SULTAN IDRIS SHAH PERAK
DIALOG DENGAN RAKYAT
Oleh: Mokhtar Petah
[Mulai hari ini, Rabu, kami rasa bangga dapat menyiarkan dialog Sultan Perak, Al marhum Sultan Idris Shah II, Negeri Perak dengan rakyat (penulis). Kerana dialog Baginda menari, maka pada tiap – tiap hari Rabu kami akan menyiarkan dialog diRaja itu berturut setiap Rabu.]
Pada satu malam. Sultan Idris bersungut kepada saya tentang ada sebilangan orang Cina, di Negeri Perak yang tidak jujur kepada Negara dan Negri Perak serta menafikan taraf bangsaMelayu sebagai ‘Ketuanan Tanah Semenanjung’ ini.
“ …demetu ada yang pura –pura taat setia …, kepda aku pun deme tu buat begitru, macam ada dua tiga oghang Dato’ di sini,” titah Sultan Idris.
“Deme tu macam kata ‘telunjuk luru kelingking berkait’ …, depan aku buak main lagi, tetapi di belakang, dikutuknya aku …, begitu juga deme tu buat kepada Perdana Menteri dan menteri –m menteri …,”titah Sultan Idris lagi.
Tambah Sultan “ …ada di antara deme tua, asalkan boleh dapat peluang …, balak, kawasan bijih timah, tak kira, anak dara sendighi sanggup serahkan kepada …”
Saya merenung wajah Baginda. Sayua merenung wajah seorang Raja Melayu, di hadapan saya, lalu hati saya berkata, “Kalaulah semua Raja Melayu hidup dalam Negara Islam …, selamatlah mereka dunia akhirat.”
“Apa yang kamu fikirkan tu?” Sultan bertanya, mengejujtkan saya.
“Tak Tuanku …, apa yang Tuanku titah tu betul …, tapi ada orang – orang Melayu yang lebih …,”jawab saya.
“Apa yang lebihnya?” Sultan bertanya.
“ialah, orang Melayu lebih hormat kepada orang lain …, sedangkan deme tu tak hormat …, pura – pura,” jawab saya.
“ …benor,”sahut Sultan Idris.
‘Patik tengok sendiri di Perak ni, Mentreri Besar …, pada masa dia jadi Menteri Besar, bukan main lagi orang Cina dan orang India hormat …, sanjung …, dah jdi macam sami …, tapi bila dia berhenti dari Menteri Besar, siapapun tak hormat …, tengok sebelah matapun tidak …,” saya menyambung.
“Benor …, apoa nak jadi oghang Melayu ni …?” Sultan bersungut dan bangun dari kerusi.
(Bersambung Rabu depan).
No comments:
Post a Comment