Mohd Nior Yahya | |
KOTA BHARU, 21 Mac - Pertemuan diantara pucuk pimpinan parti seharusnya diadakan pada bila-bila masa dan bukannya kerana sesuatu isu sahaja, demikian dinyatakan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato�Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau berkata demikian ketika ditemui di majlis Perasmian Kempen Pemilikan Rumah Rasmi Peringkat negeri Kelantan(MAPEX) di KB Mall semalam. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan,Kerjaraya,Utiliti dan Alam Sekitar,Mejar(B)Md .Anizam Abd Rahman. Menurut Nik Aziz lagi, beliau sedia menerima penjelasan Presiden PAS,Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berhubung kerajaan perpaduan. Namun katanya ia mestilah berlandaskan ketetapan yang diputuskan dalam Muktamar PAS tahun lalu iaitu mesti memperkukuhkan Pakatan Rakyat. "Bagi saya kalau nak bersatu untuk bela bangsa Melayu tanpa mengambil kira Islam, saya tak boleh terima, tetapi kalau ia berkaitan dengan Islam, saya akan sokong dan kalau ada cina sanggup terima Islam tak ada masalah bagi saya, saya nak perkuatkan Islam dan kalau Melayu sendiri tolak Islam buat apa dengan Melayu jenis ini,"ujar beliau. "Masalah bangsa ialah masalah kedua, Islam dulu kena buat, macam Islam di Kelantan orang bukan Islam boleh terima, jadi tiada masalah pun",katanya lagi. Menyentuh dakwaan yang mengatakan ada konspirasi antara Dato Zahid Ibrahim dan Dato Seri Anwar Ibrahim yang mengaturkan pertemuan Pimpinan PAS dengan Dato Seri Najib, Nik Aziz berkata inilah perkara sampingan dan bagi beliau akan tetap dengan pendirian untuk mematuhi keputusan muktamar PAS tahun lepas. "Saya ni bagaikan nakhoda kapal, jadi kalau tukang angkat layar nak jumpa dia kena jumpa, tukang sauh nak jumpapun dia kena jumpa juga ,nakhoda kapal ni dia kena jumpa semua anak kapalnya. "Namun keputusan dia mestilah anak kapal kena patuh, begitu juga keputusan saya ialah kita semua kena mematuhi keputusan di Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu yang ingin memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan kalau ada nak buat selain dari itu, ia mestilah melalui keputusan mesyuarat semua pimpinan parti"katanya lagi. |
(Berita ini diambil dari Harakah Daily 21 Mac 2009) |
No comments:
Post a Comment