Tuesday, March 3, 2009

PERDANA MENTERI KESAL SIKAP SPEAKER


Aanggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) berkawal
di Jalan Panglima Bukit Gantang berikutan dengan notis
penutupan pintu masuk utama ke bangunan Perak Darul
Redzuan. (Gambar: Berita Harian)

Jakarta - Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan kesalnya atas sikap terburu-buru Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V.Sibakumar menggantung Menteri Besar, Datuk Dr.Zambry Abdul Kadir dan anggota-anggota Exconya dari menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri.
Menurut beliau perkata tersebut dalam urusan mahkamah, maka speaker tidaklah patut melakukan sebarang tindakan.
Disamping mengatakan tidak perlu dibubar Dewan Undangan Negeri dan di adakan pilihan raya semula, beliau mengatakan masalah itu boleh selesai kerana keputusan Sultan Perak.
Pagi ini polis telah mengadakan sekatan di pintu besar ke Komplek Sri Perak Darul Ridzuan - di dalamnya pejabat Menteri Besar, pejabat anggota-anggota Exco, Speaker dan Dewan Undangan Negeri, di Jalan Panglima Bukit Gantang, Ipoh.
Speaker V. Sivakumar tetap akan mengadakan sidang tergempar Dewan Undangan Negeri pada hari ini dengan tidak dihadiri oleh Menteri Besar, Dr. Zambry Abdul Kadir dan anggota-angota Exco yang dilantik Sultan Perak.
Speaker telah memecat serta merta Setiausaha Dewan Undang Negeri, Abdullah Antong Sabri kerana mengeluarkan kenyataan semalam, bahawa sidang Dewan Undangan Negeri hari ini tidak sah.
Para pemerhati politik menyatakan, krisis politik di Perak akan terus berlanjutan, selagi mahkamah belum memutuskan, adakah Datuk Sri Ir. Mohamed Nizar Jamaluddin atau Dr. Zambry Abdul Kadir sah sebagai Menteri Besar dan kerajaan mana yang diakui sah.
Pagi ini beratus orang ahli dan penyokong parti-parti pembangkang berkumpul di hadapan pintu utama Bangunan Darul Redzuan kerana membantah sidang tergempar Dewan Undangan Negeri ditegah diadakan di Dewan Undangan Negeri dalam bangunan tersebut.
Polis telah dapat mengawal keadaan walaupun kata-kata kesat dilaungkan oleh mereka.
Sidang Tergempar Dewan Undangan Negeri dipengerusikan oleh speaker, V. Sivakumar telaah diadakan di bawah pokok.


No comments: