BENGKEL PENULISAN
ANJURAN
MINGUANSIASAH
DAN
AKADEMI PENULIS PUTRAJAYA
Putrajaya – 29 Mac 2010. Akedemi Penulis Putrajaya dan Mingguan SIASAH, akan menganjurkan bengkel penulis umum – berita dan artikel, dua hari, pada pertengahan Mai 2010 mendatang, demikian Setiausaha Akademi Penuli Putrajaya, En. Salaehuddin Deraman memberitahu.
Menurutnya, rancangan ini telah dibuat bersama antara Akademi Penulis Putrajaya dan Penerbit dan Ketua Editor Mingguan Siasah, En. Mohd. Sayuti Omar.
Bengkela selama dua hari itu akan diadakan di sebuah hotel, di Kuala Lumpur.
Para peminat dalam bidang kewartawanan dan penulisan di seluruh Malaysia di pelawa untuk menyertai bengkel tersebut.
Menurut Salehuddin Derama lagi, bahawa bengkel penulisan umum itu, selain dari mengasah bakat,memberi ilmu dalam bidang penulisan, kesedaran sebagai penulis dalam dunia yang bergelora dengan susana politik ini, mereka juga akan diterapkan dengan etika kewartan penulisan berdasarkan ajaran Islam – Quran dan Sunnah.
Bengkel tersebut akan dirasmikan oleh tokoh penting di negara ini. Ucaptama oleh Timbalan Ketua Gabungan Persatuan Penulis Malaysia – GAPENA, Dato’Prof. Dr Abdul Latif Bakar.
Beberapa penulis akan membimbing para peserta bengkel tersebut. Di antara mereka, En. Mohd. Sayuti Omar, Fasilitator Akademi Penulis Putrajaya, Mokhtar Petah dan Encik Rospa dari Universiti Kebangsaan Malaysia – UKM.
Mereka yang berhasrat menyertai begkel tersebut, boleh berhubungan dengan En. Salehuddin Deraman (Din Deraman) Akademi Penulis Putrajaya dan En. Mohd. Sayuti Omat, Mingguan SIASAH.
No comments:
Post a Comment