa pertikaian yang jujur lagi dimaklumkan menandakan penghormatan yang lebih tinggi daripada mengelakkan diri tanpa berfikir serta mendiamkan diri dengan perkara-perkara yang tidak dipersetujui.
‘Dalam konteks masyarakat pelbagai etnik termsuk Malaysia, ada tanda-tanda membawa kerenggangan serta salah faham di antara etnik berpunca dari faktor sikap nagatif akibat daripada kurangnya maklumat dan lemahnya komunikasi antara etnik di Malaysia pernah mencetuskan rusuhan pada 13 Mei 1969 dan ini mungkin berpunca dari faktor kerenggangan maklumat dan lemahnya kemunikasi antara mereka (pakar 1975).
Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan pada tahun 1970 sehingga 1990 merupakan era yang paling penting bagi kerajaan merapatkan kerenggangan hubungan antara etnik melalui beberapa prinsip dan dasar yang tertentu bagi mengatasi sikap nagatif antara etnik.Antara langkah-langkah tersebut termasuklah mempercepatkan lagi penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa perhubungan masyarakat untuk perpaduan nasional. Beberapa dasar lain termasuk dasar Pelajaran Kebangsaan, kebudayaan kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru dan prinsip Rukun Negara, kejiranan melalui Rukun Negara, aktiviti sukan, kerja-kerja kebajikan, jadikan landasan membentuk masyarakat yang bersatu padu dan bersikap toleransi.
Berikutan dengan dasar dan prinsip tersebut, penyebaran maklumat melalui pelbagai media termasuk buku-buku, majalah dan akhbar dipertingkatkan.Demikian juga dengan media elektronik yang merangkumi siaran radio dan televisyen (tv) turut sama digunakan untuk memberi maklumat kepada rakyat.Berbagai-bagai program disediakan untuk pendengar dan penonton dari pelbagai kaum berhubung dengan usaha-uaha tersebut dengan harapan perpaduan nasional dapat dicapai dengan lebih berkesan lagi. (Jaafar Kamin 1982).
Persoalan yang timbul ialah apakah dengan penyebaran maklumat itu dapat merapatkan hubungan atnik dan perpaduan nasional di Malaysia? Sejauh manakah maklumat yang diterima itu ada kesan yang positif ke atas sikap masyarakat khasnya pelajar-pelajar sekolah yang melalui era DEB terhadap usaha-usaha membentujk perpaduan nasional di negara ini? Persoalan ini penting kerana ada pihak yang mempertikaikan kejayaan perpduan nasional dan peranan maklumat dalam mencapai objektif tersebut.’
Amalan dalam kehidupan manusia, di antaranya, ialah pergaulan dalam masyarakat, politik yang adil dan setabil, ekonomi yang bersih yang mencakupi perusahaan, perniagaan dan sebagainya. Dari hasil amalan-amalan itu dapat pula memberi manfaat kepada negara dan rakya. Apabila mafaat itu menjadi tiang tempat berdiri negara dan rakyat, maka sudah tentulah kita berada dalam keharmonian dan kebahagianaan.
Sekarang, kita sedang berhadapan dengan langkah baik oleh bank-bank perdagangan di negara ini yang telah mengubah cara atau sistem(tidak semua) kepada cara atau sistem kewangan Islam.
Kerajaan Malaysia telah berjaya mewujudkan dan memajukan system kewangan Islam pada abank-bank di negara ini sejuak Akta Bank Islam diadakan dan digunapakai pada tahun 1983. Hasil dari Akta itu telah ditubuhkan Bank Islam Malaysia Berhad. Bank tersebut telah memulakan oprasinya pada 1 Julai 1983. Bank Islam Malaysia berhad itu adalah sebuah bank Islam yan gjulung-julung kali ditubuhkan di rantau Asia Tenggara.
Kewujudan Akta Bank Islam ada bertujuan, bahawa kerajaan Malaysia mempunyai tanggungjawab untuk menunjulkan kepada masyarakat antarabangsa, yang agama Islam sebagai agama universal menekankan keadilan dan kesaksamaan dalam pelbagai bidang kehidupan termasuk dalam system ekonomi. Justeru Islam menganjurkan dua prinsip utama dalam system kewangannya,iaitu urus niaga tanpa riba (faedah) dan perkongsian untung.
Konsep kewangan daripada al Quran yang digunapakai dalam system kjewangan Islam ialah:
1 - Ar Rahnu (pajak gadai).
2 - As Sarf (pertukaran wang asing).
3 - Bai’ ad Dayn (jual beli).
4 - Bai’ al Inah (perjanjian jual dan beli kembali).
5 - Bai’ al Istijar (kontrek bekalan).
6 - Bai’ as Salam (tempahan).
7- Bai’ Bithamam Ajil (jualan dengan harga tertangguh).
8 - Hibah (hadiah).
9- Hiwalah (pemindahan hutang).
10- Ijrah Thumma al Bai’(pajakan yang disusuli jual beli).
11- Istinaa (kontrek pembuatan).
12- Kafalah (jaminan).
13- Mudharabah (kongsi keuntungan).
14- Murabahah (pertambahan kos).
15- Qardul Hassan (pinjaman kebajikan).
16 – Ujr (upah).
17 - Wakalah (perlantikan agen)
Langkah bank-bank perdagangan yang direstuai oleh Bank Negara dan Kerajaan Persekutuan memperlihatkan, walaupun kebanyakan pemilik-pemilik di negara inia tidak beragama Ialam beragma, tetapi mereka boleh mengikut konsep Islam dalam bidang kewangan dan perdagangan.
Sama ada individu, kelumpuk, kaum mahupun pertubuhan bukan Islam di negara ini boleh mengikut konsep Islam dalam sekiranya mereka ada kejujuran, ketelusan dan taat yang tidak berbelah bahagi kepada negara ini. Tetapi kalau mereka mengambil sikap terhadap negara seperti beburung dengan pokok; burung datang dan hinggap pada pokok itu pada musim pokok itu berbuah dan masak ranum, tetapi diluar musim itu, burung tidak menghiraukan pokok tersebut lagi. Sikap yang demikian itu merugikan negara dan perpaduan rakyat yang diharap-harapkan tidak akan berhasil.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment