Thursday, March 26, 2009

TAHNIAH


Kami, dengan rendah hati dan perasaan gembira mengucapkan tahniah kepada Dato’ Sri Naji Tun Razak kerana telah menyandang jawatan Presiden UMNO Malaysia yang ke - 7, dalam Perhimpunan Agung UMNO kali yangb 59, pada hari ini.

Beliau juga bakal Perdana Menteri negara ini menggantikan Yang Amar Berhormat Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang akan meninggalkan jawatan tersebut pada akhir Mac ini. - Mokhtar Petah dan editor, Petah shahrir aidid.

“...saya mengajak semua merenung sejenak pesanan perjuangan yang penuh bermakna. Bila benci musuhmu dan sayang temanmu tidak lagi pengaruhi tegakmu yang adil, bila engkau telah sanggup mengambil hikmah dari aliran zaman, mengambil manfaat dari perubahan, maka semua dapat kautawan, bukannya engkau tertawan.

Bila semuanya kau sanggup hadapi, kesetiaan perjuangan murni ini tidak berbelah bahagi, maka engkaulah pahlawan pertiwi. Engkaulah yang berhak mempesakai bumi dan seisinya. Engkaulah sebenarnya wanita, pemuda dan puteri bangsa sejati.” – Najib Tun Razak.


*******************************************************************


Allah telah menjodohkan Abdul Razak bin Dato’ Hussein dengan gadis jelita, Rahah anak bongsu kepada ahli agama dan Yang Dipertua Jabatan Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Johor, Dato’ Haji Mohd. Noah bin Omar, pada September 1952. Pada masa itu Razak berjawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.

Pada masa orang Melayu berjuang menuntut kemerdekaan, Allahyarham telah turut berjuang bersama rakyat Johor. Allahyarham juga telah merasmikan Kongres Ulama SeMalaya (kali kedua) di Kota Tinggi yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Khas Agama Islam UMNO Malaya pada tahun 1951.

Allahyarham dipilih menjadi Speaker apabila Dewan Rakyat dipilih oleh rakyat sepenuhnya pada tahun 1959. Sebelum meninggal dunia Allahyarham adalah seorang ahli perniagaan terkenal di negara ini.

Tokoh Politik

Najib Tun Razak lahir di Kuala Lipis, Pahang, pada 23 Julai 1953. Pada tahun 1974 beliau telah menerima ijazah BA (Hons.) Industrial Economic dari University of Nottingham, United Kingdom.

1974 - 1976 menyandang jawatan Eksekutif Petronas

1978 - 1980 Timbalan Menteri Pendidikan

1980 - 1981 Timbalan Menteri Tenaga, telekomunikasi dan Pos

1981 - 1982 Timbalan Menteri Kewangan

1982 - 1986 Menteri Besar Pahang

1986 - 1987 Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan

1987 - 1990 Menteri Belia dan Sukan

1990 - 1995 Menteri Pertahanan

1995 - 1999 Menteri Pelajaran

1999 - Kini, Menteri Pertahanan

2004 - Kini, Timbalan Perdana Menteri

Tercatat dalam sejarah negara kita, semenjak Persekutuan Tanah Melayu mendapat kemerdekaan pada tahun 1957 hingga 2004, seramai sembilan orang tokoh politik dalam UMNO telah menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri. Mereka itu ialah:

(1) Tun Abdul Razak .................. 01 September 1957 - 21 September 1970.

(2) Tun Dr. Ismail .................. ...... 27 September 1970 - 02 Ogos 1973.

(3) Tun Hussein Onn .................... 13 Ogos 1973 - 14 Januari 1976

(4) Dr. Mahathir Mohamad .............05 Mac 1976 - 15 Julai 1981.

(5) Tun Musa Hitam .................... 18 Julai 1981 - 16 Mac 1986.

(6) Tun Ghafar Baba.................... 10 Mei 1986 - 15 Oktober 1993.

(7) Datuk Seri Anwar Ibrahim..........01 Disember 1993 – 02 September 1998

(8) Datuk Seri Abdullah Badawi ....08 Januari 1999 - 30 Oktober 200.3

(9) Datuk Seri Najib Tun Razak......07 Januari 2004 - kini

“Najib mempunyai pengalaman luas dalam UMNO. Pada tahun 1976, beliau dipilih sebagai Timbalan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan. Empat tahun kemudian, beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan sebelum menjadi Ketua UMNO Bahagian Pekan pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau dilantik sebagai Ketua UMNO bahagian Pekan, beliau juga ialah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang. Pada tahun 1993, beliau telah dipilih sebagai Naik Presiden UMNO Malaysia.’

Jika dibandingkan dengan tokoh-tokoh politik lain dalam UMNO, Najib Tun Razak adalah satu-satunya tokoh politik yang mempunyai kedudukan yang istimewa. Sebagai tokoh yang mempunyai kedudukan istimewa, maka amat sesuailah beliau berganding bahu dengan Abdullah Badawi yang mengalami perjalanan atas lebuh raya politik yang istimewa juga.

Ramai orang telah maklum, kalau Abdullah Badawi tidak mempunyai ‘modal insan’ - keyakinan pada diri sendiri, jati diri, gigih, berani, sabar atau tawakal kepada Tuhan, beliau tidak akan dapat berada di puncak yang tinggi seperti sekarang. Sebelum Abdullah Badawi berjaya mendaki ke puncak, beliau telah menjadi ‘mangsa’ tindak tanduk rakan-rakan dalam arena politik beliau sendiri.

Arena Politik

Pada masa itu sebilangan dari rakan-rakan Abdullah Badawi mahu beliau terus menjunam dari arena politiknya. Terbenam seperti batu dalam lumpur dan tidak timbul-timbul lagi. Hal sedemikian memang sering berlaku di kalangan mereka yang berjuang dalam organisasi-organisasi politik. Mereka bersahabat tidak sampai ke hujung jalan dan bermusuh tidak sampai ke tanjung jua.

Pengarang dan bekas menteri kabinet zaman Tun Razak, Tan Sri Sharif Ahmad telah menulis dalam bukunya:

‘Kedudukan politik Najib adalah istimewa. Beliau mempunyai taraf dan keperibadian selaras dengan Tunku Abdul Rahman Putera, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn. Tunku Abdul Rahman adalah seorang putera raja dan memerintah Negeri Kedah, Tun Razak pula adalah keturunan keluarga yang rapat dengan Istana Pahang manakala Tun Hussein datang dari keluarga yang mempunyai kedudukan rapat dengan Istana Johor. Hubungan politik dengan raja ini adalah penting di Malaysia. Takhta, seperti yang ada dalam Perlembagaan sekarang, mempunyai kuasa yang tertentu.’[1]

Pada ketika merasmikan Persidangan Pergerakan Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda UMNO dan Puteri UMNO, di Bangunan UMNO Malaysia, Kuala Lumpur, Najib Tun Razak berkata, “Apabila kita bersatu, maka kekuatan akan bersekutu, apabila kita bersetia, bangsa jadi mulia, dan apabila kita berkhidmat nescaya direstui umat.”

“Orang Melayulah yang bangkit dengan berani menidakkan kata-kata kuasa besar dengan berpegang teguh kepada prinsip keadilan dan kebenaran,” katanya lagi.

Bangsa Melayu

Tambah Najib Tun Razak, “UMNO tidak akan lari dari prinsip serta pegangan untuk terus mengukuhkan kepentingan ekonomi orang Melayu.”

Beliau menyeru orang Melayu meneruskan amalan nilai-nilai murni yang dituntut oleh agama Islam dan bangsa Melayu, iaitu amanah, kesetiaan, keikhlasan, kesabaran, kesederhanaan, kesopanan dan semangat kekeluargaan yang murni.


[1] Ibid., hlm. 36.

No comments: