Monday, March 15, 2010

ARTIKEL POLITIK (ulangan)


UBAH CARA JIKA MAHU SOKONGAN

Oleh: Mokhtar Petah


Kepimpinan UMNO dari peringkat Jawatankuasa Tertinggi hingga kepada bahagian – bahagian dan semua cawangan hendaklah mengambil tindakan mengurangkan propaganda dan publishiti, melaungkan UMNO kuasa, Barisan Nasional di sanjung semua rakya dan parti – parti pembangkang akan kecundang.



Najib Razak
Sikap takbur dalam ucapan dan tindak tanduk menyelar parti – parti pembangkang, tidak akan menguntungkan UMNO dan Barisan Nasional dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke – 13 nanti.

Dato’ Najib Tun Razak sebagai pemimpin super power UMNO dan BN, mestilah merendahkan suara pada ketika berucap dalam rapat umum dan majlis – l terbuka, kerana cara dan suara demikian tidak disukai oleh ramai rakya jujur.

Mungkin kalangan UMNO bertepuk tangan dan bersorak mengembirakan hati Najib, tetapi bliau mestilah insaf, bahawa tepuk dan sorak tidak akan memberi apa – apa erti kepada perjuangan UMNO pada hari ini dan masa depan, kerana gerakan dan tindakan parti – parti lain lebih laju dari UMNO dan Barisan Nesional.

UMNO dan BN boleh berbangga dan berasa ada kekuatan, kerana ia menerajui Kerajaan Pusat dan beberapa kerajaan negeri. Tetapi kesedaran mestilah ada – kegembiraan dan keghairan, biasanya memabuahkan faedah yang terlalu kecil dan sebaliknya kemusnahan akan datang bergolek dengan laju.

Pada ketika Najib berucap dalam pejumpaan dengan wan ita – wan ita Pahang, di Bandar Muazzam baru – baru ini, saya melihat beliau berucap dan mengeluarkan suara yang boleh dibaca oleh orang – orang yang arif, bahawa di sebalik laungan dan pekikannya itu ada kekhuatirannya.

Begitu juga beberapa pemimpin UMNO dan parti – parti politik dalam Batrisan Nasional, di bawah Najib, mereka bercakap menyalahkan parti - parti lain dan berbangga dengan kejayaan UMNO dan Barisan Nasional. Tetapi mereka tidak sedar parti – parti lain telah bersiap sendia, menyusun strateji dan mensetabilkan perintah di negeri negeri.

Saya mendapati, parti – parti pembangkang yang memerintah negeri –negeri Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pulau pinang yang tidak mendapat publisiti meluas mengenai kebaikan dan sebaliknya mendapat publisi meluas tentang keburukan telah menunaikan tanggungjawab masing – masing kepada rakyat dengan jujur.

Contoh yang menarik, Kerajaan Negeri Kelantan dan Negeri Kedah yang diperintah oleh PAS, dengan tanggungjawab yang ada dan dengan jimat cermat membelanjakan wang kerajaan – kerajaan negeri – tidak menda-pat bantuan Kerajaan Pusat – telah berjaya melangsaikan hutang bertimbun yang ditinggalkan oleh UMNO – Barisan Nasiomnal dulu.

Kerajaan Puau Pinang, telah melaksanakan daya usaha berjima wang dan menunaikan tanggungjawab kepada orang ramai dengan tidak mengira kaum.

Dalam usaha membantu peniaga - peniaga kecil dan penjaja – penjaja di Pinang Island - , saya mnendapat Kerajaan telah menajalankan daya usaha di sampin membesihkan bandaraya itu dari ’kejelikan’ kerana para penjaja jadi setinggan atas tanah – tanah kerajaan negeri.

Keempat – empat negeri yang diperintah oleh parti – parti pembangkan, yang berakhlakmulia melaksana jimat cermat, telah mempunyai wang yang banyak dan mencukupi untuk kepentingan negeri – negeri tersebut dasn rakyat.

No comments: