"Aku terus menulis sehingga ada orang menulis sesuatu kalimat atas kain kapanku".
Berpengalaman dalam bidang kewartawanan dan penulisan sejak 1954.
Menjadi Penasihat Hal Ehwal Politik Sultan Idris Shah ibni Sultan Iskandar Shah, Sultan Perak.
Putrajaya – 29 Mac 2010. AkedemiPenulis Putrajaya dan Mingguan SIASAH, akan menganjurkan bengkel penulis umum – berita dan artikel, dua hari, pada pertengahan Mai 2010 mendatang, demikian Setiausaha Akademi Penuli Putrajaya, En. Salaehuddin Deramanmemberitahu.
Menurutnya, rancanganini telah dibuat bersama antara Akademi Penulis Putrajaya dan Penerbit dan Ketua Editor Mingguan Siasah, En. Mohd. Sayuti Omar.
Bengkela selama dua hari itu akan diadakan di sebuah hotel, di Kuala Lumpur.
Para peminat dalam bidang kewartawanan dan penulisan di seluruh Malaysia di pelawa untuk menyertai bengkel tersebut.
Menurut Salehuddin Derama lagi, bahawa bengkel penulisan umum itu, selain dari mengasah bakat,memberi ilmu dalam bidang penulisan, kesedaran sebagai penulis dalam dunia yang bergelora dengan susana politik ini, mereka juga akan diterapkan dengan etika kewartan penulisan berdasarkan ajaranIslam – Quran dan Sunnah.
Bengkel tersebut akan dirasmikan oleh tokoh penting di negara ini. Ucaptama oleh Timbalan Ketua Gabungan Persatuan Penulis Malaysia – GAPENA, Dato’Prof. Dr Abdul Latif Bakar.
Beberapa penulis akan membimbing para peserta bengkel tersebut. Di antaramereka, En. Mohd. Sayuti Omar, Fasilitator Akademi Penulis Putrajaya, Mokhtar Petah dan Encik Rospa dari Universiti Kebangsaan Malaysia – UKM.
Mereka yang berhasrat menyertai begkel tersebut, boleh berhubungan dengan En. Salehuddin Deraman (Din Deraman) Akademi Penulis Putrajaya dan En. Mohd. Sayuti Omat, Mingguan SIASAH.
1. Gesaan Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang [ Presiden PAS ] agar Rukun Negara yang pertama iaitu Kepercayaan kepada Tuhan dipinda kepada "Kepercayaan [ keyakinan ] kepada Allah" .
2.Sekurang - kurangnya 2 asas utama sebagai latar belakang yang mewajarkan pindaan tersebut dilakukan .
a] Malaysia adalah sebuah negera yang telah mengisytiharkan Islam sebagai agama Rasminya dan ia dimaktubkan didalam perlembagaan negara biarpun menyedari Malaysia adalah sebuah negara masyarakat majmuk dan ianya diperakui.
b] Masyarakat non muslim sendiri dewasa ini telah memperjuangkan hak mereka untuk menggunakan kalimah Allah dan ini menjadi satu hikmah yang terbuka untuk kita membawa mereka lebih memahami dan menghayati pengertian kalimah Allah swt tanpa syirik dan menyalahgunakan penggunaan kalimah Allah swt .
3. Suatu amalan yang telah diterima dan diakui oleh semua bangsa dan agama sebagai rakyat negara ini menyanyikan lagu negeri masing - masing dengan menggunakan kalimah Allah . Sehingga kini penggunaan kalimah Allah dalam lagu - lagu negeri ini tidak pernah dibantah dan dipersoal . [ lihat lirik lagu - lagu negeri ]
a] ...... Segala kebesaran Allah cucurkan * Darjah kemuliaan Allah tambahkan ... [ Kelantan ]
b] ..... Allah selamatkan Sultan Mahkota * Berpanjangan usia di atas Takhta .... [ Kedah ]
c] ..... Ditaati rakyat kiri dan kanan * Iman yang saleh Allah kurniakan .... [ Perak ]
d ] ..... Ya Allah yang Maha Kuasa * Lanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia .... [ Pahang ]
e ] ..... Allah peliharakan Raja kami * Memerintah Terengganu Negeri .... [ Terengganu ]
f ] ..... Allah lanjutkan usia Tuanku * Rakyat mohon restu ..... [ Selangor ]
g ] ..... Allah peliharakan Sultan * 'Nugrahkan Dia segala kehormatan .... [ Johor ]
4. Kerajaan Malaysia melalui pemimpin utamanya berkali - kali mengisytiharkan bahawa Malaysia adalah sebuah negera Islam . Justeru itu , wajarlah kerajaan tidak membantah cadangan dan gesaan Tuan Guru Presiden PAS agar Rukun Negara yang pertama itu dipinda menjadi kepercayaan kepada Allah swt .
5. Kepercayaan kepada Tuhan bukan sahaja tidak tepat malah ianya boleh membawa kepada syirik dan membatalkan aqidah ummah . Ia mungkin tidak mengapa kepada golongan non muslim tetapi jelas membawa ancaman kepada iman dan aqidah ummat Islam .
6. Kenapa tidak digunakan kalimah Allah swt di dalam rukun negara bagi menggantikan kalimah Tuhan sementara kalimah Allah swt itu telah diperakui oleh semua termasuk non muslim . Lihat Firman Allah swt dalam surah Lukman ayat 25 :
“Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu, siapakah yang menciptakan langit dan bumi? Sudah tentu mereka akan menjawab Allah. Ucapkanlah (wahai Muhammad) Alhamdulillah (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka itu. Bahkan kebanyaakn dari mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik)” 7. Kalimah Tuhan tidak membawa kepada erti dan nilai ketuhanan yang sebenar kerana tuhan juga boleh dinisbahkan kepada pelbagai gambaran dan rupa wajah malah sebahagiannya direka cipta oleh manusia . Mana mungkin tuhan direka dan dicipta sebagaimana tuhan sewajarnya adalah yang paling berkuasa , sempurna dan esa .
8. Meminda kalimah tuhan kepada kalimah Allah swt di dalam rukun negara mampu membawa seluruh rakyat memahami dan menghayati nilai dan makna ketuhanan yang sebenar . Selain ianya [ menggunakan kalimah ALlah ] benar dan tepat dengan aqidah ummat Islam ianya juga tidak bersalahan dengan naluri dan hati kecil golongan non muslim dalam mempercayai erti ketuhanan .
9. Nokhtah yang paling penting disini ialah , Kalimah Allah swt tidak sahaja memaparkan nilai ketuhanan yang sebenar sebagai zat tuhan yang maha Esa tetapi penggunaan kalimah Allah swt yang telah diperakui dan diterima oleh semua pihak ini akan menjadi satu platform untuk menyeru atau mengajak seluruh manusia mengabdikan diri kepada Allah swt Tuhan Yang maha Mencipta tanpa lagi mensyirikkanNya .
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah Yang bersamaan antara Kami Dengan kamu, Iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian Yang lain untuk dijadikan orang-orang Yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka Katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu Bahawa Sesungguhnya Kami adalah orang-orang yang menyerah diri [ Islam ] ". Surah Aali I'mran : 64
10. Rukun negara adalah berfungsi sebagai asas utama kepada rule rakyat dalam membentuk serta mengungguli sistem nilai dan jati diri sebagai warga negara yang baik . Lantaran itu , amatlah wajar rukun negara ini dipinda dengan menukar kalimah tuhan kepada kalimah Allah swt tuhan yang maha mencipta dan memiliki sekelian alam ini serta Dia lah tuhan yang menurunkan wahyu sebagai pekeliling rasmi buat pedoman manusia mengatur kehidupan di atas muka bumi ini dengan sejahtera dan beroleh rahmat serta berkat dariNya . Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.
DUA minggu lalu saya kembara ke Kedah. Saya ke Memali sebenarnya. Saya menyukat degup jantung negara. Rancangan awalnya saya hanya ingin ke sebuah madrasah di Padang Lumat — berceramah syahdu sambil menderma buku. Tapi, terlanjur dekat, saya terindu ke Memali.
Selama ini saya hanya mendengar sejarah pilunya. Sekelompok pendakwah di situ diwarnakan sebagai penyebar ajaran sesat yang jati.
Dakwaan pedih itulah yang mendorong saya untuk mencari setitis kebenaran seputarnya. Kisah peristiwa Memali berdarah itu sebenarnya tertinggal di simpang jalan. Kita dipamerkan dua buah lukisan abstrak yang sangat berantakan. Dari sisi pemerintah, kelompok pendakwah ini 'sah' penyebar ajaran sesat. Tapi, dari sisi keluarga Allahyarham Ibrahim Libya, kelompok itu diluhuri perjuangan syahid.
Saya cuma ingin menaati pesanan Ka'ab bin Malik. Kebenaran sangat utama. Sahabat Rasulullah s.a.w itu bercakap benar. Ka'ab mengakui kesilapannya terlupa menyertai rombongan pejuangan syahid ke Tabuk. Allah Yang Maha Kuasa memaafkan dosa hambanya itu kerana ketulusan pengakuan hamba tersebut. Saya coba mengunyah iktibar di sebaliknya.
Dalam negara kita kini memang banyak kecuaian sedemikian. Lihatlah - terhidu wabak menyonglap dana; tersebar istilah berubah makna; terpercik ghaib enjin 'jet' sendiri; tertular pejuWang melelong diri.
Apabila kita mula ghairah menimbus kebenaran sebagai kepalsuan — dan serentak — menggali kepalsuan sebagai kebenaran, kita mereputkan akar peribadi bangsa. Jika berlanjut, kita bakal menjadi bangsa yang sebal.
Lihat, kita sudah jarang mengingati Visi 2020. (Adakah lagi wawasan itu?) Kita semakin jarang menyebut agenda pertingkat penduduk ke 40 juta. (Memang adakah dasar rasminya?) Kita mula melupai Islam Hadhari. (Apakah kini memang harinya terhad?)
Sebaliknya, dalam rahsia, kita mula mempertanya tentang kerugian bilionan di bawah kuasa dua orang bekas Perdana Menteri; berhujah tentang pencemaran makna 'royalti'; berdebat tentang mengapa selepas 6 Perdana Menteri Melayu berkuasa kita masih juga terpaksa menjerit Melayu terancam?
(Dipindahkan dari Harakah Daily online, 29 Mac 2010)
Kebangkitan orang Melayu menentang penjajah dan menuntut kemerdekaan bermula secara kelompok-kelompok dan kenegerian semenjak tahun – tahun sebelum penaklukan penjajah Pertugis ke atas Tanah Melayu pada tahun 1511 lagi. Perjuangan itu diikuti dengan banyak perjuangan lagi, di antaranya di Pahang pada tahun 1870 - 1895, Perak sekitar tahun 1875 -1877,Selangor dan Naning Melaka.
Selain daripada perjuangan orang Melayu menentang penjajah-penjajah Pertugis dan Inggeris, mereka juga menentang penjajah yang dikenali dengan nama‘musuh Siam’, iaitu penjajah dari orang-orang Siam, seperti di Kelantan,Terengganu, Kedah dan sekitar kawasan Hulu Perak.
Pada umumnya perjuangan orang Melayu pada zaman itu di sertai oleh raja-raja yang memerintah dan orang besar-besar. Walaupun perjuangan mereka itu berkonsepkan politik, tetapi gerakan perjuangan mereka lebih banyak menggunakan senjata dan pertumpahan darah. Pendeknya perjuangan orang Melayu pada zaman itu tidak mempunyai parti politik atau pertubuhan yang berdisiplin.
KONGSI GELAP
Sekitar tahun 1930-an perjuangan orang Melayu telah mempunyai sistem yang baik. Mereka mempunyai pertubuhan-pertubuhan politik yang dianggapkan oleh penjajah Inggeris sebagai kongsi gelap.
Contohnya, ramai orang-orang Melayu kawasan Kuala Kangsar, Kinta dan Manjong yang terlibat dengan pertubuhan yang dianggap kongsi gelap itu telah ditangkap dan di sumbatkan dalam penjara, dibunuh dan ada yang telah dibuang negeri ke pulau Labuan.
Kesedaran orang Melayu dalam politik kebangsaan dan Islam sekitar tahun-tahun 1930-an adalah dipelopori oleh guru-guru sekolah Melayu dan guru agama lepasan sekolah-sekolah tinggi dan universiti Islam di negara-negara Arab,India, Turki dan Indonesia. Mereka juga disertai oleh guru-guru dan pelajar-pelajarsekolah agama dan pondok di seluruh Semenanjung Tanah Melayu.
LANDASAN NASIONAL
Guru-guru Melayu, seperti Ibrahim Haji Yaacob dan rakan-raka seperjuangannya dalam Kesatuan Melayu Muda berjuang atas landasan nasionalis Melayu dan mempertahankan agama Islam.
Para guru agama yang dipelopori oleh Sheikh Abdullah Faham, Syeikh Tahir Jalaluddin berjuang atas dasarIslam dan bertujuan menegakkan negara Islam dan bangsa Melayu yang terdiri dari berbagai-bagai keturunan atau kaum.
Murid kepada Sheikh Abdullah Fahim, iaitu Ustaz Abu Bakar Al Baqir telah menubuhkan parti Islam, Hizbul Muslimin, di Gunung Semanggol, Perak pada pertengahan tahun 1945.
Ustaz Abu Bakar AL Baqir disertai oleh kebanyakan pelajar-pelajarnya, di antaranya Haji Hassan bin Yunus,Ustaz Othman Hamzah, Ustaz Yahya Nasim dan Ustaz Abdul Rauf Haji Ahmad.
Haji Hassan Yunus telah menyertai UMNO,sebaik-baik sahaja UMNO ditubuhkan. Apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, dia telah memegang jawatan Menteri Besar Johor.
Pada bulan Oktober 1945 Dr. Baharuddin Helmi, Ishak Haji Muhammad, Zulkifli Auni, Ahmad Bustamam, Dahari Ali, Musa Ahmad, Rashid Maidin dan ramai lagi orang-orang politik kebangsaan Melayu telah menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) di Ipoh.
MALAYAN UNION
Parti politik itu mempunyai badan pemuda,di namakan Angkatan Pemuda Insaf (API),diketuai oleh Ahmad Boestamam dan badan wanita,dinamakan Angkatan Wanita Sedar (AWAS),diketuai oleh Shamsiah Fakih.
Pada kongres orang Melayu menentang Malayan Union pada 1,2,3,4 Mac 1946 PKMM telah menyertai 37 buah persetubuhan orang Melayu menyertai kongres tersebut dan menubuhkan UMNO. Di antara 22 orangmenyertai PKMM dalam Kongres tersebut, ialah Dr. Burhanuddin Helmi, Ahmad Boestamam, Dahari Ali dan Zulkifli Auni.
Kira-kira dua tahun usia UMNO, atas nasihat Yang Dipertua UMNO,Dato’ Onn Jaafar - untuk menyelamatkan UMNO -, pada tahun 1948 – 1951 penjajah Inggeris telah menangkap hampir semua pemimpin dan anggota-anggota parti Hisbul Muslimin,Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM),Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS). Mereka telah ditahan di khemah-khemah tahanan politik di beberapa tempat di Semenanjung Tanah Melayu ini[1].
AGAMA ISLAM
Dr. Burhanuddin Helmi tidak terlibat dengan penangkapan itu kerana beliau berada di Pulau Singapura pada tahun-tahun tersebut.
Beberapa orang anggota Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), di antaranya RashidMaidin (setelah ditahan di khemah tahanan politik Tanjung Beruas,Melaka, telah melarikan diri dan menyertai Parti Komunis Malaysia (PKMM) pimpinan Chin Peng), Shamsiah Fakih, Abdullah Cek Dat (Abdullah C.D.)[2]
Pada 16 Julai 1949 sebuah Jawatankuasa Tetap Agama Islam telah ditubuhkan di bawah UMNO. Jawatankuasa itu bertujuan untuk memberi nasihat mengenai hal ehwal agama Islam kepada ahli-ahli jawatankuasa UMNO di peringkat kebangsaan hingga ke peringkat bawahan.
RAJA MELAYU
Jawatankuasa Tetap Agama Islam itu mempunyai anggota-anggota seperti berikut:
Pengerusi :Syeikh Abdullah Faham (Seberang Perai)
Setiausaha:Sheikh Abdul Jalil Hassan (Johor)
Enam orang ahli Jawatankuasa:
a .Haji Abdul Aziz bin Abdul Salam – Kadi
(Perak)
b .Ustaz Selleh Osman (Perlis)
c .Haji Muhammad Sidin (Selangor)
d .Haji Muhammad bin Haji Hitam (Negeri
Sembilan)
e .Haji Muhammad Mahir (Kelantan)
f .Haji Abdul Rahman Merbuk (Kedah).
Pada peertengahan tahun 1949 hingga 1951,iaitu sebelum Dato’ Onn bin Jaafar meninggalkan UMNO, telah berlaku pergisiran antara UMNO dengan Raja-Raja Melayu. Pergisiran itu telah menimbulkan kucar kacir parti tersebut. Kejadian itu berpunca daripada Dato’ Onn telah menghantarkan sebuah mrmorandum kepada Sultan Kedah. Memorandum itu memohon Raja-Raja Melayu melantik seorang daripada anak Melayu memegang jawatan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi dari anak Melayu. Pada masa itu Tunku Abdul Rahman Putra telah menasihatkan Sultan Kedah,iaitu sekiranya diwujudkan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi dari anak Melayu, bererti anak Melayu berkedudukan lebih tinggi dari Raja-Raja Melayu.
MENYELAR SULTAN
Rancangan Dato, Onn itu telah gagal. Tetapi Dato’ Onn terus menyelar Sultan Kedah dan Raja-Raja Melayu dalam ucapan-ucapannya di khalayak ramai.
Sebelum itu dalam Pesidangan Agung UMNO di Alor Setar,pada 10 – 12 Januari 1947,wakil SEBERKAS, Senu Abdul Rahman telah membawa cadangan supaya jawatan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi dari anak Melayu dikemukakankepada kerajaan Inggeris supaya dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, tetapi Dato’ Onn telah menolaknya.
Setelah berunding dengan Jawatankuasa Tetap Agama Islam,maka UMNO menyerahkan kepada jawatankuasa itu untuk mengadakan Kongres Alim Ulama anjuran UMNO. Satu persidangan alim ulama telah diadakan di Muar,Johor, pada bulan Februari 1950.Sidang itu telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Jabatan Agama Islam Johor, Haji Mohd.Noh bin Omar.
ALIM ULAMA
Dalam persidangan itu, beberapa orang ulama telah berucap bagi melembutkan hati Raja-Raja Melayu.
Persidangan Alim Ulama anjuran UMNO kali yang kedua telah diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur, pada bulan Julai 1951.Persidan itu telah mengambil beberapa keputusan. Di antaranya meminta UMNO mengemukakan kepada kerajaan Inggris supaya memasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dua perkara penting,iaitu Raja-Raja Melayu menjadi ketua agama Islam di negeri masing-masing dan bantuan kewangan dari kerajaan Persekutuan kepada semua sekolah agama rakyat mengikut bilangan penuntut dalam tiap-tiap sekolah tersebut.
Keputusan mengenai kuasa Raja-Raja atas agam Islam di negeri masing-masing telah dapat melembutkan hati para Raja Melayu. Semenjak itu Raja-Raja Melayu memberi kerjasama kepada UMNO dalam perjuangan menuntut kemerdekaan.
PARTI ISLAM
Persidangan Alim Ulama itu juga telah menubuhkan Persatuan Alim Ulama yang akan bekerjasama dengan UMNO. Haji Ahmad Fuad bin Hassan telah dipilih untuk menggubal undang-undang tubuh persatuan tersebut.
Beberapa bulan kemudian, dalam Persidangan Alim Ulama anjuran UMNO di Butterworth, Haji Ahmad Fuad bin Hassan dengan sebilangan besar alim ulama, telah mengalihkan persatuan itu kepada Parti Islam Se Tanah Melayu (PAS).
Beberapa rakan karib Haji Ahmad Badawi bin Sheikh Abdullah Fahim (Bapa kepda Abdullah Badawi) telah menyertai parti Islam tersebut. Di antara mereka itu,Haji Ahmad bin Abdul Malikatau Ahmad Maliki dan Haji Ahmad Tuan Husin (Seberang Perai). Haji Sulaiman Palestin telah memainkan peranan penting penyekat rakan-rakannya dan Haji Ahmad Badawi daripda menyertai PAS.
KUCAR KACIR
Peristiwa itu telah melanda UMNO sehingga ia menjadi kucar kacir,kerana ramai ahli-ahlinya yang tegar dengan pegangan terhadap agama Islam telah menyertai PAS.
Pada bulan Mac tahun 1951 kerajaan Inggeris telah mengadakan satu muslihat –kayu digunakan untuk beliung menebang pokok-pokok kayu -, iaitu melaksanakan kaedah ‘Member System’,iaitu semua ketua jabatan kerajaan memikul tugas sebagai menteri kebinet. Dato’ telah dilantik memegang tanggungjawab sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam negeri. Dengan kuasa yang ada di tangannya itu,Dato’ Onn telah menasihati Kerajaan Inggeris dan menanda - tangani surat perintah menangkap saki baki semua pemimpin dan ahli-ahli parti-parti politik; Hizbul Muslimin, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan saya pemuda dan wanitanya, API dan AWAS.
Sebelum Tunku Abdul Rahman Putra mengambil alih jawatan Yang Dipertua UMNO pada 26 Ogos 1951,UMNO telah dilanda krisis disebabkan karenah Dato’ Onn yang telah menimbulkan tidak puas hati di kalangan ahli-ahli UMNO di seluruh Tanah Melayu termasuk Singapura. Pada masa itu juga terdengar suara-suara sumbang dari orang-orang Melayu menuduh Dato’ Onn mengkhianati perjuangan bangsa Melayu.
BANYAK PERISTIWA
Pada masa Tunku Abdul Rahman memimpin UMNO, telah berlaku banyak peristiwa yang menjadikan parti itu bergolak, di antaranya:
*Sikap dingin orang Melayu terhadap Tunku Abdul
Rahman Putra dan Dato’ Abdul Razak bin Dato’ Hussein
Onn kerana mereka pro-British.
*Kumpulan Melayu dan UMNO termasuk Dr. Mahathir
Mohamadmenuntut Tunku Abdul Rahman melatakkan
jawatan Yang Dipertua UMNO.
*Dr. Mahathir Mohamad dipecat dari UMNO kerana
menulis suratlayang kepada Tunku Addul Rahman.
*Isu Dr. Iamail dengan Tunku Abdul Rahman Putra.
*Isu Baja Urea dan pemecatan ke atas Abdul Aziz Ishak.
*Peristiharan Malaysia oleh Tunku di Singapura dengan
tidak berunding dengan UMNO Jawatankuasa Tertinggi
UMNO lebihdahulu.
*Tragedi 13 Mei 1969 membendung pergisiran antara
Tunku Abdul Rahman dengan Dato’ Abdul Razak bin
Dato’ Hussein.UMNO telah mengalami beberapa
pergolakan dari zaman Perdana Menteri, Tun Abdul
Razak bin Dato’ Hussein, Tun Hussein Onn . Di
antaranya:
*Peristiwa Dato’ Harun Idris ditangkap dan dipenjara
atas tuduhan-tuduhan tertentu.
*Penangkapan ke atas orang-orang penting dalam
UMNO, seperit Dato’ AbdullahAhmad bekas
Setiausaha politik Perdana Menteri Tun Abdul
Razak, Sidik Ghaus Setiausaha Politik kepada
Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr.
Mahathir Mohamad, Wartawan Abdul Samad
Ismail dan Abdullah Majid.
MAHKAMAH TINGGI
Pada zaman Dr. Mahathir Mohamad memimpin UMNO telah berlaku beberapa pergolakan dalam UMNO,di antaranya:
*Retak dan belah 2M – Mahathir – Musa -, Datuk
Musa Hitammeletakkanjawatan Timbalan
Perdana Menteri Malaysia.
*Kumpulan 11 telah berjaya membawa kes UMNO
kepada MahkamahTinggi Kuala Lumpur dan
pada 4 Februari 1988 hakim, Datuk Harun Hashim
telah membuat keputusan, bahawa UMNO sebuah
pertubuhan yang tidak sah,mengikut Seksyen 12
(3) Akta Pertubuhan Pertubuhan 1966,UMNO tidak
sah di segiundang-undang.
Dr. Mahathir Mohamad telah berusaha menubuhkan
(semula) UMNO, tetapi telah ditolak oleh Pendaftar
Pertubuhan pada 10Februari.Setelah diubah suai,
iaitu menggunakan nama UMNO Baru, maka pada
15 Februari 1988 UMNO Baru telah didaftarkan
menjadi sebuah pertubuhan yang sah. Ertinya
UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946 telah
berkubur tanpa nisan menurut undang-undang
negara.
Pada hari-hari sebelum UMNO baru ditubuhkan
dan didaftar oleh PendaftarPertubuhan, terdapat
golongan politik China termasukbeberapa orang
kalangan MCA telah bergerak untuk mengambil
alih kepimpinan kerajaan sepertimelantik
seorang China dari parti itu untuk memegang
jawatan Perdana Menteri Malaysia.
*Wujud team A dan Team B sehingga Dr.
Abdullah Badawi dijadikanmelukut tepi gantang
oleh pucuk pimpinan UMNO, kerana seperti
orang bercinta; sudah dapat gading bertuah tanduk
tidak berguna lagi.
Pada masa itu Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi
ahli politik naiktocang. Dialah ibarat gadis bertuah.
*Krisis antara Raja Melayu dengan UMNO sekitar
tahun 1992. Hasilnya kerajaan pimpinan Dr.
Mahathir Mohamad dan Tun Ghafar Baba telah
berjaya memansuhkan kekebalan Raja Melayu. Sidang
Khas Dewan Rakyat pada 18-19 Disember 1992,
telah meminda perkara dalam Perlembagaan: Artikal
181(2) : ‘Tiada apa-apa perbicaraan boleh
dibawa dalam mana-mana mahkamah terhadap Raja bagi satui-satu negeri atas sifat dirinya sendiri.’ Artikal berikut menjadi penghalang kepada pindaan itu:Artikal 38(4): ‘Tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran boleh diluluskan dengan tidka persetujuanRaja-Raja’.
Timbalan Perdana Menteri,Tun Dr. Ghafar Baba dalam ucapannya pada waktu membentangkan usul “Raja Berpelembagaan’ dalam DewanRakyat pada 10 Disember 1992,antara lain berkata:
“Saya rasa diri saya memikul tanggungjawab yang sangat berat bagi membawa satu usul yang penting di dalam Dewan yang mulia ini kerana ianya melibatgkan kedudukan Raja-Raja yang selama –lamanya saya anggap sebagai sahabat-sahabat saya yang sentiasa disanjung dan dihormati.Tetapi oleh kerana kepentingan negara mengatasi segala-galanya,maka saya terpaksa berdiri untuk membentangkan usul yang berbunyi:
….Kerajaan menegaskan pendiriannya mahukan Institusi Raja Berpelembagaan dikekalkan di negara ini, walau bagaiamana pun,kerajaan mempunyai tanggungjawab sepenuhnya bagi menegur dan memperbetulkan apa-apa juga kesilapanm yang didapati telah dilakukan oleh mana-mana juga Raja-Raja Melayu.
Bahkan tindakan Kerajaan ini adalaah dibuat dengan ikhlas dan bertujuan untuk mengekal dan mempertahankan Institusi Beraja sebelum rakyat jelata sendiri bertindak liar terhadap Raja-Raja yang mungkin tidak boleh dikawal lagi akhirnya.
…rakyat jelata telah memberi persetujuan untuk beberapa keistimewaan kepada Raja-Raja sebagaimana yang tersebut dalam Artikal 38(4) Perlembagaan Persekutuan yang disebut, ‘No Law directly affecting privileges, position, honours and dignities of the Rulers shall be passed without theconsent of the Conference of Rulers’.[3]
Cabutan dari titah Sultan Perak,Sultan Azlan Shah di Universiti Sains Malaysia,Pulau Pinang: “Takhta Merak Kayangan di Iran telah dialih dari istana ke muzaum sejarah kerana rakyat Iran tidk lagi memberi kepercayaan dan taat setia kepada Takhta,kononnya Takta Merak Pahlavi telahmelebihi kuasa yang ada padanya.
Sejarah telah menunjukkan bahawa takhta yang dialihkan dari istana ke muzium sejarah adalah hasil daripada salah nasihat yang diberi oleh penasihat-penasihat istana yang tidak bertanggungjawab kepada rakyat. Sebenarnya, pensihat-penasihat istana ini terdiri daripada mereka ayang mencari keuntungan jangka pendek bagi kepentingan rakyat dan negara. Apabila keadaan itu berlaku, lambat laun rakyat akan memberontak dan takhta tergugat.
Walau seberapa banyak sekalipun askar,polis rahsia atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga takhta, namun tidak satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan,namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata itu dimakibulkan Allah,maka berpindahlah takhat dari istana ke muzium seni dan budaya”.[4] – mokhtar petah)
Peristiwa Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari
jawatan Timbalan Perdana Mengeri dan Menteri
Kewangan pada 2 September 1998.
Beliau disingkir dari UMNO dan ditangkap atas
tuduhan-tuduhan tertentu.
.Dr. Mahathir Mohamad telah meletakkan jawatan
Presiden UMNO dan jawatan itu telah dipangku oleh
Abdullah Ahmad Ahmad Badawi.UMNO mengalami
riak-riak kecil pada hari-hari sebelum dan setelah
Timbalan Perdana Menteri baru di sandang oleh
Abdullah Ahmad Badawi.
Mungkin boleh dijadikan ‘perhatian’ di kalangan ahli-ahli UMNO,iaitu sebuah buku sejarah UMNO hendaklah ditulis agar perjuangan parti itu dibaca dan diketahui oleh generasi hari ini dan akan datang.
Semenjak Dato’ Onn bin Jaafar hingga kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, adanya pergolakan, krisis dalam UMNO dan segala macam tidak puas hati di kalangan ahli-ahlinya disebabkan beberapa faktor, di antaranya:
1 -Pemimpinlebih mementingkan dirinya sebagai
Orang nombor satu yang kadang kala ada sikap
kediktatoran kecil yang mereka lakukan.
2 -Pertukaran dari intelektual seorang pemimpin
kepada sikap veto dan autokrasi setelah
memegang kekuasaan tertinggi.
3 -Tindak tanduk orang-orang kanan atau rakan –
rakan rapat pemimpin menggunakan nama
pemimpin bagi mena dapatkan pengaruh
di kalangan orang ramai atau menakutkan
mereka.
4 -Sikap telunjuk lurus kelingking berkait di
kalangan orang-orangyang rapat dengan
pemimpin dan mereka mengejar kepentingan
dirisendiri.
5 -Ada di antar ahli-ahli UMNO yang
berkedukukan atau berkuasa menjadi tidak
jujur kepada parti dan orang ramai,melakukan
rasuah atau politik wang, menikan kawan
seperjuangan daribelakang dan menjadi alat
kepada syarikat-syarikat gergasi bukan
Bumiputera.
AKAR UMBI
Pada masa mendatang ini, UMNO akan berada pada keadaan normal dan memuaskan hati ahli-ahlinya sekiranya faktor-faktor di atas ini dapat dielakkan dan di musnahkan hingga ke akar umbi.
Kita bersyukur kepada Allah, dengan hidayah dan taufiq-Nya, Perdana Menteri,Dr.Mahathir Mohamad telah mengistiharkan dalam Dewan Rakyat, bahawa Malaysia telah bertukar dari sebuah negara nasional – kapaitalis kepada Negara Islam. ApabilaAbdullah Badawi mengambil alih kepimpinan negara,beliau telah mengemukakan sajaknya yang berfalsafahkan Islam – Al Quran dan As Sunnah. Sekali gus beliau telah mengitiharkan konsep Islam Hadhari[5] menjadi asas negara. Asas itu juga telah menjadi tunjang, batang dan puncak pada cekap, amanah dan adil yang menjadi amalan negara.
Segala-galanya telah berlaku, maka apakah UMNO akan tetap menjadi sebuah parti nasionalis yang terus menjaga kepentingan nasional atau ia membiarkan negara ini diperintah oleh kalangan yang cenderung kepada mengenepikan bangsa Melayu, Raja-Raja Melayu dan agama Islam?
Seluruh ahli UMNO mestilah bersaspada, bahawa pada masa kini, umat manusia yang hendak menghapuskan satu-satu bangsa, agama Islam dan Raja Pemerintahdengan menggunakan senjata sosio-demokrasi. Iaitu sosialisme demokrasi dari falsafah Karl Mark. Adakah sosialis tersebut yang menurut sains politik, adalah mempunyai ideologi yang paling hampiratau sebadan dan senyawa dengan komunisme
[1]Diceritakan oleh Dato’ Onn bin Jaafar kepada penulis pada masa beliau mengendalikah akhbar Kritik di
Kuala Lumpur pada tahun1961.
[2] Chin Peng2003, MY SIDE OF HISTORY, Singapura, Media Masters Pte Ltd.
Mokhtar Petah, 1966 BANGSA MELAYU MENGGUGAT DUNIA,Kota Bharu, Pustaka Aman Pres
Sdn.Bhd.
[3] Mokhtar Petah,1993,KERAJAAN MANSUKH KEKEBALAN RAJA MELAYU,Kuala Lumpur, Art