ABDULLAH FAHIM:
PELOPOR PERJUANGAN UMAT ISLAM
MENUNTUT KEMERDEKAAN
[Disiarkan di sini salina kertas bicara mengenai ‘Sheikh Abdullah Fahim: PELOPOR PERJUANGAN UMAT ISLAM MENUNTUT KEMERDEKAAN’, dalam Seminar ‘Kebangkitan Islah di Alam Melayu’, anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia – IKIM -, di Dewan Besar IKIM, Jalan Duta, Kuala Lumpur,pada hari ini.
Seminar tersebut di rasmikan oleh: Mantan Perdana Menteri dan Pengerusi IKIM, Tun Abdullah Ahmad Badawi.]
Sheikh Abdullah Fahim (Pak Him), iaitu singkatan nama Haji Ibrahim bin Haji Tahir. Allahyarham terkenal dengan nama Sheikh Abdullah Fahim. Haji Tahir adalah keturunan orang Melayu Pattani dalam wilayah Selatang Thailand.
Sheikh Abdullah Fahim lahir di Shu’ib Ali dekat Masjidul Haram, Mekah, pada tahun 1879 – 1296 Hijrah. Dari usia kanak-kanak hingga remaja, dia belajar ilmu pengetahuan Islam di pusat pengajian Islam, Darul Ulum, Mekah. Di antara guru-gurunya, ialah, Shikh Abdel Karim, Sheikh Muhamamad Amin Ridhuan dan Sheikh Mohd.Mokhtrar Al Jawi dan Sheikh Abdul Rahman Ad Dahhan.
Sheikh Abdullah Fahim menjadi guru diDarul Ulum. Kemuidan mengajar ilmu pengetahuan agama Islam dalam Masjidul Haram, Mekah. Dia juga telah menjadi ahli lembaga masjid tersebut.
Pada usia Sheikh Abdullah Fahim 28 tahun, dia telah berkahwin dengan Hajah Wan Habsah binti Haji Abdullah, berusia 16 tahun. Gadis itu menetap bersama ibu bapanya di Mekah.
Allah telah mengurniakan kepada Sheikh Abdullah Fahim dan Wan Habsah empat orang cahaya mata, iaitu Hajah Khadijah, Haji Ghazali, Haji Ahmad Badawi dan Haji Abdu Hamid.
Hajah Wan Habsah telah meninggal dunia pada tahun 1916. Pada hari Hajah Wan Habsah meninggal dunia, Sheikh Abdullah Fahim berusia 37 tahun.
Sheikh Abdullah Fahim telah pulang ke Tanah Melayu pada tahun kematian isterinya. Kemudian dia berkahwin dengan Hajah Shareah binti haji Hassan, di Kampung Titi Putus, Relau, Pulau Pinang.
Setelah berkahwin dengan Hajah Sareah, Sheikh Abdullah Fahim dankeuarganya telah tinggal di Kepala Batas. Kemudian selama empat tahun, dia mengajar di pondok Haji Wan Sulaiman bin Haji Wan Sidik, di Alor Setar.
Kerana pada zaman itu Sultan Kedah berkehendakkan seorang yang alim menjadi guru dan sekali gus penasihat hal ehwal agama Islam kepada baginda, maka Sheikh Abdullah Fahim telah memegang jawatan tersebut hingga tahun 1925. Dia pulang ke kepala batas dan mengajar di pondoknya di sana.
Pada tahun 1931, Sheikh Abdullah Fahim telah dilantik oleh Sultan Perak, Sultan Alang Iskandar Shah telah melantiknya untuk memegang jawatan mudir (pengetua) sekolah agama – Madrasah Idrisiah, Bukit Chandan Kuala Kangsar,Perak. Dia menggantikan tempat Sheikh Abdullah Maghribi.
Oleh kerana hubungan rapat Sheikh Abdullah Fahim dengan Sultan Perak, maka pegawai-pegawai Inggeris telah menaruh curiga, bahkan memfitnahnya. Akibat dari tindakan pegawai Inggeris itu, Sheikh Abdullah Fahim telah berhenti dari jawatannya di Madrasah Idrisiah . Dia telah pulang semula ke kepala Batas pada tahun 1946.
Di Kepala Batas, Sheikh Abdullah Fahim menjadi mudir (pengetua) sekolah agama – Daeratul Maariful Wataniah, Kepala Batas yang telah ditubuhkannya bersama penduduk- penduduk setempat. Dia terkenal seorang ahli falak, ahli politik Islam dan pelopor perjuangan bangsa Melayu (yang kuat berpegang kepada agama Islam) untuk menuntut kemerdekaan dari penjajah Inggeris.
Pada masa menghadapi kemerdekaan,Yang Dipertua UMNO, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra bersama Ketua Pemuda UMNO, Sardon bin Haji Zubir dan Naibnya, Haji Ahmad Badawi bin Haji Abdullah Fahim telah meminta Allahyarham Sheikh Abdullah Fahim menentukan tarikh kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu. Dengan menggunakan ilmu falaknya, Sheikh Abdullah Fahim telah menetapkan tarikh kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
(Lihat buku2 karangan saya: Sheikh Abdullah Fahim Penentu Tarikh Kemerdekaan Negara 31 Ogos ’51 (1997), dan buku mengenai cucundanya, Datuk Abdullah Badawi, Pejuang Kemanusiaan Sejagat (1997).
Pada tahun 1959 – 1961, Sheikh Abdullah Fahim memegang jawatan mufti Kerajaan Pulau Pinang.
Sheikh Abdullah Fahim telah meninggal dunia di rumahnya,di Kepala Batas pada 28 April 1961. Telah disemadikan di tanah perkuburan Islam, dalam kawasan Masjid Al Badawi setempat.
(Selesai)
Tun Saadon bin Haji Zubir Zubir dan Haji Sulaiman Palestin memberitahu kepada saya pada tahun 1977.
PERPADUAN MELAYU
Dia (Allah) telah menurunkan keterangan – keterangan yang jelas kepada hamba - Nya (Muhammad s.a.w.) untuk mengeluarkan kalian dari kegelapan kepada cahaya yang terang dan sesungguhnya Allah itu Petunjuk dan Penyayang kepada kalian. - Al Hadid: 9.
Orang Melayu boleh menjadi bangsa yang kuat dan disegani oleh umat manusia di seluruh dunia, hanyalah jika ditangan mereka ada kuasa Melayu (Malay power). Kuasa Melayu tidak akan diperolehi sampai bila – bila, selagi orang Melayu tidak mengikut petunjuk Allah dalam Quran, iaitu tidak berpecah belah – bersatu padu di bawah kalimah Allah.
Ketuanan Melayu tidak penting, kerana ketunanan itu satu warisan dari bangsa Arab kuno sebelum Islam, iaitu 'Syed atau tuan' yang mengusai orang - orang miskin dari bangsa mereka sendiri. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka sebelum 1511 dan zaman Sutan Abdullah di Perak sebelum 1874, telah wujud Ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu itu telah memberi peluang kepada golongan Istana dan peodal (ketuanan) Melayu memperhambakan orang ramai Melayu yang miskin atau marhein.
Orang Melayu boleh bersatu – padu, jika semua organisasi politik Melayu, UMNO (berpegang kepada kebangsaan Melayu) dan PAS (berpegang kepada Islam sebagai amalan dalam semua bidang kehidupan insan), ketepikan sentimen politik dan mengorbankan pegangan tidak mengikut Islam dan sama – sama berepegang kepada Islam sebagai dasar hukum dan amalan dalam kehidupan negara dan rakyat.
Maka, jika benar orang Melayu mahu bersatu - padu dan mendapat kembali kuasa Melayu (Malay power), maka UMNO dan PAS hendaklah membuangkan yang keruh dan ambil yang jernih; saling bekerjasama dalam semua bidang.
Saya yakin, jika orang Melayu tidak bersatu - padu, dalam tempoh 10 hingga 20 tahun sahaja lagi, bangsa Melayu akan hilang. Bukan hilang kerana ribut dan banjir seperti maksud Quran di atas ini, tetapi kerana corak politik yang berbeza dengan corak politik UMNO dan PAS, akan melanda dan akan menjadi besi waja kekuatan bangsa lain menguasai negara pusaka bangsa Melayu ini.
Bagaimana nasib UMNO dan PAS di pulau Singapura yang kuat pada masa belum kuasa bangsa lain yang membawa basi waja politik sosio - demokrsi ke pulau pusaka bangsa Melayu itu?
Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin, Haji Hadi Awang, Nik Aziz dan Anwar Ibrahim bertanggung jawab atas menyatu padukan orang Melayu. Mereka perlu kembali kepada firman Allah, ' berpegang teguh pada tali Allah (berpadu) dan jangan berpecah belah'.(mp).
DIALOG SULTAN Perak
DIALOG SAYA
Oleh: Mokhtar Petah
Sultan Idris Shah
“ …Negeghi Peghak ni tak macam negeghi lain, siapa nak jadi menteghi besor kena sedor …, kalau isteghi deme tu oghang Melayu boleh, …, taspi kalau istegbhi oghang Cina …, oghang putih jangan mandang (jangan harap) …, jangan haghaple …,”titah Sultan Idris Shah.
Sultan Idris Shah merenug wajah saya. Baginda bertitah: “ … you faham, negeghi ni ada Majlis Agama Islam, Adat Istiadat Melasyu …, adat Melayu tak teghima menteghi besor, istegbhinya bukan oghang Melkayu.”
Saya dia. Saya merenung wajah Sultan Idris Shah.
“ Melayu mesti ada, keghana adat istiada di negeghi Melayu adsa kait mengait dengan agama Islam,” titah Sultan Idris Shah.
‘ … kalau tengok dalam kad pengenalan mana ada tercatat Mekayu, Tuanku, …hanya warga negara,” saya berkata.
“benor …, tak betul tu …, waghga negagha kecil daghi Bumiutgegh …, Bumipugtegha kecil daghi Melayu …, kalau bukan bangsa Melayu …, maknanya kita tak berbangsa …, jadiu kaum aje …,” titak Sultan Idris Shah.
“ Tapi ada orang berkuasa yang suka hapuskan Melayu , Tuanku …,” saya berkata bertujuan mengusik hati banginda.
“…benor, dalam Quran ada gh…, yang tinggal sirih Melayu …,Raja Keretapi Tanah Melayu …, Raja bangsa apa kalau tak ada Melayu …” Baginda bertanya dan tidak memerlukan jawapan dari saya.
“Ganjil …, ghaja Melayu, ghakyatnya bukan Melayu …,” jawab Sultan Idris. Senyum.
“Kita ni Tuanku, dah jauh …, dan menyimpang …, ajaran Islam kita tinggalkan, kita ambil ajaran orang lain (oran gkafir) …,” saya berkata dengan berani.
“…apa tidsaknye, ghamai oghang kita ikut Yahudi, ikut oghang Kristian …, entah iku apa lagi …, “ titah Sultan Idris Shah,
“ …agaknya, tuanku, komunisme, atheism ada orang Melayu ikut …,” saya berkata.
“ …nonggah (minum) aghak, main judi, kasino, menipu, makan riba, ikut siape …, kalau tak oghang Yahudi, oghang Kristian …,oghang Cina …, oghang macam – mcam oghang lagi …,” titah Sultan Idris shah
Saya mengangguh. Saya renung wajah baginda. Sebelah matanya yang juling air menjadikan wajah baginda garang – kacak.
“ …yang aku tau, oghang – oghang bijak pandai Yahudi daslam tahun 1947, deme tu berjuang supaya bangsa Arab di Palestin diu hapuskan dan dijadikan bangsa di bawah empayat Yahudi ….,”titah Sultan Idris sambil sebelah matanya merenung gambar seorang tokoh Yahudi pada kukit majalah luar Negara yang terletak di atas meja.
“ …oghang macam nile yang kita puje …, pemimpin kita puje …, kita ikut …,” titah Sultan Idris sambil senyum.
“ …ia, kita, orang Melayu …, orang Islam dah hanyut …,” sahut saya.
“Oghang macam ni yang kite puje …, kita iku, tapi kalau oghang Islam sengu kite kepda jalan yang baik …, benor, tak mau ikut…, kite maghah, kita kate sesat …,” titah Sultan Idris Shah dengan suaranya rendah dan mendatar.
(bersambung Rabu depan).
KALIMAT ALLAH
Telah sempuna kalimat - kalain Penguasa (Allah) anda, kebenaran (akidah - Nya) dan kewdilan (syarikat (perundangan - Nya). Tidak ada (makhluk yang boleh) mengubah akan kalimat - kalimat - Nya. Al An'aam:115
TIGA GOLONGAN
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Riga golongan yang tidak dilayan cakap mereka oleh Allah, iaitu: orang tua yang berzina, Raja Pemeringtah yang dusta dan orang fakir yang takbur.
- Imam Muslim
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Riga golongan yang tidak dilayan cakap mereka oleh Allah, iaitu: orang tua yang berzina, Raja Pemeringtah yang dusta dan orang fakir yang takbur.
- Imam Muslim
MENYATUKAN BANGSA – ABANGSA
Perbuatan dan tidakan menyatukan bangsa – bangsa pendatang dengan bangsa peribumi dalam sesebuah negara, adalah dari ajaran dan amalan Yahudi . 1 Malaysia, walaupun tidak pasti diambil dari doktrin Yahudi, tetapi pada hakikatnya dari ajaran atau amalan Yahudi yang hendak menghapuskan bangsa peribumi. Contohnya seperti di Amerika Syarikat. Bangsa peribumi ialah negeri di satukan dengan bangsa – bangsa pendatang dari England dan Negara Negara lain.
BOMOH
Setiap orang mukmin dan mukminah yang sakit, elaklah dari memohon jampi mentera dari bomoh yang menggunakan syaitan, palesit dan bajang. Mintalah pertololonglah kepaa bomoh yang menggunakan basmalah dan ayat – ayat Quran sebagai jampi menteranya.
Memohon kepada bomoh yang menggunakan syaitan, palesdit dan bajang akan mengakibatkan orang itu menjuadi syirik dan kafir.
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Riga golongan yang tidak dilayan cakap mereka oleh Allah, iaitu: orang tua yang berzina, Raja Pemeringtah yang dusta dan orang fakir yang takbur.
- Imam Muslim
Mokhtar Petah
Sheikh Abdullah Fahim (Pak Him), iaitu singkatan nama Haji Ibrahim bin Haji Tahir. Allahyarham terkenal dengan nama Sheikh Abdullah Fahim. Haji Tahir adalah keturunan orang Melayu Pattani dalam wilayah Selatang Thailand.
Sheikh Abdullah Fahim lahir di Shu’ib Ali dekat Masjidul Haram, Mekah, pada tahun 1879 – 1296 Hijrah. Dari usia kanak-kanak hingga remaja, dia belajar ilmu pengetahuan Islam di pusat pengajian Islam, Darul Ulum, Mekah. Di antara guru-gurunya, ialah, Shikh Abdel Karim, Sheikh Muhamamad Amin Ridhuan dan Sheikh Mohd.Mokhtrar Al Jawi dan Sheikh Abdul Rahman Ad Dahhan.
Sheikh Abdullah Fahim menjadi guru diDarul Ulum. Kemuidan mengajar ilmu pengetahuan agama Islam dalam Masjidul Haram, Mekah. Dia juga telah menjadi ahli lembaga masjid tersebut.
Pada usia Sheikh Abdullah Fahim 28 tahun, dia telah berkahwin dengan Hajah Wan Habsah binti Haji Abdullah, berusia 16 tahun. Gadis itu menetap bersama ibu bapanya di Mekah.
Allah telah mengurniakan kepada Sheikh Abdullah Fahim dan Wan Habsah empat orang cahaya mata, iaitu Hajah Khadijah, Haji Ghazali, Haji Ahmad Badawi dan Haji Abdu Hamid.
Hajah Wan Habsah telah meninggal dunia pada tahun 1916. Pada hari Hajah Wan Habsah meninggal dunia, Sheikh Abdullah Fahim berusia 37 tahun.
Sheikh Abdullah Fahim telah pulang ke Tanah Melayu pada tahun kematian isterinya. Kemudian dia berkahwin dengan Hajah Shareah binti haji Hassan, di Kampung Titi Putus, Relau, Pulau Pinang.
Setelah berkahwin dengan Hajah Sareah, Sheikh Abdullah Fahim dankeuarganya telah tinggal di Kepala Batas. Kemudian selama empat tahun, dia mengajar di pondok Haji Wan Sulaiman bin Haji Wan Sidik, di Alor Setar.
Kerana pada zaman itu Sultan Kedah berkehendakkan seorang yang alim menjadi guru dan sekali gus penasihat hal ehwal agama Islam kepada baginda, maka Sheikh Abdullah Fahim telah memegang jawatan tersebut hingga tahun 1925. Dia pulang ke kepala batas dan mengajar di pondoknya di sana.
Pada tahun 1931, Sheikh Abdullah Fahim telah dilantik oleh Sultan Perak, Sultan Alang Iskandar Shah telah melantiknya untuk memegang jawatan mudir (pengetua) sekolah agama – Madrasah Idrisiah, Bukit Chandan Kuala Kangsar,Perak. Dia menggantikan tempat Sheikh Abdullah Maghribi.
Oleh kerana hubungan rapat Sheikh Abdullah Fahim dengan Sultan Perak, maka pegawai-pegawai Inggeris telah menaruh curiga, bahkan memfitnahnya. Akibat dari tindakan pegawai Inggeris itu, Sheikh Abdullah Fahim telah berhenti dari jawatannya di Madrasah Idrisiah . Dia telah pulang semula ke kepala Batas pada tahun 1946.
Di Kepala Batas, Sheikh Abdullah Fahim menjadi mudir (pengetua) sekolah agama – Daeratul Maariful Wataniah, Kepala Batas yang telah ditubuhkannya bersama penduduk- penduduk setempat. Dia terkenal seorang ahli falak, ahli politik Islam dan pelopor perjuangan bangsa Melayu (yang kuat berpegang kepada agama Islam) untuk menuntut kemerdekaan dari penjajah Inggeris.
Pada masa menghadapi kemerdekaan,Yang Dipertua UMNO, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra bersama Ketua Pemuda UMNO, Sardon bin Haji Zubir dan Naibnya, Haji Ahmad Badawi bin Haji Abdullah Fahim telah meminta Allahyarham Sheikh Abdullah Fahim menentukan tarikh kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu. Dengan menggunakan ilmu falaknya, Sheikh Abdullah Fahim telah menetapkan tarikh kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
(Lihat buku2 karangan saya: Sheikh Abdullah Fahim Penentu Tarikh Kemerdekaan Negara 31 Ogos ’51 (1997), dan buku mengenai cucundanya, Datuk Abdullah Badawi, Pejuang Kemanusiaan Sejagat (1997).
Pada tahun 1959 – 1961, Sheikh Abdullah Fahim memegang jawatan mufti Kerajaan Pulau Pinang.
Sheikh Abdullah Fahim telah meninggal dunia di rumahnya,di Kepala Batas pada 28 April 1961. Telah disemadikan di tanah perkuburan Islam, dalam kawasan Masjid Al Badawi setempat.
(Selesai)
Tun Saadon bin Haji Zubir Zubir dan Haji Sulaiman Palestin memberitahu kepada saya pada tahun 1977.
No comments:
Post a Comment