Tuesday, March 17, 2009

NASIHAT RAJA MUDA PERAK:

HORMATI ISLAM DAN KERAJAAN

Oleh: Mokhtar Petah

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah menasihati semua golongan rakyat negeri itu supaya berhenti dari bertindak politik melampau kerana boleh mengheret negeri dan negara kepada darurat ekonomi dan tidak harmoni. Baginda juga mengecam mereka yang melakukan dimonstrasi jalanan dan prhimpunan haram, dua tindakan itu melanggar undang – undang dan menyusahkan orang reamai. Raja Dr. Nazrin Shah menasihat demikian pada ketika merasmikan Persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak ke – 165, di Kompleks Islam Darul Ridzuan, di Ipoh semalam.

BERADAB

Menurut baginda, sebagai bangsa yang bersopan santun atau beradab, orang Melayu perlu sentiasa menghormati institusi keluarga, masyarakat, agama Islam, institusi istana dan kerajaan yang sejak zaman berzaman dijunjung.

"Kita perlu sedar ekonomi dunia yang akan menguncup buat pertama kalinya tahun ini sejak Perang Dunia Kedua memerlukan tindakan tertentu bagi menanganinya. "kegiatan-kegiatan politik yang keterlaluan – melampau - dan berlebihan termasuk demonstrasi (jalanan) akan menyebabkan negara mengalami kesukaran,” titah Raja Dr. Nazrin Shah.

PENGETAHUAN

Raja Dr.Nazri adalah satu - satunya putera Sultan yang bakal menaiki takhta Negeri Perak yang mempunyai pendidikan tinggi dan berpandangan luas. Memiliki ijazah falsafah, sains politik dan ekonomi dari Universiti Oxford London. Saya telah mengikuti setiap titah baginda di Kuala Lumpur dan tempat-tempat lain. Titah baginda mengandungi ilmu pengetahuan yang tinggi yang tidak pernah diucapkan oleh mana- mana Sultan dan bakal Sultan sebelum ini, kecuali Almarhum Sultan Idris Shah. Sultan Idris Shah mempu bertitah dengan tidak ditulis oleh orang lain dan titah banginda mengandungi ilmu pegnetahuan kerana ilmu pengetahuan yang ada pada baginda, iaitu pengetahuan (akademik) hingga ke pringkat universiti dan pengetahuan agama Islam yang boleh dikatakan tinggi. Al marhum adalah murid kepada Sheikh Abdullah Fahim, iaitu datuk kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia, pada masa menuntut di sekolah agama, Madrasah Idrisiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Titah Raja Dr. Nazrin Shah alok benar diterima, dihayati dan diamalkan oleh semua rakyat Negeri Perak.

CEDEKIAWAN

Memanglah perbuatan mengadakan perhimpunan haram dan dimonstrasi jalanan tidak patut diadakan kerena menyalahi undang - undang. Tetapi jika kita menyaringkan fikiran kita secara mereka dalam golongan ulul albab –cendekiawan atau intelektual, bahawa orang ramai ada pengetahuan dan ada fikiran, tetapi mereka tidak ada tempat hendak meluahkan fikiran atau rasa tiada puas hati mereka. Mereka tidak berpeluang bercakap di hadapan kamera televisyen, di perakam suara radio dan sebagainya dan yang ada peluang bagi mereka, hanyalah perhimpunan dan dimonstrasi jalanan. Salah tetap salam. Mereka tahu perbuatan mereka itu salah, tetapi mereka sanggup ditangkap polis, ditahan dalam kurungan dan didakwa dalam mahkamah, hatta membayar denda atau penjara. Mereka sanggup membayar denda dan meringkuk dalam penjara asalkan puas hati.

KEMENTERIAN

Mereka itu sama dengan orang ketagih rokok. Mereka tahu rokok itu merbahaya, tetapi mereka yang berpelajaran tinggi dan berkhidmat dalam Kementerian atau Jabatan Kesihatan menghisap rokok juga.Mereka sanggup membelanjakan wang beratus ringgi sebulan kerana menghisap benda bahaya itu. Mungkin mereka yang terhitung dalam golongan muda tidak mengetahui dari mana asalnya demonstrasi jalanan itu yang kini telah menjadi seperti budaya orang kita. Asal demonstrasi jalan ialah oleh para Mahasiswa Republik Indonesia , iaitu KAMI, pada zaman Presiden Soekarno. Kemudian dibawah ke sini oleh pemimpin mahasiswa Universiti Malaya, iaitu Anwar Ibrahim – kini beliau pemimpin Parti Keadilan Rakyat. Pada tahun 1960 – 70 –an beliau berjaya menganjurkan dimonstrasi Baling, Hamid Tuah dan beberapa demonstrasi jalanan di Kuala Lumpur. Sebagai sebuah negara demokrasi, pihak atasan dan kerajaan perlu juga muhsabah diri akan mengapa timbul kejadian perhimpunan haram dan dimonstrasi jalanan itu. Perlu mencari jalan secara intelektual dan adil bagi menyelesaikan perkara yang rakyat tidak puas hati itu.

IKHTIAR

Peristiwa yang berlaku di Perak sekarang ini, saya kira memerlukan Raja Dr. Nazri mencari jalan atau berikhtiar untuk mereda dan menyelsaikan rasa tidak puasa hati sebilangan besar rakyat (mereka di luarUMNO – Barisan Nasional) akan kejadian ‘pecat dan lantik’ Menteri Besar oleh Sultan Perak,Sultan Azlan Shah baru – baru ini. Memang, saya akui, memecat dari Menteri Besar dan melantik seseorang ke jawatan tersebut hak mutlak Sultan. Saya akui. Tidak membantah. tetapi massa – orang ramai yang kepala sama hitam atau putih(kerana uban) yang tidap hati dan tidak samadengan fikiran saya. Tidak sama dengan fikiran mereka yang puas hati. Sekali lagi saya ulangi dan Saya fakir, hanya Raja Dr. Nazrin Shah yang boleh mencoba mencari jalan tengah bagi menyelesaikan krisis di Negeri Perak yang berlarutan dan hingga ke Mahkamah Persekutuan itu. Orang lain tidak boleh. Menteri Besar , Dato Zambry Abdul Kadir, Ketua Pegawai Polis Perak, Mufti Perak dan beberapa orang lain lagi tidak boleh; tidak dapat menyelsaikan masalah, hanya Raja Muda Perak. Akhirnya saya berharap baginda dapat melaksanakan mengikut arahan Allah kepada Nabi Daud alaihis salam, yang bermaksud, selesaikan masalah dengan orang ramaia itu dengan adil. Saya merujukkan kepada tulisan Ketua Hakim Semenanjung (Negara), Raja Tun Azlah ( Sultan Azlan Shah) dalam Journal Undang – undang Vol 9, Jun – Disember 1982, iaitu : Menurut sejarah Melayu,Sultan Alauddin Riayah Shah pernah keluar pada waktu malam dengan menyamar diri untujk memastikan adanya keadilan dan peraturan dan undang – undang dikuatkuasakan (Shellabear,Sejarah Melayu (1977) Hal, 127 – 8).

(Tamat)

No comments: