Malam. Hujan turun renyai-renyai.
‘Alimin dan Tengku Intan keluar dari kereta dan berlari masuk ke rumah Syamila. Syamila menyambut mereka di pintu. Wajah tiga beradik berlainan bangsa dan seagama itu mesra. Mereka melangkah ke bilik tamu.
“Kakak, tolong kami kakak,”kata ‘Alimin dan merenung wajah Syamila.
“…tolong,… apa adikku?” Tanya Syamila.
Tengku Intan senyum. Dua biji matanya bergolek pada suaminya dan Syamila.
“Ini, kakak baca surat ini dulu,”kata ‘Alimin.
Sampul surat berpindah ke tangan Syamila.
“Dia telah beritahu kakak, dia telah mengirim surat ini kapada kamu pagi semalam,”kata Syamila.
Syamila menarik keluar surat cinta Ramlah Syakir lalu membacanya.
‘Alimin merenung wajah isterinya. Senyuman mereka menjadi satu.
“… adik macam mana?”Tanya Syamila.
“Saya tidak dapat menerimanya kakak,…saya tidak mencintainya,…saya telah ada isteri,”jawab ‘Alimin.
Syamila senyum. Mengeluh sejenak.
“…adik Intan macam mana pula?”Tanya Syamila kepada Tengku Intan.
“Saya ikut Eli, kakak, …dia menerima cinta Ramlah, saya setuju, kalau dia tidak menerimanya, saya ikut keputusannya,”jawab Tenhgku Intan.
“Hai, Ramlah, … tidak ada lelaki lainkah dalam dunia ini,”sungut Syamila.
Surat Ramlah Syakir masih di tangan Syamila.
“Kalau kakak sendiri tidak sanggup bermadu,…kakak tidak bermaksud menentang firman dan ketetapan Allah, tetapi hati kakak, …hati seorang perempuan…,”kata Syamila.
‘Alimin dan Tengku Intan diam bagaikan mendengar keputusan hakim dalam mahkamah.
“Tak apa, surat ini kakak serahkan kepada dia,…biar kakak selesaikan masalah ini,”kata Syamila.
“Ia, elok, kakak…, tolonglah,”’Alimin merayu.
“Ia, insya Allah,”sahut Syamila.
“Terima kasih, kakak,”ucap ‘Alimin.
Tengku Intan senyum.
“…tak ada peluang nakkan pahala bermadu,”suara hati Tengku Intan.
Telefon atas meja Syamila berdering. Syamila bangun dan berjalan ke meja. Telefon diangkat ke telinganya.
“ …ooo, Ramlah, …baik kakak tunggu,…tak ke mana,”Syamila bercakap menerusi telefon.
Telefon diletakkan semula. Syamila melangkah ke ke sofanya semula.
“Bagus, Ramlah nak datang, sebentar lagi dia tiba,”kata Syamila.
Kaca tv menayangkan wajah Bush sedang menyinga.Saddam Hussein dituduh membina tenaga neklear di Iraq. Dengan suara bongkak, Bus memberi amaran, Amerika Syarikat akan mengambil langkah sendiri terhadap Iraq. Menceroboh dan memerangi negara kaya minyak itu.
“Bush itu gila kuasa,…dia hendak menguasai seluruh dunia,”kata Syamila.
“…Amerika Syarikat, Yahudi dan British bertujuan menghancurkan umat Islam,”kata ‘Alimin.
“Ia, tetapi walau berjuta umat Islam dibunuh oleh orang-orang Kristian dan Yahudi…,”kata Syamila dengan geram.
‘Alimin dan Tengku Intan merenung wajah perempuan yang bersemangat itu.
“…orang-orang Islam di seluruh dunia ini akan menjadikan pengganas - pengganas itu tidak lena tidur, di mana-mana mayat mereka akan bergelimpangan,”kata Syamila.
“….ia, kakak, kalau Amerika menyerang Iraq, jihad tugas kita, Pergerakan kita akan menentang…,”kata ‘Alimin.
“Dari presiden pertama, sampai kepada Bush, …sampai bila-bila Amerika tetap tidak ikhlas kepada umat Islam, …walau umat Islam jujur kepada mereka,”kata Syamila.
“Ia, …kan Allah telah berfirman dalam Quran, …orang-orang kuffar tetap memusuhi umat Islam,”sahut ‘Alimin.
Bunyi injin kereta berhenti di halaman rumah Syamila. Sebentar kemudian suara Ramlah Syakir memberi salam. Kerana kereta ‘Alimin telah diletakkan di bahagian belakang rumah, Ramlah tidak menyangka lelaki yang dicintainya itu dan isterinya telah ada di rumah itu.
Syamila menyorokkan surat cinta Ramlah Syakir di bawah buku atas sofa.
“Bila tiba?”Ramlah bertanya kepada Tengku Intan dan “Alimin.
“Taklah lama, ada setengah jam,”jawab Tengku Intan.
Ramlah Syakir senyum kepada ‘Alimin.
“Apa khabar?” ‘Alimin bertanya.
“Khabar baik,”jawab Ramlah Syakkir.
Jantung Ramlah Shakir berdegup kencang seperti akan merobohkan dinding dadanya. Tubuhnya menggigil. .
Syamila bangun mengambil minuman. Tinggal mereka bertiga di situ. ‘Alimin merenung wajah Ramlah Syakir. Hatinya teringat akan tulisan gadis itu dalam surat cintanya. “…bagaimana tuan hendak menyelamatkan manusia lain di dunia ini, sedangkan saya tuan tidak mahu selamatkan.”
Mereka menghirup air kopi panas yang telah dihidangkan oleh Syamila. Wajah Syamila berhias berhiaskan senyuman. Surat cinta Ramlah Syakir di bawah bantal diserahkan kepada gadis itu. Ramlah Syakir tercengang. Tersipu-sipu.
“Ramlah, kita telah macam adik beradik, kakak mahu berterus terang dan kamu bertiga mesti berterus terang,” kata Syamila.
“Kita dalam satu kepompong perjuangan, kita mesti menjaga di antara satu sama lain,…kita sedang menghadapi jihat yang besar,”kata Syamila lagi.
Syamila merenung wajah Tengku Intan, ‘Alimin dan renungannya tersangkut pada wajah Ramlah Syakir.
“Ramlah kamu terangkan perkara surat itu,”kata Syamila.
Ramlah Syakir diam. Hatinya mengajar dirinya menjadi berani berterus terang. Harapannya tinggi; cintanya kepada ‘Alimin akan membuahkan kejayaan. Sumpah hatinya; kalau tidak berjaya, dia akan rela menyerahkan kembali nyawanya kepada Tuhan. Di mana sahaja tempat yang memungkinkan kematian akan meragut nyawanya, dia akan pergi ke sana,hatta menjadi pemandu van yang sarap dengan bom untuk membunuh musuh-musuh umat Islam. Hatinya ikhlas untuk menyerahkan dirinya kepada Allah atas nama mati syahid.
“…waktu itu aku cintakan Allah, aku tidak cintakan sesiapa,”hatinya berkata.
“Begini kak, macam mana kandungan surat ini, macam itulah juga hati saya,”kata Ramlah Syakir.
“Kamu cintakan ‘Alimin, tapi kamu tau ‘Alimin ini sudah ada isteri,”kata Syamila.
“Saya tau kakak, tetapi cinta saya tidak kata begitu, tidak kenal lelaki yang ada isteri atau belum ada,…saya cintakan ‘Alimin,…muktamad, kakak,” kata Ramlah Syakir. .
“Begini sajalah, Ramlah,…kita sebagai saudara dalam satu keluarga, tapi saya tidak cintakan kamu, ini muktamad,Ramalah,”kata ‘Alimin.
“Kakak macam mana?”Ramlah Syakir bertanya kepada Tengku Intan.
“…saya mudah sahaja, … jika suami saya cintakan kamu, saya rela terima kamu jadi madu saya, …tetapi kalau dia tidak cintakan kamu, saya ikut keputusannya,”jawab Tengku Intan dalam bahasa Inggeris.
“Alhamdulillah,…saya puas hati, terima kasih,”sahut Ramlah Syakir.
“Alimin, kamu lelaki sejati, saya hormati kamu,”kata Ramalah Syakir.
“Terima kasih,”sahut ‘Alimin.
“Sayyidah Intan, saya bersyukur kepada Allah, terima kasih …,”kata Ramalah Sayak.
Tengku Intan senyum.Angguk.
“…saya banyak membaca artikel tentang wanita Melayu, mereka menentang poligami, sanggup menentang Quran, …hukum Allah kerana tidak mahu suami mereka memadukan mereka, rupa-rupanya kamu tidak seperti mereka,,” kata Ramlah Syakir lagi.
“Ia, saya tidak seperti mereka,…saya bukan sahaja muslimah, bahkan mukminah,”sahut Tengku Intan.
Mereka ketawa. Bunyi tawa mereka menjilat kepada dedaun lembab pada pepohon di luar rumah itu.
“Bagus, kamu seperti isteri para nabi Allah,…saya minta maaf,”kata Ramlah Syakir.
“Terima kasih,”Sahut Tengku Intan. Senyum.
“…dalam hal ini saya tak sanggup ikut Sunnah nabi,…tetapi saya menyanjungnya,”sambut ‘Alimin sambil merenung wajah Ramlah Syakir.
“Alhamdulillah…,”sahut Ramlah Syakir.
Mereka ketawa lagi.
“Kami minta diri, kakak,” kata ‘Alimin sambil bangun dari sofa.
“Eh, nanti, nanti,…kakak belanja makan masakan Iran malam ini, jamuan kesyukuran…,” kata Syamila.
Mereka ketawa lagi.
Ramlah Syakir berjalan beriringan dengan Tengku Intan. Dua perempuan tidak jadi bermadu itu mengikuti Syamila dan ‘Alimin. Mereka menaiki kereta Ramlah Syakir ke sebuah restoran orang Iran.
Pada waktu menunggu makanan di hidang dalam restoran orang Iran itu, ‘Alimin teringat akan serangkai sajak ahli falsafah dan penyair Parsi (Iran),Omar Khayyam:
Kata mereka kitab suci firman terakhir,
; Mereka membacanya sesekali tidak
sepanjang hidupnya
Sebuah kitab ditulis dalam cawan anggur (arak) ,
Inilah mereka mempertikaikan pada setiap
tempat dan waktu.
.
‘Aliminin merenung wajah Ramlah Syakir. Dari wajah bujur sirih dengan dua biji mata biru laksana air laut di bawah matahari itu, dia merenung pula Syamila dan Tengku Intan. Hatinya berharap mereka itu menjadi tiga tenaga penting dalam perjuangan menghadapi pencerobohan yang akan dilakukan oleh kaum kuffar Kristian dan Yahudi terhadap Iraq pada bila-bila bangsa sahaja.
(Disedut dari manuskrip novel, Cinta dan Jihad, oleh: Mokhtar Petah)
No comments:
Post a Comment