Thursday, March 25, 2010

QURAN, HADIS DAN LAIN



TIPU DAYA

Orang – orang kafir itu (golongan kafir Arab Qurais, arab hitam atau Arab Takruni, Yahudi dan Kristian) melakukan tipu daya (kepada golongan Islam pimpinan Nabi Muhammad s.a.w.), dan Allah membalasa tipu daya mereka itu, dan Allah sebaik – baik pembalasa tipu daya (mereka itu).

– Ali Imran: 54



HADIS


LELAKI PALING RUGI


Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Orang – orang yang paling rugi pada hari kiamat nanti, ialah mereka yang semasa hidfup di dunia ada peluang untuk menuntut ilmu (ilmu dalam agama Islam dan ilmu – ilmu yang diredai Allah), tetapi mereka tidak mahu menuntut ilmu tersebut.Dan seorang yang mengajar ilmu (kepada orang ramai), lalu meeka yang diajar memperolehi ilmu itu, sedangkan dirinya (yang mengajar), tidak men gamalakan ilmu tersebut.

– Perawi: Ibnu Asyakir.



PETUA


PEREMPUAN


Sepuluh perkara yang ada pada seseorang perempuan tidak lalayat atau tiudak sesuai dijadikan isteri oleh para lelaki yang soleh, iaitu: 1 - Anak haram, 2 – Tidak mengerjakan ibadat wajib, iaitu sembahyang, puasa, 3 – Membuka aurat, 4 – Anak kepada perempuan yang mengongkong suami atau dia sendiri mengongkong suami, 5 – Mengumpat, 6 – Hasad atau dengki, 7 – Takbur dan ria, 8 – Mementingkan kebendaan, 9 – 10 – Membawa mulut dan tabiat mendedahkan rahsia rumah tangga.



TAHUKAH?


TIDAK SELARAS


Kerana kongres alim ulama se Malaya an juran UMNO pada 1951, memutuskan, bahawa Raja – Raja Melayu menjadi Ketua Agama Islam di negeri masing – masing (keputusan tersebut dikemnukakan kepada penjajah Inggeris untuk di jadikan salah satu kandungan Perlemb again Persekutuan Tanah Melayu merdeka), maka pada masa ini pentadbiran agama Islam menjadi dukar – tidak selaras antara sebuah negeri dengan sebuah negeri. Dan negara kita tidak dapat mewujudkan Menteri Agama Islam.


















No comments: