Wednesday, March 24, 2010

DIALOG SULTAN


SULTAN PERAK, SULTAN IDRIS SHAH

DIALOG SULTAN DAN DIALOG SAYA


Oleh: Mokhtar Petah


(sambungan dari Rabu lal


Sultan Idris Shah


Adinda kepada baginda, Engku Tam (Raja Ahmad Saifuddin) telah didapati bersalah kerana ‘tertembak’ kaki seorang pemuda di Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Baginda Sultan Idris tidak menolong membebaskan adiknya dari tuduhan. Sebaliknya baginda menyerahkan kes tersebut kepada Mahkamah Tengan membicarakan adinda baginda mengikut Islam dan hukumannya mengikut Islam (hudud).

Begitu juga andakanda baginda, Raja Kecil Besar) telah melakukan keslahan melawan anggota polis, baginda membiarkan dia dihukum mengikut undang – undang yang ada.

“ Kalau aku biarkan anak aku, adik aku buat jahat, bila polos tangkap aku haling, itu tak betul … Raja zaman setoghi (zaman silam) bolehle …,” titah Sultan Idrus Shah kepada saaya pada satu hari.

“Aku dah faham dengan oghang –m oghang yang meneghintah sekaghang ni …, dadah tu salah, tetapi dibenarkan dijual di merata – rata kedai ubat …, arak haram, dibior jual asalkan ada lesen …,” titak Sultan Idris shah kepada saya, pada Satu malam lain pula.

Pada malam itu Sultan Idris Shah dengan saya sahaja bercakap dalam bilik khah istana Fairuz, Ipoh.

“ …macam juga judi …,”saya berkata.

“Kerajaan mesti tegas, kalau tak tegas, anak – anak bangsa kita yang ghosak binasa …, bangsa – bangsa lain pijhak kepala kita,” titak baginda.

“Ini Tuanku kena tegur …, misalnya dalam titah ucapan Tuanku di masjid – masjid, dalam majlis – majlis agama Islam …,”kata saya.

“Dah banyak kali aku cakapkan, deme tak ambil peduli …,” titah Sultan Idris Shah seperti berputus asa.

Pada satu hari, saya bersama bekasa Duta Malaysia ke Arab Saudi, Allahyarham Dato’ Syed Ahmad Jamalullail, tiba di Rumah Rehat Pulau Pangkor, dengan tujuan untuk menyertai Sultan Idris Shah berkelah ikan laut.

Pada waktu kami tiba, Sultan Idris Shah bersama rombongan baginda baru pulang dari memjancing ikan di Pulau Sembilan – sebuah pulah tidak jauh dari Pulau Pangkor.

Turtu serta baginda, isteri keduanya, Dato’ Sharifah Salmah Al Kaf.

Wajah Sultan Idris Shah kelihatan berseri – seri bila melihat kami tiba di kepala bot baginda yang baru melonsur ke bibir pantai. Sultan Idris Shah turun dari bot dan kami berjabat tangan. Dato Syeh Ahmad Jamalullail mencium tangan baginda.

“Lambatr benor tibenya …,” titah Sultan Idris Shah kepada saya.

“Tuanku taulah, Dato’ Syed Ahmad ni …,” kata saya.

“Aku tau …, usah dilabun (cakap) le … oghang tua, kalau dah jatuh cinta, bughuk sangat …,” titah Sultan Idris Shah.

Kami ketawa. Tawa kami menghimbau ke laut Selat Melaka.

“ … mana buatnya Tuanku …, ampun Tuanku, …tangge kate pegi …, kubur kate maghi …, tapi kalau hati dah suke …, cinta mughni …, badan tua ni ghase mude…, Tuanku,” kata Syed Ahmad Jamalullail.

Kami ketawa lagi.

Beberapa Orang Besar-Besar mengangkat tangan sembah Baginda.Mereka tidak banyak bercakap, tetapai banyak sembah.

Beberapa orang yang negikut baginda memancing memberitahu saya, bahawa baginda pandai memancing. Sentiasa dapat ikan.

“… ikan kerapu, tenggir, Tuanku dapat …, kami ni apa …, sapat sekeor dua sebesor jadi budak ,”kata seorang dari mereka.

“ …memancing n I nak pandai pujuk ikan …, macam juga dengan oghang pempuan …,” titah Sultan Idris Shah.

“ …tule, yang patik ni kalah, Tuanku,” sahut Syed Ahmad Jamalullail.

Kami ketawa lagi. Bunyi tawa kami seolah – olah terhimbau ke tanah seberang.

Pada ketika Sultan Idris Shah sedang menjamah daging ikan kerapu bakar, Baginda bertitah , “ …le ni maka ikan keli bakor …, ikan haruan, ikan sepat susah bebenor …, bendang – kadang di Kerian dah tak ada ikan …, habis di ghacun …”

“Semua ni, Menteri Pertanian, Ghazali Jawi, punya fasalle …, apa cekek…, racun membunuh ghuumput ghumpai daghi Jepun diimport ke sini …, tak fikior nasib petanike …, oghang sawahke …, ghaayat susaha makan ikan ke …, semua ikan mati …” titah Sultan Idris Shah.

Wajah baginda moyok.

“Ia, Tuanku, pada masa dia jadi Menteri Pertanian…, ikan dalam sawah pupu …, tak mandang …,”sambut Syed Ahmad Jamalullail.

Sultan Idris Shah merenung muka saya. Di tangannya sekeping ikan kerabun bakar sedang terlayang –layang atsas air sambal belacan. Baginda bertitah kepada saya: “…aku dah tunjuk buletin tu kepada mike, buletin dari Jepun yang Tak (Raja Ahmad Tajuddin, Timbalan Pengarah Pertanian Negeri Pahang).

“Sir, I dan baca, … I Tanya menteri tu …, tapi dia kata, don’t ask me ...,” saya berkata.

Sultan bertitah, Kerajaan Jepun tidak membenarkan sebuah kilang membuat racun rumput rumpai diedarkan racun tersebut di seluruh Negara Jepun, kerana hendak menyelamatkan ikan – ikan dalam sawah dan sungai dan parit di seluruh negara tersebut.

“Oghang –m oghang Jepun kena mnakan ikan, keghajaan jepun pula tahu menjaga hati petani – petani, keghana keghajaan Jepun tahu, seorang petani dapat menangkap ghibu petani buat begitu, daghab sajele, beghape puluh ghibu ghinggit…, deme tu dapat selamatkan duit daghi beli ikan …,” titah baginbda dan menumbatkan daging ikan bakat yang berfsalaut air belacan ke dalam mulutnya.

(bersambung pada Rabu depan).

No comments: