AKIBAT BURUK
Katakan (Muhammad) : Berjalan (melancong) lah atas muka bumi ini, kemudian tinjau / perhatikan bagaimana akibat buruk (yang telah menimpa orang – orang telah mendustakan (para Rasul Allah). – Al An’aam:11
HADIS
DOAORANG TERANIAYA
Nabi Muhammad s.a.w. member amaran: Bahawasanya, doa orang yang terinaya (kena zalim) itu mustajab, dan jika dia melakukan kejahatan, maka kejahatan itu menjadi tanggungnya sendiri. – Perawi: Abu Hurairah dan Thalami.
PETUA
KELUAR DARI KEKUNUAN
Pada masa ini terlalu ramai anak gadis yang sukar mendapat suami.Mereka itu ada yang berjawatan tinggi dalam kerajaan, bank, badan dan syarikat swasta. Mereka kena cari jalan keluar, iaitu tidak menunggu lelaki meminang atau lelaki mengemukakan perasaan cinta sahaja, sebaliknya gadis – gadis, buangkan adat lapuk ‘ telaga cari timbA’, mana – mana lelaki (terutama pemuda) yang mereka suka atau jatuh cinta, nyatakan terus terang perasaan kepadanya. Jangan malu. Insya Allah akan berhasil. Pada masa ini orang tidak akan dapat memakn daging rusa di rimba, jika tidak diburu atau menternak rusa.
TAHUKAH?
MUFLIS
Dalam keadaan para pemimpin melaungkan kemajuan ekonomi orang Melayu, ramai orang Melayu yang masih dihimpit kemiskinan, peniaga Melayu jadi melarat atau ‘gulung tikar’ atau pun muflis, disebabkan sebilangan ahli politik yang berkuasa dan pegawai kerajaan yang tidak membela mereka. Melakukan rasuah.
No comments:
Post a Comment