Saturday, March 27, 2010

SAJAK


PERPADUAN MELAYU

(1)

Melayu bangsa tua,

Hidup tanpa bumi,

Merempat dibumi sendiri.

Kerana ‘tok nenek politik’nya baik hati,

‘Kera dihutan disusui,

anak mati kelaparan dalam buaian’.


( 2 )

Perpaduan Melayu ,

Umat Islam,

Hanya Islam jadi pegangan,

Kapitalisme, sosialisme, komunisme,

Pecahkan Melayu.

Racun Melayu.

Melayu hilang di dunia !


( 3 )

Raja Melayu,

Juara-juara politik Melayu,

Semua yang jadi Melayu,

Wujudkan rundingan,

Islam jadi ideologi perjuangan.


( 4 )

Raja Melayu kekal bedaulat,

Melayu tak hilang di dunia,

Bangsa Perkasa,

Jika Islam tak abaikan,

Quran dan Hadis jadi pegangan.


UK .......................... Mokhtar Petah

No comments: