Tuesday, December 16, 2008

RAJA MELAYU

Pindaan Tahun 1993 Tidak Sah?

KEKEBALAH RAJA MELAYU

Oleh: Mokhtar Petah

Bekas Menteri Kewangan dan ahli Parlimen kawasan Gua Musang, Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah menggesa Kerajaan Malaysia agar mengembalikan semula kekebalan Raja – Rahja Melayu.

Beliau mahu kekebalan Raja Melayu kemabli mengkut Perlembagaan Persekutuan yang sedia ada, iaitu sebelum dipinda pada tahun 1993.

Katanya,”kekebalan Raja Melayu perlu dikembalikan semula memandangkan keadaan politik semasa tidak menyebelahi Raja –Raja Melayu untuk memayungi orang Melayu di negara ini.”

“Pindaan Perlembagaan Malaysia mengenai ‘immunity’ – kekebalan Raja Melayu pada tahun 1993 tidak sah mengikut Perlembagaan yang sesia ada,” katanya lagi.

Demikian disiarkan Mingguan Watan 14 – 20disember 2008.

RAJA MELAYU

Saya telah menulis dalam blog ini dulu, bahawa individu – individu yang bertanggungjawab memensuhkan kekebalan Raja Melayu, pada tahun 1993 ialah, Dr. Mahathir Mihamad sebagai Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba Timbalan Perdana Menteri dan Datuk Seri Anwar Ibrahi, Menteri Kewangan.

Tindakan yang merugikan orang Melayu itu dimulakan oleh UMNO. Iaitu UMNO Negeri Selangor ekoran Kerajaan negeri tersebut telah menolak permohonan Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz bagi mendaoat wang RM20 juta untuk mengubah suai istana Alam Shah, Klang, pada November 1991.

Penolakan itu dengan alas an Sultan bertindak sendiri menggunakan syarikat orang Cina untuk mengubah suai istana itu dan tidak melalui lembaga tender negeri tersebut.

Pada 30 November 1992, dikatakan Sultan Johor telah mencederakan rakyat negeri tersebut, Douglas Gomez, setelah Sultan mendapati dia telah mekanggar adapt istidat dalam istana Sultan Johor.

BERANI MENEGUR

Sebelum itu, kalangan UMNO bagaikan ‘ menggelepar bagaikan lembu akan dikorban’, ekoran dari Anwar Ibrahi memekek tentang Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra ibni Al Marhum Sultan Yahya Petra membawa keluar kereta mewah - Lamborghini – dari gudang kargo Lapangan Terbang Subang dan mengelak membayar cukai RM2.1 juta, pada 23 Mac 1992.

Pada masa itu tidak ada seorang pun dari semua ahli UMNO yang berani menegur apa lagilah menentang kehendak Dr. Mahathir Mohamad. Pendeknya kalau suatu benda itu hitam, tetapi Dr. Mahathir Mohamad kata putih, maka mereka turut mengatakan putih.

Pendeknya pada masa itu semua ahli UMNO tidak berani mengangkat kepala. Hanya seorang sahaja yang tidak menyokong tindakan Dr. Mahathir Mohamad meneruskan kemahuannya memansuhkan kekebalan Raja Melayu, iaitu Tengku Razaleigh Hamzah.

Pada 18,19 dan 20 Januari 1993, siding Dewan Rakyat mencapai keputusan memansuhkan Kekebalan Raja MelayuP. Sokongan telah diberi beberapa ahli dari parti – parti pembangkang, iaitu DAP, PAS dan Semangat 46.

PERELEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Kekebalan yang dihapuskan itu ialah, Artikel 181 (2) Perlembagaan Persekutuan: TIADA APA – APA PERBICARAAN BOLEH DIBAWA DALAM MANA – MANA MAHKAMAH TERHADAP RAJA BAGI SATU – SATU NEGERI ATAS SIFAT DIRINYA SENDIRI.

Dipinda kepada: TIADA APA – APA PERBIACARAAN BOLEH DIBAWA DALAM MANA – MANA MAHKAMAH TRHADAP RAJA BAGI SESUATU NEGERI ATS SIFAT PRIBADINYA KECUALI DALAM MAHKAMAH KHAS YANG DITUBUHKAN DI BAWAH BAHAGIA 15.

(Bahagian 15; Prosiding terhadap Yang Dipertuan Agong dan Raja – Raja, dalam Perlembagaan Malaysia)

‘Orang yang paling gembira seteloah kerajaanmendapat sokongan daripada semua parti politik dalam Dewan Rakyat, ialah Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad kerana sokongan itu bermakna kerajaan memperolehi mandate.

Mandat itu menjadi senjata bagi UMNO dan kerajan Pusat untuk ‘menggugat’ kedudukan istimewa Raja – Raja Melayu, iaitu kekebalan mereka di segi Perlembagaan dan undang – undang akan dimansuhkan.

Raja – Raja Melayu akan menerima ‘risiko’ yang belum pernah mereka alami, setelah kejatuhan kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka sebelum 1511, adalah akibat dari perbuatan beberapa orang Raja Melayu yang seperti peribahasa, ‘ seekor kerbau membawa lumpur, habis semua terpalit’.

Dengan wajah yang gembira dan optimis, Datuk Seri Dr.Mahathir Mohamad telah bercakap kepada para wartawan dalam dan luar negara, di luar Dewan Rakyat sebaik- baik sahaja kerajaan memperolehi mandat keramat itu.

Katanya, “Tumpuan kerajaan selepas ini ialah untuk meminda Perlembagaan bagi menentukan kekebalan Raja tidak ada lagi.”[1]

DEWAN RAKYAT

Tengku Razaleigh Hamzah mahukan Kerjaaan Malaysia meminda Perlembagaan mengenai kekebalan Raja Melayu. Perkara itu mungkin boleh Berjaya, jika UMNO membawanya ke Dewan Rakyat. Tetapi mungkinkan para wakil dari parti - parti pembangkan – mungkin MCA dan MIC – akan menyokongnya atau mereka akan menolaknya.

Saya menjangkakan, pada masa ini dan dalam keadaan sekarang, harapan Tengku Razaleigh itu sukar diterima oleh kalangan ahli Dewan Rakyat.

Pada masa kita hanya melihat. UMNO yang telah bertindak dulu dan UMNO patut menerima apa jua pandangan orang Melayu seluruhnya terhadapnya. Kini kita ibarat perahu hanyut di tengah launtan, dayung pula entah ke mana. Salah siapa?



[1] Mokhtar Petah, Kerajaan Mansuh Kekebalan Raja Melayu, 1993, Kuala Lumpur, Art Media, hlm 61.

No comments: