Sunday, March 21, 2010

BERITA

Taraf hidup rakyat luar bandar terus dipertingkat
Oleh Abdul Razak Raaff dan Rosli Abdul Jalil
bminggu@bharian.com.my

NAJIB  bersama Rosmah dan Shafie disambut  warga Lipis untuk merasmikan sambutan  50 tahun Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Dataran Lipis, semalam.
NAJIB bersama Rosmah dan Shafie disambut warga Lipis untuk merasmikan sambutan 50 tahun Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Dataran Lipis, semalam.
MEB, GTP mampu jana pendapatan tinggi: Najib

KUALA LIPIS: Kerajaan memberi jaminan taraf hidup rakyat luar bandar akan terus dipertingkatkan menerusi pelan strategik model ekonomi baru (MEB) dan program transformasi kerajaan (GTP) yang mampu menjana pendapatan tinggi kepada mereka, kata Datuk Seri Najib Razak.

Oleh yang demikian, kata Perdana Menteri, kerajaan akan memberi penekanan kepada pendekatan sektor ekonomi yang boleh memberi nilai tinggi serta menjana pendapatan tinggi menerusi penggunaan teknologi moden serta meng-galakkan pertumbuhan bidang perniagaan berasaskan perniagaan.
Jika mahu majukan kawasan luar bandar kita perlu ada sektor moden dan dinamik yang dapat memberi nilai tambah dan nilai pendapatan yang tinggi. Ini supaya masyarakat luar bandar boleh mendapatkan pekerjaan dan pelajar universiti daripada luar bandar boleh bekerja dan memperoleh pendapatan tinggi. “Malah, pendapatan daripada cukai yang diperoleh kelak juga dapat digunakan untuk pembangunan seimbang dan saksama iaitu memajukan kawasan luar bandar dan bandar.

“Ini adalah ciri dan karakter yang sedang kita rangka bagi memajukan kawasan luar bandar dan meningkatkan taraf hidup penduduk menerusi MEB dan GTP,” katanya pada sidang media selepas melancarkan sambutan 50 tahun Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Dataran Lipis, di sini semalam.

Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal; Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Abd Jabar Che Nai.

Terdahulu dalam ucapannya di hadapan lebih 5,000 penduduk sekitar daerah ini, Najib berkata, kerajaan menambah peruntukan RM750 juta kepada kementerian itu bagi meneruskan pelan pembangunan untuk kesejahteraan dan kemakmuran rakyat di kawasan luar bandar.
Katanya, peruntukan itu diharap dapat membantu 543,000 penduduk miskin yang berdaftar menerusi E-Kasih termasuk di Sabah dan Sarawak.

“Ia juga adalah sebahagian daripada usaha kerajaan yang sentiasa komited untuk meneruskan agenda transformasi luar bandar bagi menjayakan matlamat untuk membantu meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup mereka pada masa akan datang, selain mendidik masyarakat supaya mampu hidup berdikari,” katanya.

Najib juga berkata, menerusi MEB, pendapatan penduduk luar bandar terutama golongan petani dapat ditingkatkan lagi melalui pelbagai program perniagaan berasaskan pertanian, antaranya ialah projek agropolitan dan perusahaan burung walit dan ladang pertanian komersial berskala besar
(Berit aini diambil dari Berita Minggu online, 21 Mac 2010)

No comments: