Monday, March 15, 2010

QURAN, HADIS DAN LAIN



HUBUNGAN DENGAN MANUSIA


Dtimpa kehinaan (atas segala urusan) ke atas mereka, di mana sahaja mereka berada, kecuali (mereka) yang ada hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia, dan mereka kembali dengan mendapat kemurkaan dari Allah dan ditimpakan ke atas mereka kelemahan. Yang demikian itu kerana mereka tidak percaya kepda ayat – ayat (keterangan) Allah dan membunuh Nabi – nabi dengan tyidak patut. Mereka menderhaka dan melanggar batasan.

– Ali Imran:112



HADIS


ILMU


Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Ilmu ada dua macam,iaitu: Ilmu yang meresap dalam hati , itulah ilmu yang bernafaat. Ilmu berbicara, itulah bagaikan hujjah Allah untuk mengalahkan manusia yang tidak benar.

– Perawi: Jabir dan Khatib.



PETUA


BERNIAGA


Jika anda berniaga, elakkan dari perkara – pekara ini: 1 – Menipupelanggan dengan apa cara juapun. 2 – Meninggalkan sembahayang lima waktu. 3 – Meninggalkan sembahyang Jumaat (bagi lelaki). 3 – Dengki kepada orang lain yang mendapat rezeki dari Allah. 4 – Tamak atau haloba. 5 – tidak menunaikan zakat.



TAHUKAH


KEBAHAGIAN HIDUP


Kebahagian hidup yang hakiki tidak ada pada orang kaya raya yang lupakan Allah, tetapi kebahagian hidup yang hakiki ada pada orang miskin yang sentiasa mengingati Allah dan bersyukur.

No comments: