Monday, March 29, 2010

QURAN, HADIS DAN LAIN


BERTAKWA

Katakan(Muhammad s.a.w. akan firman Aku ini kepada mereka yang berakal): ’Hai hamba – hamba Aku, bertakwalah kepada Penguasa (Allah) kalian. (ingatlah) orang – orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). Dan (ingatlah) bumi Allah ini luar (unuk berhijrah jika kalian ditindas). Sesungguhnya orang – orang yang bersabar sahajalah yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.

– Az Zumar:10.



HADIS


PENDIDIKAN

Tidak ada pemberian yang lebih baik dari seorang bapa kepada anaknya, selain dari pendidikan adab (kebudayaan Islam dan budi pekerti) yang mulia.

– Perawi: Tirmizi.




PETUA

TALAK

Di segi agama Islam, tidak jatuh talah atau tercerai, hasil dari keputusan mana – mana hakim Islam atau hakim mahkamah syariah, jika dia menjatuhkan hukuman talak atau cerai ke atas sepasang suami isteri dengan berdasarkan lafaz atau tulisan sang suami, sedangkan sang suami dalam keadaan sakit tenat, mabuk, pengsan dan sebagainya.

Surat saksi dari para doktor pakar yang bukan Islam atau fasik memperakui sang lelaki tidak sakit tenat, tidak boleh diguna – pakai.

Para hakim yang menjatuhkan hukuman tertalak atau tercerai dan peguam syariah yang membela kes itu bagi pihak sang suami yang sedang sakit tenat itu, melakukan dosa dan mereka akan menerima bala dari Allah.


TAHUKAH?

CALON

Jika pilihan raya kecil di adakan bagi kawasan Parlimen Hulu Selangor, calon dari UMNO – BN, walau siapa sahaja tokoh mereka bertanding nanti tidak akan mencapai kemenangan.

Calon yang paling baik dan utama untuk ditandingkandalam kawasan itu, ialah dari PAS dan calon pilihanm, ialah seorang Melayu dari Parti Keadilan Rakyat

Kawasan Parlimen Hulu Selangor telah kosong, kerana wakilnya dalam Dewan Parlimen, Dato. Dr. Zainal Abdidin telah meninggal dunia baru – baru ini.

No comments: