Wednesday, March 25, 2009

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

GANTUNG DUA PERMIT AKHBAR

Oleh: Mokhtar Petah

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menggantung permit akhbar pembangkang berpengaruh Harakah dan Suara Keadilan masing-masing selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta. Tindakan secara langsung menghalang kempen media kedua-dua parti bagi menghadapi tiga pilihanraya kecil pada 7 April ini - kawasan parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak. Menurut surat arahan yang dikeluarkan oleh Setiausaha bahagian Unit Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Che Din Yusoh tidak memberi sebarang alasan tindakan tersebut dan arahan terbabit telah difaks kepada Harakah hari ini. Sementara itu arahan turut dikeluar kepada akhbar KeADILan yang dialamatkan kepada Presiden KeADILan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kira-kira 5 petang ini yang berkuatkuasa serta-merta. "Dukacita dimaklumkan bahawa kementerian ini telah membuat keputusan untuk menggantung permit penerbitan akhbar Suara Keadilan selama tempoh tiga (3) bulan berkuatkuasa serta-merta," surat KDN dipetik. (Harakah Daily

Saya pernah bercakap dengan Ketua Editor Mingguan Politik, Sdr. Mohd.Sayuti Omar, bahawa pihak pengendali surat khabar PAS, HARAKAH, patut meneliti perbezaan peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri antara penerbitan - surat khabar dan majalah milik organisasi - parti politik dan badan kebajikan dengan milik syarikat berkanun.

“Saya dapati HARAKAH telah lama melanggar peraturan itu …, menyiarkan berita umum, kecaman kepda kerajaan dan pihak - pihak lain dan sebagainya …, peraturann yang ada. diboleh menyiarkan tulisan mengenai organisasi surat khabar itu sahaja…,”kata saya.

Mohd. Sayuti yang sentimennya banyak kepada PAS, dia tidak berkata apa - apa, hanya diam. Senyum pendek sahaja.

Saya dengan Mohd. Sayuti Omar sering berbincang mengenai perkara umum. Saya tahu, banyak pendapat dan pandangan saya tidak diterimanya.Dia lebih bijak dari saya.

KESILAPAN DAN KELEMAHAN

Saya melihat, tindakan menggantung permit Harakah dan Suara Keadilan oleh Kementerian Dalam Negeri, tidak seperti yang ditekankan oleh penulis HARAKAH seperti dalam paragraph kedua berita di atas, tetapi kerana kesilapan atau kelemahan pihak pengedali HARAKAH dan SUARA KEADILAN atas perkara yang saya telah sebutkan kepada Mohd. Sayuti Omar.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar telah menjelaskan tentang sebab - sebab dua surat khabar itu digantung.

Timbaklan beliau, Datuk Chor Chee Heung memberitahu Dewan Rakyat semalam, bahawa penggantungan permit itu bukan agenda BN tetapai amalan normal.

“Amaran sentiasa diberi kepada penerbitan akhbar tanpa mengira parti politik supaya mematuhi syarat yang ditetapkan.

MENGAMBIL TINDAKAN

Penerbitan akhbar lain yang mempunyai lesen menerbitkan berita memenuhi syarat yang ditetapkan kecuali Harakah dan Suara Keadilan yang masih tidak memenuhi apa yang disyaratkan.”

Saya tidaklah bertujuan menghampu kerajaan Malaysia - jika PAS - Pakatan Rakyat memerintah negara ini, mereka juga akan menguatkuasakan peraturan yang ada dan jika mana - mana penerbit yang memeliki permit penerbitan melanggar peraturan yang tersebut, mereka juga AKAN mengambil tindakan sebagai tanggungjawab dan amanah -, bahawa kerajaan sangat berlembut dengan pihak HARAKAH dan SUARA KEADILAN kerana tidak mengmabil tindakan ke atas dua akhbar tersebut yang telahlama melanggar peratuan, tetapi berperanan sebagai akhbar bebas yang dimilki oleh syarikat berkanun.

Berikut ini contoh yang dilakukan oleh kedua - dua suratr khabar tersebut:

a - Kedua akhbar itu melenggar peraturan bagi akhbar milik

Organisasi, iaitu hanya menyiarkan berita artikel dan

sebagaianya mengenai organisasi sendiri sahaja, ertinya

tidak ada hak kebebasan seperti media milik syarikat

berkanun.

b - Dua akhbar itu menyiarkan berita dan artikel seperti akhbar

milik syarikat berkanun yang memiliki kebebasan.

c - Berita dan artkel tidak mengiakut etika akhbar atau kewarta-

wan kerana banyak mengcam melulu, sekap jarang dan

seumpamanya.

d - Akhbar milik organisasi hanya untuk ahlin ya sahaja, tetapi

kedua-dua akhbar itu dijual bebas kepada arang ramai.

Saya yang bepengalaman dalam dunia kewartawanan melihat tindakan KDN tidaklah menyekat kebebasan akhbar atau wartawan, tetapi kerana pihak akhbar itu sendiri melanggar peraturan.

SUARA ORGANISASI

Untuk menjadikan akhbar bebas, pihak pemilik akhbar itu eloklah meminta surat khabar atas nama syarikat pihak mereka. Jika permit akhbar itu didapati, maka akhbar itu akan mendapat kebebasan seperti yang wujud di negara ini.

Saya telah berpengalaman juga, bahawa pada masa Al Arqam belum diharamakan, saya memiliki permin majalah IMAM, kerana saya tidak mempunyai modal untuk menerbitkan majalah bulan itu sampai 200,000, walaupun saya tidak men jadai ahli Al Arqam, setelah berunding dengan pemimpinnya,Ustaz Ashaari Muhammad, maka majalah itu diterbitkan oleh

Al Arqam tetapi tidak menjadi suara organisasi itu.

AMARAN HALUS

Pihak Al Arqam dan saya sama-sama setuju mematuhi peraturan dari KDN atas majalah tersebut seperti yang terkandung dalam permitnya.Tetapi setelah empat keluaran, Editor pihak Al Arqam, Encik Pahrol Mat Joi (kini sering bercakap di tv), telah mengenepikah saya sebagai Ketua Editor majalah gtersebut dan dia telah menyiarkan beberapa artikel yang akan behakibat.

Pihak Bahagian Cawangan Khas Bukit Aman telah memanggil saya ke sana. Di sana saya dijemput kesuatu dewan macam coffee house. Dijamu makan dengan makanan yang enak - enak. Beberapa orang pegawai Cawangan Khas telah berbincang dengan saya mengenai beberapa artikel dalam majalah IMAM. Mereka telah memberi nasihat dan amaran halus kepada saya.

Besoknya saya telah berunding dengan editor pihak Al Arqam , Sdr. Fahrol Mat Joi dan beberapa anggota pihak Al Arqam lagi, tetapi mereka tidak setuju dengan nasihat dari Bahagian Cawangan Khas dan mahu meneruskan selera mereka. Keputusan yang saya amnbil kemkudiannya, ialah majalah IMAN terpaksa diberhentikan penerbitannya.

Elok saya ceritakan kenangan manis yang saya alami pada beberapa tahun lalu, iaitu pihak PAS telah mengundang saya untuk memberi ceramah kewartawanan dalam sattu majlis di ibu pejabat parti itu, di Taman Malewar, Kuala Lumpur.

Apabila ceramah saya mengenai berita dan artikel dalam HARAKAH perlu diperbaiki kerana tidak mengikut etika kewartawanan, maka dalam majlis itu ramai yang melaung membatah dan mereka melaungkan ‘Allahu Akbar’ beberapa kali sehingga saya berhenti berceramah.

(Tamat)

No comments: