Tuesday, March 9, 2010

QURAN, HADIS DAN LAIN

KEMEWAHAN HIDUP

Dan kalaulah tidak kerana manusia akan menjadi umat yang satu (dalam kekufuran), nescaya Kami jadikan bagi orang – orang yang kufur terhadap Allah yang Maha Pemura, bumbung rumah mereka dari perak dan tangga – tangga yang mereka naik turun di atasnya (dari perak juga).

Danjuga semeua pintu rumah mereka (dari perak juga), dan kerusi – kerusi panjang (sofa) yang mereka berteleku di atasnya (dari perak juga).

Serta berbagai barang perhisan (barang keemasan) . Dan (ingatlah) segala yang tersebut itu tidak lain, adalah, hanya kesenangan hidup di dunia; dan (sebaliknya) kesenangan hari akhirat di sisi hukum Penguasa (Allah) kalian, adalah khas bagi mereka yang takwa.

– Az Zukhruf: 33 - 35


HADIS

HASAD

Rasul Allah Muhammad s.a.w. member peringatan: Kalian hindarilah daaripada hasad (dengki), kerana hasad itu memakan (membinasakan) segala amal kebajikan (kalian), seperti api memakan kayu.

– Perawi: Abu Daud

PETUA

KUASA MEMILIH

Jika anda pemimpin sesebuah organisasi, jika diberi kuasa memilih seseorang untuik diuberi tugas penting (misalnya sebagai calon dalam pilihan raya), maka, pilihlah individu yang kuat agamanya (Islam), amanah, tegas dan berani serta berakhlak mulia. Jika individu yang tidak ada kemuliaan demikian, dia akan mengkhianatkan amanah anda, organsisi dan orang ramai.


TAHUKAH

POLITIKUS

Kebanyakan para politikus (tidak ada pengetahuan politik – sains politik), apabila berucap di khalayak ramai, dia dalam keadaan meraba – raba dan kadang – kaDang percakapannya berlainan dari dasar partinya. Apabila para hadirin bertepuk kerana kebodohkannya, dia bergembira, kerana dia menyangka orang – orang yang bertepuk itu memujinya.

No comments: