SULAIMAN PALESTIN
Di tubuhnya, banyak parut kesan ditrembusi oleh beberapa butir peluru askar Yahudi.Dia bersembunhyi dalam lubang batu. Di sisinya, seorang pejuang Palestin mengehembus nafas terakhir.
PEDMUDA UMNO
Sulaiman Palestin telah meluluskan dirinya dari Palestin dan pulang ke Tanah Melayu. Di buminya, dia bersama Allahyarham Haji Ahmad Badawi - bapa kepada mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahamad Badawi telah berjuang dalam UMNO, iaitu Perikatan pemuda UMNO.
Dalam menghadapi kemerdekan, Penyelia Pilihan Raya, S.T. Smith, telah mengumumkan, bahawa Pilihan Raya Fedral akan diadakan pada Rabu - 27 Julai 1955. Hari penamaan calon pada Rabu - 15 Jun 1955.
TARIKH KEMERDEKAAN
PERIKATAN - UMNO, MCA dan MIC meletakkan 25 calon, iaitu UMNO: 16, MCA:16 dan MIC:6 calon.
Pada pilihan raya umum pertama, 1955, PERIKATAN telah memenangi 51 kerusi dengan meraih jumlah 818,013. Calonya, Haji Selaiman Palestin telah kalah dikalahkan calon PAS, Haji Ahmjad Tuan Hussein (rakannya) dari PAS. Haji Sulaiman Paletin mendapat 8,235 undi dan Mohd. Jan Ngah Mohamad dari PKP mendapat 3, 315 undi.
Dalam satu majlis pertemuan antara Tunku Abdul Rahman Putra - UMNO, dengan Sheikh Abdullah Fahim dalam rangka pihak UMNO - PERIKTAN meminta ahli falak itu menentukan tarikh kemjerdekaan, Sulaiman Palestin telah turut serta bersama Ketua Perikatan Pemuda UMNO, Saadon Haji Zubir dan Naib Ketua, Haji Ahmad Badawi.
REVOLUSI ..."
Setelah Sheikh Abdullah Fahim menetapkan tarikh kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, dan berkata: Jika pada tarikh itu British tidak berkenan, UMNO kena tunggu lima tahun lagi, iaitu 1962.
Mendengar perkataan ulama bekas Ketua Jawatan Kuasa Khas Agama Islam dalam UMNO itu, Selaiman Palestin bangun dan berkata: "Kalau British tidak beri kita merdeka pada tarikh itu, kita berontak ..."
Saadon Zubir turut bangun dan berkata: "Ia, kita berontak, revolusi ..."
Perasaan mereka diredakan oleh Sheikh Abdullah Fahin dengan nasihat: "Sabar, sabar, insya Allah, kita dapat merdeka..."
(Baca buku: Sheikh Abdullah Fahim Penentu Tarikh Kemerdekaan Negara 31 Ogos '57', oleh: Mokhtar Petah).
Setelah Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, Sulaiman Palestin berjaya menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri, Pulau Pinang dan Speaker Dewan Undangan negeri tersebut. - mp
No comments:
Post a Comment