Monday, March 23, 2009

MOHD. SAYUTI OMAR

My Photo

Mohd. Sayuti Omar

'Masing - masing ada hujah dan alasan tersendiri. Demikian juga mengenai Anwar Ibrahim. Tarikh atau nasib Anwar sama ada bebas atau tidak menjadi makin misteri. Banyak pendapat mengatakan Anwar tidak akan dibebaskan selagi Malaysia ditadbir oleh Mahathir. Anwar akan bebas setelah Pak Lah menjadi Perdana Menteri. Dalam pada itu ada juga yang membuat hipotetis kononnya Pak Lah tidak sekali - kali membebaskan Anwar.'

'Seorang penulis veteran yang kuat menyokong Pak Lah tidak setuju apabila saya ingin menulis sebuah artikel berjudul 'Pak Lah Bebaskan Anwar'. Katanya, "tajuk itu begitu bombastik dan ia boleh menimbulkan masalah kepada Pak Lah. Saya rasa Pak Lah pun akan bebaskan Anwar, dan saya setuju you tulis. Tetapi bukan dalam bentuk begitu jelas seperti you bayangkan itu," katanya.

"Saya rasa lebih lunak kalau you timbulkan pembebasan menerusi mahkamah, iaitu perbiacaraan semula. Selapas Mahathir undur nanti, Peguam Anwar kemukakan rayauan untuk mengadakan perbicaraan semula, Saya rasa kalau diadakan perbicaraan semuala, Anwar lepas," tambahnya.

Maksud you perbicaraan sebelum ini tidak adil? Tanya saya. Kita tidak boleh bercakap apa - apa mengenai mahkamah dan keputusan yang telah dibuat (contempt of court). Silap haribulan dan youI bersama Anwar, di Saungai Buluh." Dia ketawa terkekeh macam tupai tua gatal betina.' (dari buku, Undurkah Mahathir? Dilema Dollah Badawi, oleh: Mohd. Sayuti Omar.

Nota tawa: Penulis ini berasal dari sebuah kampung dekat SungaiGolok, Rantau Panjang. Berpendidikan sebuah kolej di Indonesia. Pandai dan berpengalaman bercinta.Dia rapat amat dengan Datuk Nik Aziz. Jika di takdirkan Nik Aziz jadi Perdana Menteri Malaysia, dia tentu berjawatan sanator dan Menteri Psaikologi, Pengawalan seks dan Ketenteraman Awam.




No comments: