Tuesday, March 24, 2009

NIK AZIZ MURSYIDUL 'AM PAS

*
Nik Aziz

“Seseorang yang ingin popular di kalangan manusia, kadangkala mereka lebih banyak tunduk kepada kemahuan manusia, kadangkala mereka lebih banyak tunduk kepada kemahuan dan desakan orang ramai, sedangkan pandangan dan desakan orang ramai tidak semestinya berasasakan kebenaran.

Dalam masyarakat yang masih diselimut kejahilan, kebenaran yang diperjuangkan oleh seseorang atau sesuatu kelompok tidak semestinya dipandang benar oleh orang ramai. Mereka bukan sekadar tidak popular, malah kadangkala dianggap melampau atau eksrim. Tetapi sekiranya mereka tunduk kepada kemahuan orang ramai yang tidak berasaskan kebenaran maka dalam suasan begini sudah pasti Allah SWT tidak meredainya.

Bukti bahawa Allah SWT tidak merestui sikap seseeorang yang tunduk kepada kemahuan manusia, iaitu apabila Allah SWT dengan jelas menegur sikap tersebut merlalui firman Allah yang berikut:

Dan sekiranya kamu taat kepada kemahuan kebanyakan manusia, nescaya mereka menyesatkan kamu dari jualan Allah. - Al An’am:116.

... peristiwa pahit persengketaan di kalangan masyarakat manusia banyak melibatkan sifat tamak manusia ingin menguasai harta pihak lain, contohnya perang Teluk, jika bumi rantau Teluk tidak kaya dengan minyak, sudah tentu kuasa luar tidak akan berminat untuk campur tangan. Oleh kerana Kwait dan rantau sekitarnya adalah bumi yang terapung di atas telaga minyak, maka kuasa dunia yang tamak turut terlibat dalam kancah perang.

Pemimpin - pemimpin negara yang ingin mengaut kekayaan negara, mereka berlindung di sebalik peswastaan dan sebagainya, mereka menggunakan alasan untuk meningktkan perkhidmatan yang lebih cemerlang di samping memberi perkhidmatan yang lebih baik. Tetapi pada hakikatnya tangan - tangan mereka berada di sebalik syarikat - syarikat gergasi yang menguasai penswastaan itu, kekayaan negara yang selama ini menjadi milik rakyat sudah berpindah ke dalam kocek mereka. Rakyat tidak mendapat sebarang keuntungan, yang ada hanyalah rungutan.

Damikianlah sifat tamak trerhadap kekayaan orang lain menyebabkan kebencian dan persengketaan, sebaliknya Islam menganjurkan agar manusia sentiasa zuhud terhdap kepunyaan orang lain. Hanya dengan sifat mulia itu masyarakat akan damai dan sejahtera.(Dari buku, Tazkirah Jiwa danb Nafsu, oleh: Nik Aziz - 1995)

No comments: