Thursday, December 18, 2008

BUMIPUTERA

PENGETAHUAN DAN TAMADUN

Manusia dituntut oleh Allah Subhanahu wa Taala supaya menuntut ilmu. Dengan firman- Nya ‘Iqra

(baca tulis) menunjukkan betapa tuntutan Yang Maha Agung itu ke atas manusia amat penting dan ada hikmahnya pula.Dengan ilmu pengetahuan manusia yang bersifat ‘haiwan yang berkata-kata’ (haiwanun natiq) dapat menjadi manusia sejati, kenal akan diri sendiri dan kenal akan Maha Penciptanya.Dengan ilmu pengetahuan, manusia boleh hidup sesama manusia, berkeluarga, bermasyarakat, bernegara dan berhubungan dengan manusia-manusia di seleuruh dunia.

Tuntulah ilmu walaupun (hingga) ke negara China[1]

Seorang ilmuan Islam-ahli sosiologi, sejarah dan sains politik Islam, Ibnu Khaldoon menulis:

manusia itu telah dikelompokkan kepada golongan haiwan dalam kebinatangannya dalam hal indera, gerak, makanan, tempat berlindung, dan lain-lainnya.Manusia berbeda dengan haiwan-haiwan kerana kemampuannya untuk berfikir, yang dengan alat itu dia mendapat petunjuk memperolehi kehidupannya dan saling membantu di antara sejenisnya serta mengadakan kesatuan sosial yang dipersiapkan bagi kerjasama. Dan dengan kemampunan itu pulalah dia siap sedia untuk menerima segala apa yang dibawa oleh para nabi dariada Allah Subhanahu wa Taala mengamalkannya dan mengikut apa –apa yang berguna bagi akhiratnya.[2]

MENGUASAI ILMU

Kita patut menyedari kebenaran ‘ilmu pengetahuan pada manusia dan menusia dengan ilmu pengetahuan’. Manusia yang menguasai ilmu pengetahuan walau sebanyak mana sekalipun, kalau dia tidak dihiasi dengan ajaran agama (berbagai agama), lebih-lebih lagi ajaran Allah Maha Kuasa, maka tentulah manusia itu menggunakan pengetahuannya untuk kepentingan dirinya dan keluarganya sahaja dan mengenepikan hak orang lain.

Tidak dapat petunjuk dari agama (berbagai agama), manusia yang berilmu pengetahuan tinggi akan menjadi ‘ikan besar dalam air memakan ikan kecil’, iaitu menindas umat manusia, menghancurkan sesebuah negara, merosakkan dunia atas tujuan kepentingan hawa nafsunya. Manusia itu menjadi sejanis ‘haiwan yang berkata-kata’ (haiwanun natiq) yang dirinya dihiasi dengan ‘ketakburan, kezaliman dan kedurjanaan’.

Kita baru sahaja mengalami tragedy dunia; negara-negara umat Islam, Afghanistan hancur dan Iraq musnah. Kemusnahan dan kehancuran itu adalah akibat senjata-senjata moden yang dicipta oleh manusia- manusia yang berilmu pengetahauan tinggi.Bahkan paling tinggi. Kehancuran umat manusia dan harta benda di negara-negara tersebut dan negara-negara lain adalah disebabkan fikiran manusia yang berilmu pengetahuan tinggi tetapi tidak mendapat faedah murni atau mengenepikan ajaran agama, lebih-lebih lagi ajaran Allah Yang Maha Adil.

BELAS KASIHAN

Manusia yang berpengetahuan seperti di atas, adalah manusia yang tidak ada padanya perasaan ‘ peri kemanusiaan’ atau perasaan belas kasihan sesama manusia. Manusia yang demikian adalah seperti beribahasa orang Melayu, ber‘telinga kuali’ dan ber‘berhati batu’. Tidak mendapat petunjuk dari Allah Taala ataupun menginkari ajaran-Nya. Firman Allah:

Ditimpa keatas mereka kehinaan di mana sahaja mereka

berada, kecuali mereka yang menjaga hubungan dengan

Allah dan hubungan dengan manusia, dan mereka kemba-

li dengan mendapat murka dari Allah dan ditimpakan ke-

atas mereka kelemahan.”[3]

Memang boleh dibanggakan, iaitu bila kita melihat manifesto Barisan Nasional (akan diparktikkan oleh kerajaan- mp), bahawa dalam bahagian ‘Agama’ termaktub ‘Meningkatkan pendidikan Islam dan memperbaiki sukatan pelajaran pendidikan Islam pada semua peringkat, mensyaratkan pelajar beragama Islam mengambil mata pelajarana bahasa Arab dan khatan al – Quran sewaktu di sekolah’.

Mungkin kerajaan boleh memberi perhatian, iaitu pelajaran mengenai al Quran mestilah meliputi makna dan pentafsirannya sekali sekadar sesuai dengan kedudukan para pelajar itu. Kalau menghafal semata-mata tidak akan mencapai faedah yang secukupnya.Mereka yang menghafal tetapi tidak mengetahaui erti atau maksud al Quran, hanya akan menjadi seperti seperti burung tiung yang pandai berkata-kata sahaja satau seperti firman Allah Taala dalam al Quran, ‘Seperti keledai yang memikul bebanan (buku-buku tebal)[4]

PARA ULAMA

Melalui pendidikan agama Islam yang sempurna, maka kerajaan akan mendapa kejayaan melahirkan para ilmuan dan cedekiawan atau golongan ilmuan dan professional yang bertaqwa kepada Allah Taala dan mematuhi ajaran agama Islam. Mereka itu akan berdiri dengan peribadi mulia dan bertamadun, seperti:

a. Berbudi pekerti atau berakhlak mulia.

b. Beramanah.

c. Tidak melakukan kemungkaran.

d. Mengerjakan sembahyang dan ibadat-ibadat

wajib lain.

e. Tidak melakukan rasuah (jika ada kedudukan

atau kuasa)

f. Tidak menindas atau menginiaya sesama

manusia.

g - Tidak menjadai makhluk perosak di atas muka

bumi ini.

Mereka yang berilmu pengetahuan dan cedekiawan yang mengamalkan tujuh perkara di atas ini akan menjadi insan bertanggungjawab kepada dirinya, keluarga, masyarakat, bangsa, negaranya bahkan umat manusia di seluruh dunia.

‘Anak-anak harus dididik dan diasuh menurut kehendak hidup dan zamannya.Maksud pendidikan hendaknya ialah membentuk anak (murid) itu supaya menjadi anggota yang berfaedah di dalam pergaulan hidup, penuh dirinya dengan perasaan kemanusiaan, walaupun apa mata pencariannya, cinta kepada persaudaraan dan kemerdekaan. Pendidikan demokrasi!

Maka tiap-tiap pendidikan yang bukan menuju ke situ, adalah pendidikan yang akan menghancurkan perdamaian dan ketenteraman.

Kemenangan dan kejayaan hidup yang akan ditempuh oleh seorang anak (murid), sejak dari kecil melalui besarnya sampai tuanya, semuanya terkumpul di waktu membentuk dan melatihnya di zaman kecil. Di waktu yang dahulu ditentukan zaman yang akan datang. Zaman yang akan datang (future), ialah impian dari tiap-tiap kita, impian dari masyarakat, impian dari satu bangsa, dan impian alampun. Kepada zaman yang akan datang, kepada future, ke sanalah bergantungnya segala angan kita dan cita-cita kita. Seorang anak yang masih kecil, walaupun setiap saat kita ingatkan, supaya dia insaf zaman yang akan datang itu, kepada future itu, dia tidaklah mengerti bagaimana mahalnya. Yang mesti mengerti ialah pendidikannya, ayah dan ibunya, gurunya.

Bekas pendidikan itu, sehat atau buruknya, bukan terdapat pada anak-anak (murid) sahaja, tetapi terbekas kepada bangsa seluruhnya. Itulah sebabnya maka amat berat beban sebagai pendidik.

Garis besar dari pendidikan yang sejati ialah, supaya anak-anak itu disingkirkan daripada perasaan kekerasan orang yang di hadapan orang yang lemah. Pendidikan sejati ialah menanamkan rasa bahawa diri saya ini ialah anggota masyarakat dan tak dapat melepaskan diri daripada kungkungan masyarakat. Pendidik yang sejati ialah membentu anak-anak (murid) berkhidmat kepada akal dan ilmunya, bukan kepada hawa dan nafsunya.’[5]

MENJAGA HUBUNGAN

Mereka yang mempunyai pendidikan yang menepati manifesto parti kerajaan dan menepati pendapat HAMKA[6] sepeprti di atas ini, ada akhlak dan sikap taaruf ( mengenali antara satu sama lain) atau menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia. Mereka memiliki pengetahuan sains dan atau teknologi tidak akan menggunakan kepandaian atau ciptaan mereka itu untuk melakukan porak peranda (fasad) di muka bumi seperti para pemimpin- pemimpin manusia di beberapa buah negara di dunia ini.

Dr Abdullah Badawi sering mengingatkan orang ramai supaya tidak melakukaan porak peranda di muka bumi ini. Katanya:

“Sudan seronok, Presiden Bashir seronok, kita pun seronok.

Fasal apa? Kerana kita ada ilmu, teknologi, kemudahan dan kita besedia untuk membantu sebuah negara yang lain. Kalau kita tidak ada ilmu, peluang pun tidak ada, boleh jadi dia minta negara lain. Banyak lagi ilmu yang perlu dicari dan dipelajari. Kalau tidak, kita akan menjadi orang yang tidak bersyukur kepada Allah, tidak tahu hendak menggunakannya. Kita jadi miskin, tidak tahu hendak guna, kita jadi mundur atau tidak dipedulikan.

Apakah sudah ditakdirkan umat Islam mesti hidup dalam keadaan begitu? Ini bukan ditakdirkan oleh Allah, tetapi kita sendiri yang tidak tahu hendak menguruskan kehidupan kita sendiri. Ini yang kita bimbang.

Allah berfirman dalam al Quran:

Hai manusia! Sesungguhnya kami mencipta kamu

dari seorang lelaki dan seorang perempuan, dan kami

jadikan kamu beberapa bangsa dan suku kaum,supaya

kamu mengenali satu sama lain (taaruf) . Sesungguh-

nya yang paling mulia di antara kamu dalam pandangan

Allah yang lebih taqwa (yang mmelihara diri dari ke-

mungkaran atau kejahatan).Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Mengerti.[7]

fasad,innallaha la yuhibbu mufsidin”\

( …tetapi jangan porak perandakan bumi ini, kerana Allah tidak suka kepada mereka yang buat kacau.)”[8]

PENDIDIKAN ISLAM

Sesungguhnya pendidikan yang baik lagi sempurna di peringkat sekolah rendah hingga universiti, ditambah pula dengan pendidikan Islam, akan menjaminkan negara memperolehi individu-individu yang beriman,bertaqwa, berakhlak dan bertanggungjawab kepada bangsa dan negara mereka.

Pada bulan Oktober 2003, penulis berada di kota London. Di sana terdapat sebilangan orang-orang Melayu yang terdidik dalam sekolah-sekolah di Tanah Melayu (belum merdeka) tidak ambil berat akan agama Islam. Apabila Persekutuan Tanah Melayu hampir mencapai kemerdekaan, mereka berhijrah ke sana dan tidak mahu pulang lagi ke tanah air. Mereka tidak berminat untuk membela bangsa, tanah air dan agama Islam. Bahkan mereka tidak percaya bangsa Melayu akan boleh merdeka kerana mereka mengetahuai orang-orang Melayu tidak pandai membuat jarum. Mereka telah menjadi rakyat British kerana mereka yakin dengan kerajaan tersebut. Kini mereka yang masih hidup mempunyai keinginan yang besar untuk kembali ke sini. Mereka merindukan tanah air mereka sendiri dan bangsa sendiri (termasuk kempunankan durian[9], tempoyak, petai dan jering). Tetapi genarasi atau keturunan mereka tidak mengenali bangsa Melayu dan tidak dapat menggambarkan bagaimana Malaysia.

MASA SILAM

Di negara kita ini pun terdapat ramai belia-belia Melayu, Chin dan India yang tidak mengambil berat akan negara Malaysia. Mereka seperti mengikuti jalan kehidupan mereka tanpa negara. Ini adalah akibat daripapa pendidikan yang mereka terima tidak sempurna, iaitu mereka tidak mengetahui sejarah perjuangan orang-orang yang menuntut kemerdekaan pada masa silam. Mereka itu adalah terdiri daripada anak-anak yang dilahirkan beberapa tahun setelah negara mencapai kemerdekaan.

Dr Abdullah Badawi dalam ucapannya pada waktu meramikan ‘Majlis Islam Hadhari[10]

Pengurusan Negara Islam – peringkat kebangsaan,di Shah Alam, Selangor, pada 30 Jualai 2004

telah menerangkan kehendak dan tujuan kerajaan berhubungan dengan agama Islam. Katanya:

“ Apa yang kita buat hari ini, ialah pembangunan yang saya kira pembangunan yang cukup sesuai dengan pembangunan kerana Islam. Orang Islam mesti dibangunkan dengan memberi berbagai-bagai ilmu, kependaian dan kemahiran dalam perlabagai bidang untuk hidup.

Ilmu adalah sumber ilmu (hikmah) yang datang daripda Tuhan. Manusia tidak mencipta ilmu. Manusia menerima ilmu dari sumber seluruh alam yang ada ini. Sebab itulah al – Quranul Karim, apabila diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang pertama yang disuruhkan-Nya: ‘Iqra’(bacalah):

Bacalah dengan nama Tuhan kamu,

yang mencipta.

Dia telah mencipta manusia dari segumpal darah.

Bacalah! Dan Tukhan kamu itu Maha Pemurah.

Yang mengajar dengan pena (tulis baca).

Dan di dalam al-Quran lebih banyak ayat-ayat yang ada hubung kait dengan kehidupan masyarakat, sains dan teknologi, petumbuhan yang macam-macam yang lebih banyak daripada ayat-ayat yang khususnya ada hubung kait dengan akidah,dengan yang ada hubung kait dengan hukum-hukum syarak, yang kita panggil undang-undang. Lain perkara yang lebih banyak yang hubung kait dengan kehidupan manusia dan alam.

Jadi dengan itu, kita mestilah dapat memahami dalam hal ini. Ini adalah perkara-perkara yang amat penting. Kita mahu akan itu semua. (bermula yang utama) kita pastikan yang kita menguasai ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan itu sebenarnya ia tidak ada pilihan . Ia (ilmu pengetahuan) nak kata Islam atau tidak, ia tidak ada pilihan. Yang menentukan ialah kemudiannya. Kita panggil ilmu Islam (Islamic knowledge) atau pun ilmu Kristian (Cristian knowledge), ilmu Yahudi, ilmu Hindu ataupun ilmu China, adalah hasil daripada mengamalkan dan ilmu itu mengikut etika. Nilai yang dianuti oleh yang mengamalkan dengan ilmu itu, misalnya, dua orang murid ataupun lebih, seorang Islam dan yang lain tidak. Mereka sama-sama pergi belajar nak jadi doktor (perawatan atau perubatan). Semua sama, iaitu ilmu, alat-alat dan cara-cara perubatan. Ilmu yang sama jika dimilki oleh seorang yang beragama Islam, maka jika dia (bekas mahasiswa) guna ilmu itu mengikut ajaran agamanya (Islam), maka amalan perubatan itu akan menjadi amalan perubatan Islam. Yang seorang lagi tidak Islam, kalau nak ikut cara agamanya (Kristian), maka jadi amalan perubatan Kristian,tetapi pada hakikatnya, ia adalah ilmu yang sama.

Orang-orang Arab dan umat Islam pada zaman kemegahan (Islam) dahulu, mereka yang menjadi kumpulan yang paling gigih berusaha untuk menimba ilmu penetahuan orang-orang Yunani (Greek) kerana itu adalah ilmu. Ilmu geometry adalah dari orang Greek. Algebra adalah dari orang Islam, iaitu aljabar. Itu Islam. Banyak yang orang Islam tambah dan gabungkan menjadi ilmu yang diamalkan oleh orang Islam pada masa itu. Yang (ilmu itu) menjadi pembangunan Islam cukup hebat dan cemerlang. Tidak pernah berlaku dalam mana-mana tamadun.

Kehebatan Islam yang begitu cemerlang yang telah menyumbang kepada tamadun dunia (the world civilization) bukan hanya untuk orang Islam sahaja. Ilmu Ibnu Sina[11] (Kanun Ibnu Sina), buku itu diterjemahkan kepada bahasa Latin yang dijadikan satu teks – buku teks ilmu perubatan sampai akhir abad yang ke 18, …rasanya di Eropah.”

“Sebagai orang Islam kita mesti mengubahsuai ilmu. Tetapi kita melihat orang Melayu dalam arus kemajuan pendidikan banyak yang menyedihkan kita semua. Saya tak kata, tak ada yang cemerlang, ramai pelajar Melayu yang cemerlang, tetapi kalau tengok dalam satu kumpulan orang Islam (Melayu), banyak yang menyedihkan. Kita tak cemerlang semacam orang lain.Kemajuan kita tidak setinggi atau seelok anak-anak Malaysia bukan Melayu.”

PELAJARAN SEJARAH

Bertolak dari memahami pandangan Dr Abdullah Badawi di atas ini, maka saya amat berharap setiap sekolah – sama ada sekolah kebangsaan mahupun jenis kebangsaan -, hendaklah diterapkan dengan pelajaran sejarah tanah air kita yang sebenarnya.

Pada masa-masa yang lalu, murid-murid sekolah rendah disogokkan dalam ilmu sejarah tanah air, bahawa pejuang-pejuang kemerdekaan negara hanyalah Allahyarham Dato’ Onn bin Jaafar dan Tunku Abdul Rahman Putra[12]. Tetapi apabila murid-murid itu menjadi pelajar – pelajar tingkatan enam, kolej atau universiti, mereka rasa telah dibohongi di perintkat sekolah rendah, kerana mereka mendapati pejuang - pejuang kemerdekaan tanah air sebelum Dato’ Onn dan Tunku Abdul Rahman Putra, ialah Allahyarham Ibrahim Haji Yaacob[13], Ustaz Abu Bakar al Baqir[14], Ishak Haji Muhammad, Dr Burhanuddin Helmi[15] , Shamsiah Fakeh[16], Ahmad Boestamam[17]dan Mustapha Hussain[18].(lihat gambar mereka).

Elok penulis sebutkan di sini, sekitar tahun 1990-an, penulis telah memberi ceramah ‘politik dan kewartawanan’ kepada lebih dua puluh orang lepasan universiti-universiti dalam dan luar negara – jurusan sains politik , di sebuah hotel, di Kuala Lumpur. Kebanyakan mereka tidak mengetahui susur galur atau riwayat hidup dan peranan para pejuang kemerdekaan tanah air selain dari Allahyarham Dato’ Onn bin Jaafar dan Tunku Abdul Rahman Putra.

Mereka adalah ahli sains politik yang amat arif tentang sejarah negara-negara luar, seperti British, Amerika Syarikat, Francis dan negara-negara lain lagi.

EKONOMI DAN BUMIPUTERA

Kedudukan ekonomi Melaysia berada pada tahap yang setabil. Demikian pengakuan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, pihak kerajaan dan kebanyakan pemerhati-pemerhati politik dan ekonomi. Kesetabilan itu akan dapat menjamin akan kemakmuran bagi negara dan rakyat jelata. Insya Allah!

Dr Abdullah Badawi berkata:

“ Ekonomi negara baik dan berkembang maju adalah kunci kepada usaha untuk membangunkan ummah yang berjaya dan progresif. Walaupun benar sekarang ini banyak negara Islam di anggap mundur, ia adalah satu keadaan yang boleh diperbaiki.”

Pada masa ini, kita benar-benar mahu melihat negara di bawah pimpinan Dr Abdullah Badawi, betapa perluang-peluang bagi bangsa Melayu dan Bumiputera untuk berperanan dalam lapangan ekonomi negara ini terus wujud dan tidak diganggu gugat oleh berbagai-bagai karenah birokrasi dan sebagainya. Kita tahu ramai yang terlibat dalam lapangan ekonomi. Di antaranya dalam pasaran saham, industri pembuatan, pemborongan termasuklah kontrektor binaan, jalan raya, pelancongan, pengakutana dan berbagai- bagai lagi. Tetapi bagaimana kemajuan yang mereka telah mencapainya? Betapa mereka mengeluh sebagai pelomba-pelomba yang gagal. Betapa mereka menjadi mangsa birokrasi pihak berkenaan sehingga ada yang terpaksa ‘gulung tikar’ dan ramai yang ‘muflis’.

KONTREKTOR MELAYU

Sebagai contoh, pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri dan Dr Abdullah Badawi timbalannya, salah seorang kontrektor Melayu dalam ketogari ‘A’ dengan G7, telah memaklumkan kepada saya, bahawa dia mungkin menghadapi masalah besar dalam meneruskan perusahaan dan perniagaannya.

Dia memaklumkan lagi, bahawa bagaikan ‘ hancur kulit kerang depan tanggga’, dia mengulangi Pejabat Bandaraya Shah Alam dan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk merayu bagi mendapatkan bayaran bagi projek-projek yang telah dilaksnakannya. Tetapi dia gagal mendapatkan bayaran itu dari kedua-dua agensi kerajaan tersebut.

Menurutnya, dia telah menemui Datuk Bandar Shah Alam dan mengemukakan masalahnya. Datuk Bandar yang menggantikan tempat Datuk Bandar yang pertama, telah memberitahunya, bahawa beliau tidak ‘tahu menahu’ dengan bayaran itu, kerana perkara itu berlaku pada masa Datuk Bandar yang pertama. Datuk Bandar tersebut memberitahu kontrektor Melayu itu, bahawa kalau dia mahukan wang bayaran itu, dia boleh membuat tuntutan di mahkamah.

SURAT EHSAN

Manakala di Kementerin Pendidikan Malaysia, setiap pegawai yang bersangkutan yang telah ditemui oleh kontrektor Melayu itu, semua mereka telah mengelak dan tidak mahu berunding dengannya.

Amat menyedehkannya, iaitu setelah dia mendapat surat ehsan dari Timbalan Perdana Menteri, Dr Abdullah Badawi, dia telah pergi ke Kementerian Kewangan dan telah mengemukakan masalahnya. Dia sedih, kerana seorang pegawai (perempuan) di kementerian itu memberitahunya, bahawa surat Dr Abdullah Badawi tidak laku. Kementerian Kewangan tidak mahu melayan surat dari Timbalan Perdana Menteri.

Tidak setakat itu sahaja, bahkan dia telah mengalami kejadian menyedihkan di kementerian itu, iaitu dia telah dihalau keluar sebagai haiwan dari pejabat itu oleh seorang pegawai[19] tinggi di kementerian tersebut.

TANPA SENYUMAN

Kontrektor itu adalah salah seorang dari beberapa orang kontrektor Melayu yang mengalami masalah yang menyedihkan itu.

Saya sendiri mengalami kejadian yang kelat, iaitu pada hari saya pergi ke pejabat Ketua Setiausaha Negara,di Putra Jaya bersama seorang peniaga Melayu untuk menyerahkan surat sokongan Timbalan Perdana Menteri, Dr Abdullah Badawi atas satu permohonannya kepada Ketua Setiausaha negara. Seorang pegawai (perempuan) di pejabat itu berkata (tanpa senyum), “surat macam ni tak dapat layanan.”

Sikap pegawai yang telah saya nyatakan di atas, jelas menunjuukkan tidak mempunyai etika kerja sebagai kaki tangan kerajaan demokrasi. Perkataan dan tindakan mereka itu menyebabkan rakyat memandang tawar akan maruah dan khidmatnya kepada kerajaan.

PINTU REZEKI

Semua kontrektor-kontrektor Melayu berasa lega. Kontrektor Melayu tersebut terasa dadanya lapang. Ramai lagi yang rasa ‘pintu rezeki’ mereka akan dibuka lapang oleh Allah, setelah Dr Abdullah Badawi telah bercakap hal yang dialami oleh kontrrektor-kontrektor Melayu dalam program khas ‘Bersama Perdana Menteri’, tv 1, yang telah disiarkan pada malam 8 Julai 2004 lalu.

Dr Abdullah Badawi telah di wawancara oleh Datuk Johan Jaaffar, pengarang Berita Harian, Hishamuddin Aun dan pengarang berita BERNAMA, Ahmad Zakiman Zain. Kata Dr Abdullah Badawi:

“…kita mesti belanja dengan berhemah. Ini mesti.Dan nak buat itupun mengambil masa yang cukup lama sebab kita nak susun atur balik, kita nak tengok balik macama mana, ada yang dah dapat surat LOI (surat hasrat) tiba-tiba tak dipanggil, apa dah jadi ini keran nak bankraupke?

Yang dapat letter of award (LOA) pun tak boleh buat kerja lagi. Apa pasal ni, adakah kami nak kena cancel.Macam-macam yang saya dengar. Tak apalah kita bersabar. Kita ni jadi tukang, orang dok tengok, apa ni tak jadi lagi.

“Dalam hal ini juga, memang baru-baru ini Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Datuk Seri Abdul Rahman Maidin beritahu saya, RM120 juta bil yang tak bayar lagi (oleh kementerian-kementerian kepda kontrektor - kontrektor). Kenapa jadi macam ni?. Pasal apa bagi tahu dekat saya? Kita tak tahu kalau kawan tak bagi tahu. Saya terus cakap kepada Tan Seri Mohamad Nor Yakcop, Menteri Kewangan Kedua. Saya kata anda beritahu kementerian mana yang bertanggungjawab.

Dia beritahu kementerian mana yang bertanggungjawab. Saya Tanya mengapa jadi begini? Adakah mereka kurangkan dana? Bagaimana pun saya kata bayar dulu dari Perbendaharaan.

Selepas itu, soal kementerian kita berhubung dengan kementerian. Jangan cuba nak menyelesaikan dengan kementerian dan melambatkan pembayaran. Selepas tiga hari ,dia (Tan Seri Mohamad Nor Yacop) kata sudah bagi semua. Kementeriana berkenaan dah bayar…should be alright dah.

MENJADI BUDAYA

Sekarang, ahli – ahli perusahaan dan perniagaan Melayu dan Bumiputera bergantung harapan kepada Dr Abdullah Badawi untuk menyelesaikan masalah mereka. Rekod masalah - masalah mereka dengan kementerian-kementerian memang telah menjadi pengetahuan am (general knowledge) ahli-ahli Persatuan Dewan Perniagaan Melayu seluruh negara ini.

Kita melihat dari kejadian- kejadian itu, birokrasi dan hal-hal yang berlawanan dengan etika kerja, misalnya, rasuah dilakukan oleh individu-individu tertentu dalam kerajaan diperingkat Persekutuan dan negeri-negeri, adalah menjadi penyebab orang Melayu dan Bumiputera mundur dalam bidang perusahaan dan perniagaan mereka.

Jika ‘kuman’ atau ‘ penyakit’ yang tersebut di atas tidak dimusnahkan segera, ia akan merebak dan menjadi ‘budaya’ dalam kerajaan Persekutuan dan kerajaan di negeri-negeri di seluruh negara.



[1] Hadis Nabi Mhammad s.a.w.

[2] Ibnu Khaldoon (1332 -1398M), 1993,MUKADIMAH IBNU KHALDOON, Kuala Lumpur,( terjemahan)

Dewan bahasa Dan Pustaka, hal. 539.

[3] Ali Imran: 112.

[4] Al Jumaah: 5.

[5] HAMKA, FALSAFAH HIDUP, 1946, Kuala Lumpur, Penerbitan Pustaka Antara,hal.199.

[6] Frof.Dr. Haji Abdul Malik Karim Amarullah – Republik Indonesia.

[7] Al Hujurat: 13.

[8] Mokhtar Petah,2004, AMANAH CEKAP ADIL, Kuala Lumpur, Yayasan Amal

Maaruf Malaysia, hal. 16,

[9] Buah – buah durian Siam ada dijual di China Town, London.

[10] Peradaban atau tamaddun.

[11] Avicenn 980 – 1037 M.

[12] Yang Dipertua Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) – 1946.

[13] Ketua Kesatuan Melayu Muda (KMM) – 1940.

[14] Yang Dipertua parti Islam Hizbul Muslimin - 1945.

[15] Yang Dipertua Parti Kebangsaan Melayu Malaya -(PKMM)

[16] Ketua Angkatan Wanita Sedar (AWAS) – 1945.

[17] Ketua Angkatan Pemuda Insaf (API) – 1945.

[18] Naib Presiden Kesatuan Melayu Muda(KMM).

[19] Nama dan jawatan kedua-dua pegawai itu dalam simpanan Badan Bertindak Menyokong Pemimpin

Kerajaan.

No comments: