Friday, March 26, 2010

QURAN, HADIS DAN LAIN


BERBAIK

Allah tidak melarang kalian untuk berbaik – baik dan berlaku adil terhadap orang – orang (kafir) yang tidak memerangi kalian kerana agama (Islam) dan tidak pula mengusir kalian dari negeri kalian. Sesungguhnya Allah menyukai orang – orang yang berlaku adil.

Al Muttahanah:8.


HADIS

BERSALAM

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Hendaklah kalian suka berjabat tangan (bersalaman antara lelaki dan dengan perempuan yang tidak sah nikah), kerana dengan berjabat tangan itu dapat menghapuskan tipu daya (syak wasangka) dalam hati.

Perawi: Al Baihaqi.

PETUA

ULAMA

Jika anda orang yang mengamat (berkebolehan memerahikan keragaman seseorang), maka jika sepuluh orang alim (ulama) datang menemuji anda, nescaya tiga daripadanya menghampu, dua berpura dan seorang memirah (penaku). Yang baki itu adalah ulama mujahid lagi jujur.

TAHUKAH?

1 MALAYSIA

Gagasan 1 Malaysia oleh Perdana Menteri, Najib Tun Razak, adalah baik di segi kemanusiaan sejagat, tetapi menjadi sebagai air garam yang disiramkan kepada pokok renek yang baru tumbuh. Ertinya orang Melayu akan beransur pupus, jika gagasan itu berlanjutan hingga kepada beberapa perdana menteri lagi.

No comments: