Wednesday, March 17, 2010

DIALOG SEORANG SULTAN



SULTAN IDRIS SHAH, TEGAS


[Kami rasa bangga dapat menyiarkan dialog Sultan Perak, Al marhum Sultan Idris Shah II, Negeri Perak dengan rakyat (penulis). Kerana dialog Baginda menarik, maka pada tiap – tiap hari Rabu kami menyiarkan dialog diraja itu t - turut.

Sultan Idris Shah ada kaitan dengan Sultan Pahang (bapa saudara) dan Sultan Johor (bapa mertua)]



Sultan Idris Shah


Oleh: Mokhtar Petah

“… yang patik tahu …, kera di hutan kenyang, anak dalam buian mati kebulur …, jawab saya.

“Dah tu, apa nak buat/’ Sultan Idris Shah bertanya lagi.

“Kalau semua orang Melayu ikut ajaran Islam, kuat tauhid dalam dada, kenal diri sendiri sebagai insane kamil dan kenal Allah sebagai pencita agung …,” jawab saya, macamlah saya ini ulama.

Sultan Idris senyum dan berjalan selangkah dua di hdapan saya, lalu duduk semula atras kerusinya.

“ …benor, kalau oghang Melayu ikut ajaran Nabi Muhammad, iaolah semua orang Melayu jadi golongan pertengahan, tentu tak jadi macam ni …,” titah Sultan Idris Shah.

Saya yang berperangai ‘out spoken’ memberanikan diri meluahkan perkataan sambil berjenaka.

“ … beginilah Tuanku …, Tuanku letak jawatan …, kita brniaga…, Tuangku tinggal di Englan dan patik tinggal di Makah …”

“Huh, letak jawatan, apa anak – anak, isteri aku ramai tu, nak makan …, kalau aku seorang bolehlah …,” titah Sultan Idris Shah.

“Ampun, Tuanku, patik bercakap macam Abu Nawas aje …,”kata saya.

Sultan Idris Shah dan saya sama – sama ketawa.

Lalu Sultan Idris Shah bercerita bagaimana Abu Nawas menjual Khalifah Harun Ar Rasjid kepada penduduk – penduduk sebuah kampung yang jauh dari Baghdad.

Kami ketawa.

Perbualan kami terhenti, kerana dua orang Cina bergelar Dato’ dating dan memohon Baginda santap bersama mereka di sebuah restoran, dalam Bandar Ipoh.

Saya dijemput sama.

Dalam restoran itu, saya duduk atras kerusi, di samping Baginda dan di sebelah saya, duduk seorang dari keluarga Selangor, Tengku Perkasa Selangor.

Di seberang meja, duduk dua orsng Dato Cina yang menjemput kami dan beberapa orang Cina serta dua tiga orang pegawai Kerajaan Negeri Perak.

Pada waktu makan, seorang dari dua orang Dato’ Cina itu berkata kepada Sultan Idris Shah setelah merenung cincin di jari saya. Batu cincin yang saya pakai itu dihadiankan oleh Allahyarham Yahaya Arif , menantu Sheikh Tahir Jalaluddi, pada masa Allahyarham di Madinah. Batu cincin itu dikirim kepada saya dsri sana.

“Tuanku, tengok Encik Mokhtar, pakai cincin batunya tak samapi dua ringgi harganya …”

Dia merenung wajah saya dan wajah Sultan.

“Tengok cincin patik, batu patik beli di Singapura lebih tiga rimbu ringgit …,” katanya dengan takbur.

Hati saya mengutuk Dato’ Cina itu dan memohon Allah menimbangkan balasan kepadanya, kerana menghina saya, seorang Mulim.

“Mokhtar ni bukan kira batu cincin macam Dato’ …asalkan his pen (pena dia) tajam …, udah …, kan pen lebih tajam dari pedang” Tanya Sultan.

Dato’ Cina itu sengeh kerana terasa Sultan Idris Shah memukulnya dengan titah diraja.

Semua orang dalam majlis itu ketawa tekekeh - kekeh. Dato’ Cina itu ikut ketawa. Bunyi tawanya macam bunyi naga laut Cina.

Beberapa bulan kemudian, Dato’ Cina itu ditangkap polis Singapura, kerana tidak membayar harga permata yang bernilai berpuluh ribu ringgit, dari sebuah kedai emas di sana.

Dia dipenjara di Singapura. Beberapa tahun kemudia, dipinjdahkan ke penjara Kelian Pauh, Taiping.

Dato’ Cina rakannya, seorang usahawan dan broker ditangkap polis setelah banglonya digelidah oleh polis dan di dapati banyak dadah.Dia ada hubung kait dengan pengedar dadah di San Francisco.

Dato’ tersebut telah merayu kepada Sultan Idris, supaya dia dilepaskan dan diampun, tetapi Sultan Idris Shah tidak mahu menolongnya. Titah Baginda, salah tetap salah.

Dato’ Cina pemilik batu cincin mahal telah mati dalam penjara, setelah Dato’ taukeh dadah mati mengejut kerana diserang sakit jantung setelah beberapa hari ditangkap polis.

Satu sikap terpuji ada pada Sultan Idris Shah, iaitu sesiapa yang melakukan keselahan, sama ada rakan mahupun adinda baginda sendiri, baginda tidak mahu menolong, kerana baginda mahu undang menentukan, sama ada salah atau tidak.

(Bersanbung)

No comments: