Friday, March 13, 2009

KHUTBAH JUMAAT SEMUA MASJID W.PERS EKUTUAN

MEWARISI TUGAS RASUL ALLAH

ساي برفسن كفد ديري ساي دان مثرو كفد سيدغ جمعة يغ دكاسيهي سكالين, ماريله سام2 كيت برتقوى كفد الله سبحانه وتعالى دغن سبنر2 تقوى سرتا ملقسناكن سضالا فرينتهث دان منجاءوهي سضالا لارغنث. سموض كهيدوفن كيت درضاءي الله دان براوليه شفاعة رسول الله r ددنيا دان اخيرة. منبر فد هاري اين اكن ممبينخغكن خطبه برتاجوك: مواريثي توضس رسول الله r .

Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada siding Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama sama kita bertakwa kepada Allah Subhanahu wa Taala dengan sebenar benar takwa serta melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhkan segala larangan Nya, semoga kehidupan kita di dunia dan diredai Allah dan beroleh syafaat Rasul Allah di akhirat. Mimbar pada hari ini akan membincangkan khutbah bertajuk Mewarisi Tugas Rasul Allah.

سموا نبى دان رسول سام اد يغ دسبوتكن دالم القرءان اتاو تيدق اداله مغاجر كفرخاياءن اضام يغ سام ياءيت اضام يغ الله سبحانه وتعالى ناماءي دغن إسلام. جوسترو ايت, سموا نبى دان رسول ايت براضام إسلام. بضيتو جوض دغن فغيكوت2 مريك.

Semua nabi dan rsul sama ada yang disebut dalam Al Quran atau atidak adalah mengajar kepercayaan agsma yang sama, iaitu agama yang Allah namai dengan Islam. Justru itu, smua nabi Subhanahu wa Taala dan rasul itu beragama Islam.Begitu juga dengan pengikut pengikut mereka.

باضايمانافون نبى محمد r اداله ساتو-ساتوث رسول يغ تله ملغكفكن دان مندولتكن اضام إسلام دموك بومي اونتوق سلوروه اومت ماءنسي دان اونتوق دضونافاكاي دالم سموا زمان. سدغكن رسول2 سبلومث هاث دبري توضس اونتوق ممبيمبيغ قوم2 ترتنتو دان فد ماس2 ترتنتو سهاج.

Bagaimanapun Nabi Muhammad adalah satu-satunya rasul yang telah melengkapkan dan mendaulatkan agama Islam di muka bumi ini utuk seluruh umat manusia dan untuk digunakan dalam semua zaman. Sedangkan rasul-rasul sebelumnya hanya diberi tugas untuk membimbing kaum – kaum tertentu dan pada masa-masa tertentu sahaja.

اين دافت كيت فهمي دمان سبلوم رسول الله r وفاة, القرءان اد مثتاكن بهاوا اضام الله تله دسمفورناكن, كخينتاءن الله كفد سموا اورغ يغ برايمان تله دلغكفكن دان كبنرن وحيو الله اكن تروس دجاض.

Ini dapat kita fahami pada zaman sebelum Rasulullah wafat, Al Quran ada menyatakan, bahawa agama Allah telah disempurnakan, kecintaan Allah kepaa semua orang yang beriman telah dilengkapkan dan kebenran wahyu Allah akan terus di jaga.

فرمان الله سبحانه وتعالى دالم سورة المآئدة ايا 3:

مقصودث: فد هاري اين, اكو تله سمفورناكن باضيمو اضام كامو, دان اكو تله خوكفكن نعمتكو كفدامو, دان اكو تله رضاكن إسلام ايت منجادي اضاممو.

Firman Allah dalam surah Al Maidah, ayat 3,maksudnya: Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagimu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah reda Islam itu menjadi agamamu.

رهسيا كجيتوان إسلام اداله برداسركن كفد دوا سومبر اوتام ياءيت القرءان دان السُّنة. حال اين دبريتاهو اوليه رسول الله r سوقتو بضيندا سدغ ضريغ دغن فسنن كفد اومت إسلام بهاوا مريك تيدق اكن سست جك برفضغ تضوه كفد كاندوغن القرءان دان السُّنة سرتا ممفراوليه كسلامتن ددنيا دان داخيرة.

Rahsia kejituan Islam adalah bedasarkan kepada dua sumber utama, iaitu Al Quran dan As sunnah. Hal ini diberitahu oleh Rasulullah sewaktu baginda sedang gering (demam panas) dengan pesanan kepda umat Islam, bahawa mereka tidaka akan sesat jika berpegang teguh kepada kandungan Al Quran dan As Sunnah serta memperolehkeselamatan di dunia dan di akhirat.

إمام مالك مروايتكن بهاوا رسول الله r برسبدا:

مفهومث: داكو تيغضلكن اونتوق كامو دوا فركارا, كامو تيدق اكن ترسست سلاما-لاماث, سلاما كامو ماسيه برفضغ كفد كدواث ياءيت كتاب الله (القرءان) دان سنّه رسولث .

Imam Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah telah bersabda. Mafhumnya: “Saya tinggalkan untuk kalian dua perkara, kalian tidak akan tersesat selama – lamanya, selama kalian berpegang kepada kedua – duanya, iaitu kitab Allah (Al Quran) dan Sunnah rasul-Nya.”

دالم القرءان تله دسبوتكن بهاوا نبى محمد r اداله رسول تراخير, دان نبى سنديري مغاكوءي بهاوا بضيندا اداله رسول تراخير. فنجلسن القرءان دان فغاكوان نبى محمد ايت منجلسكن بهاوا ماءنسي تيدق ممرلوكن لاضي وحيو دان رسول2 بارو كران اضام الله تله خوكوف سمفورنا دان لغكف.

Dalam Al Quran telah disebutkan, bahawa Nabi Muhammad adalah rasul terakhir dan nabi sendiri mengakui, bahawa baginda adalah rasul terakhir. Dan pengakuan Nabi Muhammad itu dan penjelsan Al Quran , bahawa manusia tidak memerlukan lagi wahtu dan rasul – rasul yang baru kerana agama Allah telah cukup sempurna dan lengkap.

فرسوءالن بسر تيمبول اياله افاكه فرانن توان2 دان اومت إسلام سكالين دالم اوسها ممبوقتيكن كاسيه سايغ, كخينتاءن, دان فغحرمتن كفد فرجواغن رسول الله r؟. سجاءوه ماناكه ديري كيت, كلوارض كيت, راكن كيت, فكرجا كيت, فلغضن كيت, دان مجيكن كيت مماتوهي سضالا فرينته الله سبحانه وتعالى دان نصيحت رسول الله r؟.

Persoalan besar timbul ialah apakah peranan tuan – tuan dan umat Islam sekalain dalam usaha membuktikan kasih sayang dan kecintaan, dan penghormatan kepada perjuangan Rasulullah sejauh manakah diri kita, keluarga kira, rakan kita, pekerja kita, pelanggan kita, dan mejikan kita mematuhi segala perintah Allah subhanhu wa Taala dan nasihat Rasulullah

منبر ايغين مغيغتكن فارا جماعه دان اومت إسلام سوفايا بروسفادا تنتغ كمونخولن رسول2 فلسو, رسول ملايو فلسو, دان ضورو2 اجرن سست يغ مغاكو سباضاي توهن.

Mimbar ingin mengingatkaan para jemaah dan umat Islam supaya berwaspada tentang kemunculan rasul – rasul palsu, rasul Melayu palsu, dan guru-guru ajaran sesat yang mengaku sebagai Tuhan.

اجرن سفرتي قادياني اتاو جماعه أحمدية سرتا رسول ملايو, اداله انتارا اجرن يغ براساسكن رسول اتاو نبى فلسو. افابيلا فيهق2 ترتنتو دبارت سخارا ملواس مغهينا رسول الله r, مك تله منيمبولكن كمارهن اومت إسلام دنضارا اين.

باضايمانافون كيت فرلو سدر بهاوا مريك يغ منولق القرءان دان مننتغ سنّه رسول الله r دنضارا اين جوض اداله دكاتضوريكن سباضاي فربواتن مندرهاك كفد الله سبحانه وتعالى دان مغهينا رسول الله r.

Ajaran seperti Qadyani atau Jemaah Ahmadiah serta rasul Melayu, adalah antara ajaran yang berasaskan rasul atau nabi palsu. Apabila pihak-pihak tertentu di Barat secara meluas menghina Rasulullah , maka telah timbul kemarahan umat Islam di negara ini. Bagaimana pun kita perlu sedar, bahawa mereka yang menolak al Quran dan menentang Sunnah Rasulullan di negara ini juga adalah dikatogarikan sebagai perbuatan menderhaka kepada Allah Subhanhu wa Taala dan menghina Rasulullah.

سمنتارا كيت ماسيه اد سيسا2 كهيدوفن ددنيا اين, ماسيه اد قدرة, عقل يغ وارس, دان اهلي كلوارض; افاكه توضس يغ كيت بوليه بنتو اونتوق منروسكن كسينمبوغن توضس2 رسول الله r. اوليه ايت, سمفنا دغن سماغت سمبوتن مولد الرسول اين, منبر ايغين منصيحتكن بهاوا كيت بوليه ممبنتو مثامبوغ امانه الله دان رسول الله r اين دغن خارا2 برايكوت:

Sementara kita masih ada sisa – sisa kehidupan di dunia ini, masih ada kudrat, akal yang waras, dan ahli keluarga; apakah tugas yang kita boleh bantu untuk meneruskan kesinambungan tugas – tugas Rasulullah oleh kita, sempena dengan semangat sambutan maulidur rasul ini. Mimbar ingin menasihatkan, bahawa kita boleh membantu menyambung amanah Allah dan Rasul Allah ini dengan dua cara berikut:

فرتام : منجالنكن توضس2 دعوه دغن لبيه فرواكتيف كران كرجا دعوه اداله

توضس اوتام رسول الله r,

كدوا : مغاجق اهلي كلوارض, قوم قرابة, دان اورغ لاءين مماتوهي اجرن القرءان

دان السّنة, دان

كتيض : برسام-سام كيت مغهافوسكن اجرن سست يغ مثليويغكن عقيده اومة.

Pertama: Menjalankan tugas tugas dakwah lebih proaktif kerana kerja dakwah itu adalah tugas utama Rasul Allah.

Kedua: mengajak ahli keluarga, kaum kerabat, dan orang lain mematuhi ajaran Al Quran dan As Sunnah dan berfsama- sama kita menghapuskan ajaran sesat yang menyeleweng akidah umat (Islam).

فرمان الله سبحانه وتعالى دالم سورة الأحزاب ايات21 :

مقصودث: سسوغضوهث, اداله باضيمو فد ديري رسول الله ايت خونتوه ايكوتن يغ باءيق, ياءيت باضي اورغ يغ سنتياس مغهارفكن كرضاءن الله دان بالسن باءيق هاري اخيرة, سرتا اي فولا مثبوت دان باثق مغيغتي الله.

Firman Allah Subhanahu wa Taala dalam surah Al Ahzab, ayat 21, maksudnya: Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasul Allah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan banyak mengingati Allah (berzikir).

(Disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM, 13 Mac 2009. Editor: Petah Shahrir Aidid)

No comments: