SAYUTI OMAR
PENULIS BERANI HIDUP
Pada masa Dato' Seri Anwar Ibrahim berjawatan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Malaysia, pada satu pagi penulis politik, Mohd. Sayuti Omar bertengkar dengan beliau, di tangga Dewan Palimen dan lebih 30 orang termasuk wakil wakil rakyat turtu menyaksi drama politikus dengan penulis itu.
- "Dia penulis berani ..., lawan TPM ...,"kata seorang politikus dari Sabah.
- Saya yang turut menonton drama sebabak, di tangga gedung penggubal undang - undang negara itu, turut mengakui. " ...penulis berani, kalau berkeris Hang Jebatlah dia ...," kata saya.
- Sayuti Omar berasal dari Rantau Panjang, Kelantan.
- Lepasan insdtitut pengajian tinggi agama Islam/ kewartwanan, di Indonesia,
- dia menceburkan diri dalam bidang kewartawanan
- dan menyertai Al Arqam.Dia rapat dengan ketua gerakan
- tersenbu, Ustaz Ashaari Muhammad. Ksamudian
- dia meninggalkan gerakan itu dan bekerja sendiri
- sebagai penyelidik dan penulis buku politik semasa.
Dia telah beberapa kali mengembara ke beberapa negara di dunia. Dia melihat dan mempelajari segala peristiwa di sana.
Saya sering menemuinya dan bebincang dengannya mengenai beberap perkara yang berlaku dalam negara dan luar negera, tetapi saya tidak dapat menyelami hatinya; kemana hala tuju politiknya. Kadang - kadang dia bercakap seperti orang PAS dan ada kalangan sebagai orang parti kebangsaan dan parti sosilis.
merangkap Mursyidul 'Am PAS, Dato' Nik Abdul Aziz. Kadang -
kadang dia berbincang masalah politik dengan tokoh polikus Islam itu.
Surat khabar 'Mingguan Siasah' adalah milik syarikatnya sendiri. Media tersebut menjadi padang tempat dia menendang dan menyepak bola fikirannya kepada orang ramai. Mengkritik dan mengecam segala yang tidak benar. Dia mencari kebenaran, kerana baginya kebenaran adalah warna kehidupannya.
"... berkata benar, walaupun pahit ...," katanya meminjam Hadis Nabi Muhammad sallalallahu alaihi wasallam.
buatan Jepun dan makan minum dalam coffee house.
Sayuti telah menulis banyak buku politik dan diterbitkan
oleh syarikatnya sendiri, iaitu, Tinta Merah.
Seorang tokoh PAS Kelantan, berkata kepada saya, "Kalau Sayuti masuk PAS, dia bertanding dalam kawasan Dewan Parlimen atau Dewan Negeri di Kelantan, dah tentu dia menang."
Kadang - kadang saya melihat Sayuti Omar telah terbawa - bawa kearah dunia sufi dan menjadi ahli sufi dan falsafah.
Kegemaran, membela kucing. Dia lebih meminti kucing - kucing daripada gadis - gadis yang ditemuinya.
Di kalangan beratus orang wartawan dan penulis di negara ini, saya kira Sayuti Omar adalah paling berani menghadapi hidup dan cabaran semasa. - mokhtar petah
No comments:
Post a Comment