Thursday, December 25, 2008

BAYANGAN RUKUN NEGARA

MASYARAKAT BERMARUAH

Oleh:Mokhtar Petah

Masyarakat yang sesuai dengan kedudukan negara kita, sebuah ‘Negara Islam’, ialah masyarakat madani - ‘masyarakatul madniah’-, iaitu masyarakat yang moden atau maju dan bermaruah mengikut konsep dan akhlak Islamiyah.

Beban untuk membetul, menyusun semula atau membangun masyarakat yang sedia ada menjadi sebuah masyarakat madani, adalah terpikul atas bahu Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementrian Pelajaran, Kementerian Penerangan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pengangkutan, Kementrerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, dan Jabatan Agama Islam di tiap-tiap negeri.

Hari ini, jika kita meninjau melalui kaca mata Islam dan maruah manusia yang berlandaskan agama- agama lain dari Islam, maka kita mendapati pada umumnya masyarakat dalam bandar, pinggir bandar dan luar bandar dalam keadaan pincang atau masih ada hal-hal yang bercorak masyarakat ‘jahiliyah moden’[1].

Di antara beberapa keadaan atau hal yang bercorak masyarakat ‘jahiliyah moden’ itu, ialah kejiranan, pakaian perempuan, haiwan ternakan, perniagaan, alam sekitar, merosak harta awam dan memandu di jalan raya dan khurafat atau kepercayaan kepada hal-hal tahayul.

Kejiranan

Masih terdapat di kampung - kampung, Bandar dan pingir Bandar keadaan jiran tetangga tidak berjalan dengan baik dan tidak mencerminkan konsep atau ajaran Islam. Mereka masih memandang orang ini dari kaum kita dan orang itu dari kaum lain. Wujud segala macam perbuatan yang lahir dari perasaan benci membenci antara satu dengan yang lain.

Di antara perbuatan-perbuatan itu, mengumpat, memfitnah, menghasut, menuduh dan menggunakan undang-undang di tangan sendiri terehadap orang lain.

Rukun kejiranan yang sesuai dengan konsep Islam perlu di wujud. Sekitar empat puluh buah rumah dalam satu-satu kawasan atau kampung dinamakan jiran. Antara para penghuni-penghuni semua rumah- rumah itu wajib bertanggungjawab antara satu sama lain.Menjaga kepentingan bersama. Mempunyai perasaan persaudaraan. Susah sama di rasa dan senang sama dikecap, seperti ‘ berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing’. Dalam lain perkataan, ialah dalam keadaan ‘kegotong - royongan’.

Jangan kamu seperti orang-orang yang keluar daripada rumah mereka berkeadaan sombong dan ingin dilihat oleh orang serta menghalang orang ( beramal ) pada jalan Allah.[2]


Hikmah dari al Quran di atas ini menghendaki setiap anggota masyarakat berada dalam rukun kejiranan yang baik. Seorang anggota masyarakat tidak boleh sombong atau bongkak dalam masyarakatnya, tidak boleh berlaku ria atau takbur dengan berlagak akan dirinya orang kenamaan, orang kaya, orang keturunan yang baik-baik dan sebagainya. Begitu juga tidak boleh menjadi ‘makhluk perosak’ kepada anggota-anggota masyarakar yang menjalankan kerja-kerja kebajikan atau ‘amal maaruf’. Perbuatan yang demikian dipandang hina dalam masyarakat madani atau yang berkonsepkan Islam.

‘Untuk mewujudkan roh keadilan di dalam kehidupan masyarakat maka perlulah terlebih dahulu diwujudkan budaya akhlak dalam kehidupan mereka. Mungkin akan timbul tanda Tanya apakah tidak mustahil budaya akhlak ini diwujudkan dalam masyarakat moden kini? Sedangkan kehidupan dalam zaman moden ini dikatakan penuh dengan kepalsuan. Fenomena umum menunjukkan kehidupan manusia lebih-lebih lagi di dalam negara yang sedang memabangun banyak dicirikan oleh sifat kepura-puraan. Kegiatan rasuah baik dalam bentuk moral mahupun di dalam bentuk benda menjadi-jadi.

Manusia sebagasi individu pada umumnya tidak peka dan prihatin terhadap kemiskinan dan ketidak - adilan. Manusia terlalu ghairah berlumba-lumba ke arah kebendaan. Alam persekitaran penuh dengan maksiat. Kebolehan dan kedudukan seseorang tidak diletak tepat pada tempatnya. Sentimen perkauman dijadikan sebgai landasan untuk mendapat populariti di kalangan kaum masing-msing. Sesungguhnya fenomen-fenomena di atas ini bukan merupakan fenomena-fenomena moden sahaja. Fenomena-fenomena demikin wujud dalam sejarah hidup manusia, Cuma yang berbeza ialah dari segi bentuk, gaya dan rupa lahirnya sahaja.

Sejarah manusia menunjukkan bahawa apabila sesuatu bangsa dan masyarakat mempunyai keazaman untuk menghapuskan fenomena-fenomena yang tidak berakhlak maka sebahagian besar daripada fenomena-fenomena demikian boleh dihapuskan. Sebagai contoh kita ambil msyarkat Islam dalam zaman Rasulullah s.a.w. Roh akhlak mengusai sebahagian besar kehidupana masyarakat itu. Sebaliknya kehidupan dalam msyarakat Arab jahiliyah sebelum dan semasa dengan Rasulullah s.a.w. penuih dengan kemungkaran.Dari sini kita dapat ambil iktibar bahawa sekiranya sesuatu bangsa dan masyarakat itu mempunyai budaya azam untuk menghapuskan segala kemungkaran maka sudah tentu hasrat bangsa dana masharakat itu untuk mewujudkan budaya berakhlak akan tercapai. Persoalan di sini pula ialah bagaimana kita dapat mewujudkan budaya azam dalam sesuatu bangsa dan masyarakat? Memang sesuatu bangsa dan masyarakat boleh dibentuk dan ditentukan pola, cara dan nilai hidup mereka. Sebagai contoh pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) membawa ciri-ciri perubahan dalam pola kehidupan masyarakat Melayu.

Ramai di kalangan orang-orang Melayu berminat melibatkan diri dalam dunia perniagaan.Daripada DEB itu dapat kita lihat bertambah jumlah anak-anak Melayu yang menjadi jutawan. Kenyataan di atas menunjukkan pihak kerajaan boleh mencorak dan membentuk pola kehidupan sesuatu masyarakat dan bangsa. Untuk mewujudkan budaya azam dalam sesuatu bangsa dan masyarakat pihak kerajaan mestilah mempunyai keazaman politik untuk merancang dan melaksanakan satu program tarbiyah (latihan) secara komprehensif yang mencakup kesemua sektor kerajaan, sektor swasta dan masyarakat umum.

Program tarbiyah ini hendaklah mempunyai dua pendekatan, iaitu tarbiyah secara langsung dan tarbiyah secara tidak langsung. Maksud tarrbiyah secara langsung di sini ialah melalui sistem pendidikan, media massa, dalam bntuk pengajaran, syarahan, ceramah, risalah, buku dn lain-lain. Unsur-unsur yang bercanggah dengan aspek akhlak dan moral semestinya diharamkan. Tarbiyah secara tidak langsung ialah dengan merujukkan contoh dan teladan kepada semua sektor masyarakat atau dengan lain berkataan konsep kepimpinan melalui teladan.

Golongan pemerintah hendaklah menunjukkan contoh-contoh yang baik kepada orang-orang yang diperintah dalam semua aspek kehidupan. Gejala-gejala hidup mewah dan segala aspek hidup yang tidak berakhlak dan bermoral semestinya tidak berlaku di kalangan golongan ini. Alam persekitaran mestilah diterokai dan dihiasi mengikut prinsip akhlak dan moral.Program-program tersebut di atas sesungguhnya boleh mencorak dan mbentuk peribadi anggota masyarakat supaya berakhlak dan bermoral.Shah Waliullah al Dehlavi, seorang mujaddid pernah menyatakan bahawa akhlak seseorang itu tidak dapat dipertingkatkan melalui ibadat khusus semata-mata, akan tetapi hendaklah juga melalui suasana persekitaran termasuk suasan politik, ekonomi dn sosial yang berakhlak.’[3]

Pakaian

Pakaian dikalangan orang-orang perempuan terutama anak-anak gadis (tidak semua), tidak mencerminkan anggota masyarakat madani atau masyarakat yang berkongsepkan Islam, iaitu ketat sendah bagaikan bertelanjang, mendedahkan aurat, mempamirkan pusat dan perut. Ada yang memakai telekong tetapi dua puntung lengan telanjang sampai ke ketiak dan baju ketat sendat sehingga mendedahkan bentuk anggota tubuh.memakai kain belah bawah sehingga nampak betis dan sebahagian dari batang peha.

Ada pula yang memakai baju ketat sendat sehingga memperlihatkan lorah kedua-dua buah dada.

Pakaian yang di atas ini memperlihatkan individu-individu yang memakainya ‘jahil’ untuk memyesuaikan diri mereka dengan masyarakat madani atau masyarakat yang berkonsepkan Islam. Mereka berkeadaan orang - orang yang berada dalam masyarakat ‘jahiliah moden’. Dan mereka menjadi manusia-manusia yang menentang hukum Allah Yang Maha Kuasa.

Mengenai pakaian wanita yang tidak menutup aurat, Allah Taala berfirman dalam al Quran, iaitu:

Hai Nabi! Kata (perintah)kan kepada isteri- isteri kamu, anak-anak kamu yang perempuan dan perempuan-perempuan orang yang beriman (tidak kafir), supaya mereka menutup tubuh mereka dengan baju (tidak menampakkan aurat dan bentuh tubuh) – ketika mereka berjalan keluar. (Dengan) demikian itu mereka lebih patut dikenal (keranan itu) mereka tidak diganggu.Dan Allah itu Pengampun dan Penyayang.[4]

Hasil dari kajian,bahawa kebanyakan kejadian jahat oleh lelaki, iaitu merogol, disebabkan perempuan –perempuan yang menjadi mangsa itu terdiri daripada mereka yang tidak menutup aurat cara yang sempurna atau mereka mendedahkan anggota-anggota tubuh mereka, seperti peha, pusat, dada, tengkuk dan memakai pakaian yang ketat sendat yang mengiurkan.

Perbuatan perempuan-perempuan seperti mempromosikan tubuh itu menjadikan lelaki-lelaki yang tidak kukuh iman atau tidak berakhalak mulia gagal mengawal nafsu syahwat mereka. Kerana runtunan nafsu syahwat mereka terkorban dalam keadaan ‘manusia mnenjadi haiwan’ atau fikiran yang waras menajdi sebaliknya. Dengan yang demikian mereka menjadi gelojoh dan lekas melakukan perbuatan keji itu.

Kalau kita menilai secara adil, maka kita akan mendati, bahawa jenayah rogol oleh lelaki disebabakan perempuan. Perempuan yang melakaukan maksiah (menentang hukum Allah di segi pakaian), maka perempuan itu pula menjadi mangsa lelaki maksiah (menentang hukum Allah kerana memaksa perempuan dan merogol).Siapa yang bersalah?

Perempuan bersalah kerana tidak berakhlak mulia dan menentang hukum Allah.Lelaki bersalah kerana tidak berakhlak mulia dan menentang hukum Allah Taala.

Pada tahun 1960-an, dalam satu majlis ceramah di Kuala Kangsar, tiga orang tokoh agama pada masa itu, iaitu Allahyarham Dr. Burhanuddian Helmi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Hassan Bandung (Indonesia), mereka sependapat mengenai perempuan mendedah aurat dan perbuatan rogol oleh lelaki. Meeka berpendapa, bahawa perempuan-perempuan yang memakai pakaian mendedahkan tubuh, terdiri daripda mereka yang frustration (kecewa atau putus asa) dan separuh gila atau tidak siuman. Lelaki-lelaki yang merogol terdiri daripda mereka yang frusration (kecewa atau putus asa) dan separuh gila atau tidak siuman.

Kalau umat Islam dapat menerima; saya mengesyurkan kepada pihak yang betanggungjawab dengan hal ehwal agama Islam,seperti Majlis Fatwa Kebangsaan, Majlis Mufti Kebangsaan dan jabatan hal ehwal agama Islam di negeri-negeri, supaya mencari jalan, seperti menggubal dan melaksanakan undang – undang mencegah perempuan – perempuan Islam yang tidak menutup aurat, terutama mendedahkan sebahagian batang peha, pusat dan dada.

Undang-undang tesebut meliputi gambar, filem dan sebagainya yang disiarkan melalui layer perak, layar kaca, media letronik, media cetak dan sebagainya.

Haiwan Ternakan

Masih terdapat di kampung - kampung ‘tradisi’, warga - warga kampung menternak haiwan-haiwan, seperti lembu, kerbau dan kambing secara yang tidak berpeaturan. Mereka membiarkan haiwan-haiwan ternakan berkeliaran dalam kampung pada waktu siang dan malam. Haiwan-haiwan itu berkeliaran atas jalan raya dan tempat-tempat lain hatta atas landasan keretapi.

Haiwan-haiwan ternakan itu tidak diberi makanan dengan cara yang berperaturan. Haiwan-haiwan itu meragut rerumput, tumbuh-tumbuhan sehinggalah tanamam-tanaman kepunyaan penduduk- penduduk kampung di dalam kebun atau ladang dan sebagainya.

Sikap cuai penternak-penternah haiwan seperti itu sering berlaku perkelahian antara pemilik-pemilik tanaman dengan penternak-penternah haiwan. Selain dari itu terdapat belakang haiwan-haiwan itu berpenyakit akibat daripada dicorah dengan asid dan atau ditetak, ditikam dan seumpamanya dengan benda-benda tajam.

Selain dari itu haiwan-haiwan itu mengakibatkan keretapi tergelincir, kereta-kereta terbabas kerana haiwan-haiwan itu melintas atau tidur baring atas jalan raya.

Dilihat di segi hukum Islam, haiwan-haiwan itu telah memakan tanaman-tanaman milik penduduk- penduduk kampung dengan tidak secara halal. Penduduk-penduduk kampung tidak meredakan tanaman –tananam mereka yang telah di makan oleh haiwan-haiwan itu. Menurut hukum dalam Islam sesiapa yang mengambil atau memakan harta orang lain dengan tidak mendapat keizinan daripada tuannya, maka harta itu haram baginya. Jika haiwan ternakan yang memakannya, maka tuan haiwan itulah yang menanggung beban dosanya. Wang hasil jualan haiwan itu tidak halal bagi pemilik haiwan itu selagi tidak dihalalkan oleh pemilik tanaman tersebut. Daging haiwan itu juga tidak boleh dimakan oleh tuannya atau untuk dijadikan korban dalam Islam. Allah Taala tidak menerima ibadah zakat haiwan yang demikian, kerana pada hakikatnya haiwan itu tidak halal kerana ia telah memakan milik orang lain secara tidak halal, iaitu tidak mendapat keredaan dari pemiliknya.

Penternak-penternak yang membiarkan haiwan-haiwan ternakan mereka memakan tananam orang lain, samalah dengan perbuatan mencuri atau menyamun. Perbuatan yang demikian tidak dibenarkan oleh Allah Yang Maha Adil.

Hukum ini bedasarkan firman Allah dalam al Quranul karim, iaitu:

Hai orang-orang yang beriman! Jangan kamu memakan harta sesama kamu dengan jalan (cara ) yang salah.[5]

Nabi Muhamamad s.a.w. bersabda:

Sesungguhnya halal itu jelas dan haram itu jelas, tetapi antara keduanya banyak perkara yang samara-samar – ramai manusia tidak mengetahui. Sesiapa menjaga dirinya dari benda yang samara-samar itu, maka dia telah membersihkan agamanya dan kehormatan dirinya. Dan siapa yang terbabit dalam perkara yang samara-samar, maka dia telah terbabit dalam perkara yang haram sebagaimana pengembala haiwan yang berada di sekitar tanah larangan (kebun atau ladang orang lain). Lambat laun (haiwan) akan masuk ke dalamnya. Ingatlah larangan Allah apa-apa yang diharamkannya.[6]

Perniagaan

Telah menjadi tradisi di kalangan peniaga-peniaga, terutama peniaga-peniaga makanan di kawasan gerai-gerai makanan. Peniaga di sebuah warung beriri dengki dengan peniaga warung sebelah, peniaga gerai ini bermusuhan dengan peniaga gerai itu.

Apabila pelanggan masuk dan duduk atas bangku dalam warung ‘A’ dan meminta makanan dari warung ‘B’, maka timbul masalah, tidak mendapa layanan atau ada yang memberitahu, bahawa makanan atau minuman tidak boleh dihantar ke situ.

Pernah berlaku perkara-perkara yang tidak baik di warung-warung makanan dalam beberapa tempat di negara ini, di antara pelanggan-pelanggan termakan rancun atau terkena santau dan sebagainya.

Menjadi kebiasaan bagi peniaga-peniaga makanan di warung-warung, mereka menjual makanan-makanan yang sama. Jika ada empat liama buah warung berdekatan, maka semua warung-warung menjual makanan yang sama. Sebuah warung menjual nasi ayam atau mee rebus, maka semua warung menjual nasi ayam atau mee rebus. Cara yang demikian itu menimbulkan perlawanan yang tidak sihat dalam perniagaan.

Hal yang demikian menjadi sebab peniaga-peniaga di warung-warung dipengaruhi oleh nafsu jahat, iaitu dengki atau hasad. Dengki atau hasad itu kerana tidak suka melihat orang lain lebih dalam beberapa hal daripadanya.

Perbuatan hasad atau dengaki amat dilarang oleh Allah Taala. Perbuatan itu juga memutuskan tali kasih sayang sesama jiran tetangga dan hubungan sesama manusia. Firman Allah Taala dalam al Quranul karim berikut ini elok dihayati,iaitu:

Mereka ditimpa kehinaan di mana sahaja mereka berada, kecuali mereka yang ada hubungan dengan (agama) Allah) dan hubungan dengan manusia.[7]

Nabi Muhammad bersabda:

Hindarilah kamu dari (perbuatan)hasad (dengaki), kerana perbuatan hasad itu memakan segala amal kebajikan bagaikan api memakan kayu(kering).[8]

Demi Allah, tidak beriman orang yang tidak aman (mengacau) tetangganya.[9]

Alam Sekitar.

Sama ada dalam Bandar, pinggir Bandar mahupun luar Bandar, terdapat sikap orang ramai tidak mengambil berat menjaga alam sekitar. Mereka membuang sampah sarap sesuka hati. Ada yang membuangnya ke dalam sungai, tepi,atas jalan dan dalam kawasan-kawasan lain.

Ada yang membakar sampah sarap di sekitar tempat tinggal penduduk sehingga asap busuk masuk ke dalam rumah - rumah mereka dan mengakibatkan pakaian dan sebagainya berbau busuk.

Perbuatan yang demikian samalah dengan perbuatan mengacau tetangga seperti hadis Nabi Muhmmad di atas ini.

Merosak Harta Awam

Perbuatan merosakkan harta awam memang menjadi-jadi pada masa-masa kebelakangan ini. Perbuatan itu dilakukan oleh remaja-ramaj yang berpelajaran,seperti pelajar-pelajar sekplaj menengah dan sekolah rendah serta belia-belia menganggur yang budi pekerti mereka tidak terurus oleh ibu bapa mereka. Harta-harta awam yang mereka rosakkan itu, seperti pondok telefon, papan kenyataan, lampu jalan, tong sampah, papan tanda jalan, tembok, dinding rumah, kedai dan dewan, pokok-pokok dan kepala paip bomba hinggallah landasan keretapi.

Perbuatan yang demikian itu boleh dikurangkan atau dihapuskan sekiranya remaja-remaja vandalism (berperangai suka merosakkan hasil seni atau keindahan alam dan sebagainya)itu dididik dengan pelajaran agama Islam yang sempurna, akhlak yang mulia dan pelajaran sibik atau pun memberi kesedaran, bahawa mereka bukanlah haiwan tetapi manusia yang mulia kejadiannya.

Manusia-manusia yang beperangai vandalism tidak sesuai hidup dalam negara yang mengamalkabn demokrasi apatah lagi sebuah Negara Islam seperti Malaysia ini. Kita patut menilai diri kita, masyarakat kita, bahawa kita tidak mahu berlaku seperti ‘dalam masyarakat haiwan tidak ada manusia, tetapi dalam masyarakat manusia ada haiwan.

Manusia-manusia yang diperlukan dalam Negara Islam, ialah manusia-manusia yang bertanggungjawab kepada negara dan rakyat. Mereka juga mestilah berkahlak mulia.

Nabi Muhammad s.a.w. yang telah dibangkit oleh Allah Taala untuk menjadi rasul-Nya, ialah untuk menyempurnakan akhlak mulia bagi umat manusia. Sabda Baginda:

Aku dibangkitkan (oleh Allah) untuk menyempurnakan

kemuliaan akhlak.[10]

Memandu Di jalan Raya

Perebuatan memandu di jalan raya yang m


[1] Pengetahuan tinggi dan pengalaman luas,tetapi amalan dan budaya tidak mencerminkan ajaran Islam.

[2] Al Anfal: 47.

[3] Sidi Gaszalba, Zainab Ismail, 1995,Dakwah Islamiah Malaysia –Masa Kini (artikal:Nik Abdul Aziz Haji

Nik Hassan, Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan,Universiti Kebangaan Malaysia),Bangi,

hl.35,36,37.

[4] Al Ahzab: 59

[5] An Nisa: 29

[6] Hadis. Riwayat: Bukhari dan Muslim.

[7] Ali Imran: 112.

[8] Hadis,riwayat: Abu Daud.

[9] Hadis, riwayat: Bukhari dan Muslim.

[10] Hadis Nabi Muhammad s,a.w.

No comments: