Tuesday, March 10, 2009

TAHNIAH KEPADA SIDIK BABA

Saya dan warga blog: mokhtarpetah.blogspot.com mengucapkan tahniah kepada paduka Profesor Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof. Dr. Sidik Baba atas kurniaan Allah; beliau telah dikurniakan Anugerah Perdana Maulidur Rasul Muhammad s.a.w. 1430 Hijrah yang pertama, pada hari mulia, semalam.

Paduka Sidik Baba adalah seorang cendekiawan Melayu yang gigih dalam kerjaya dan dunia penulisan. Maka dia telah mencipta namanya sendiri sehingga terukir warna indah di langit zaman.

Tahniah. Dan isya Allah paduka sentiasa dalam keredaan Allah.

Pada mula kumenuntut ilmu Islam,

Kujumpa Siddik, amanah, tabligh dan fatanah,

Sirah nabi Muhammad kujejaki,

Kuhayati riwayat Abu Bakar As Siddik,

Bilaku mengembara sekitar tanah air,

Kutemui ramai manusia bernama Sidik,

bilaku rapati harakah ibu dunia Melayu,

kutemui Khadijah Siddik,

Dalam dunia penulisan dan ulul albab -keinteletualan Melayu,

Kurenung wajah Sidik Baba.

- Mokhtar Petah



No comments: