Monday, December 8, 2008

HARI RAYA KORBAN

video mirror mode


SILATUR RAHIM DAN TAQWA

Putarjaya – Sebilangan penduduk Islam di Persints 8, di sini telah menyambut Hari Raya Korban dengan rombongan takbir ke rumah penduduk sekitar kawasan itu pada malam tadi.
Tepat jam 8.00 pagi tadi mereka telah mengadakan sembahyang hari raya di surau Al Ittifaqiyyah dan melakukan ibadat korban empat ekor lembu dekat surau tersebut.
Walaupun perayaan itu tidak disertai oleh semua penduduk kerana kebanyakan mereka pulang beraya ke kampung halaman, tetapi perayaan itu terasa kemesraan, silatur rahim dan taqwa kepada Allah.
Gambar–gambar di bawah ini menunjukkan sebahagian penduduk yang mengadakan takbir di rumah sebuah rumah di situ.
Video ini menunjukkan mereka sedang mengadakan takbir dan makan di sebuah rumah penduduk.




1 comment:

Anonymous said...

Kenapa gambar video tu terbalik. Bersalam tangan kiri. Selamat Hari Raya Aidil Adha. Maaf Dzahir Bathin.
- ni