Thursday, March 18, 2010

BERITA


SEMINAR KEBANGKITAN

GERAKAN ISLAH DI ALAM MELAYU


Oleh: Petah Ibnu Khaldoon

Kuala Lumpur – Khamis , Intitut Kefahaman Islam Malaysia – IKIM - akan mengadakan seminar ‘ Kebangkitan Gerakan Islah di Alam Melayu, di Dewan Besarnya, di sini, pada 23, 24 Mat ini.

Seminar tersebut akan dirasmikan oleh Pengerusi IKIM, mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ketua Pengarah IKIM, Datuk Nik Mustapha bin Haj Hassan, dalam surat undangannya kepada para pemberntang 'kertas bicara' dalam seminar tersebut, adalah bertujuan:

i. Menghargai pemikiran dan sumbangan tokoh – tokohPemimpin masyarakat dan meletakkan masing - masing di tempat selayaknya.

ii. Menganalisa gerakan islah nusantara serta bagaiman ia dapat di manfaatkan bagai mengfatsi masalah semasa.

iii. Menyedarkan masyarakat Islam bahawa usaha untuk mengembalikan kegemilangan agama adalah tanggungjawab mereka sendiri.

iv. Menunjukkan bahawa perjuangan menegakkan agama (Islam)bukan hanya bersifat teori semata – mata tetapi juga praktikal.

v. Menyeru agar umat Islam kemabli kepada ajaran al Quran dan As Sunnah.

Seramai 15 cendekiawan Islam akan member ucapan dalam seminar tersebut, iaitu:

1 – Dr WanAzhar Wan Ahmad, Pusat Kajian Syariah IKIM: Islah: Faham dan latar belakang.

2 - Prof. Dato’ Mohamad Abu Bakar, Fekulti Sastera dan Sain social, Universiti Malaya: Mengenali Gerakan Islah di Malaysia.

3 - Prof. Dr. Mohamad Redzuan Othman. Dekan Fekulti Sastera dan Sainh Sosial Universiti Malaya - UM:Peranan dan Kesan Gerakan Islah Kepada Pelajar Melayu di Mesir.

4 - En. Suzalie Mohamad, Fellow Pusat Kajian Syariah,Undang dan IKIM: Pemikiran dan Sumbangan Tokok – Tokoh Islah Semenanjung Tanah Melayu.

5 - Mokhtar Petah, Penulis dan Fasilitator Akademi Penulis Putrajaya: Sheikh Abdullah Fahim:Pelopor Perjuangan Umat Islam Menuntut Kemerdekaan.

6 - En. Farid Mat Zain, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun

Islam Islam, Fekulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia:Pemikiran dan Sumbangan Sheikh Abdullah Fahim

7 - Dr. Mohd. Zaidi Ismail, Fellow Kanan/Pengarah, Pusat Kajaian Sain dan Alam Sekitar, IKIM): Pemikiran dan Sumbangan Tokoh – Tokoh Islah Semenanjung Tanah Melayu.

8 - Dr. Hafiz Zakariya, Timbalan Dekan, Divisen Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa – UIA: Pemikiran Sheikh Tahair Jalaluddin.

9 - Tuan Haji Nik Abdul Aziz Hj. Nik Hassan, bekas Ketua Jabatan Dakwah, Fekulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia – UKM: Haji Wan Musa Haji Abdul Samad: Tokoh Islah di Kelantan.

10 - Prof. Dato’ Dr. Sidik Baba, ahli Lembaga Pengarah IKIM:

Pemikiran dan sumbangan Tokoh – Tokok Islam Nusantara.

11 - En.Hasanuddin Daud, Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sain Sosial, Universiti Malaya – UM: Pemikiran Wan Ahmad bin Muhammad Zain bin Mustafa al Fatani.

12 - Tan Sri Dr. Mohd. Kamal Hassan, Jabatan Usuluddin dan Perbandingan agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia – UIA: Pemikiran Mohamad Natsir (Indonesia).

13 - En.Md.Asham Ahmad, Fekulti, Pusat Kajian Syariah, Undang - Undang dan Politik, IKIM: Pendekatan Islah Dalam Usaha Menangani Permasalahan Semasa.

14 - Prof.Dr. Dato’ Mahmood Zuhdi Abdul Majid, Timbaklan Dekan ISTAC: Pemikiran Masyarakat IslamMalaysia Semasa: Keperluan Kepada Pendekatan Pengislahan (i).

15 – Prof. Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar,Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Antarabangsa Kajian Tinggi Islam – IAIS:Pemikiran Masyarakat Islam Malaysia:Keperluan kepada Pendekatan Pengislahan (ii)

Menurut kertas siaran seminar tersebut, bahawa orang ramai dijemput menyertai seminar tersebut. Mereka dikenakan bayaran: Wakil institut, agensi atau jabatan, RM300.00 dan perseorangan RM150.00.

No comments: