Thursday, March 12, 2009

KERAJAAN CAMPURAN

BAIK ADA BURUK PUN ADA

Oleh: Mokhtar Petah

UMNO - Barisan Nasional, PAS dan parti – parti politik lain di negara ini boleh bekerjasama dalam sebuah kerajaan campuran, sekiranya mereka mempunyai pandangan yang teebuka luas dan mementingkan rakyat dan negara lebih dari segala - galanya. Negara kita telah terlalu dewasa dengan nesbah edah mencapai kemerdekaan sejak tahun 1957, tetapi kerana individu dalam parti-parti politik, sama ada pihak kerajaan mahupun pihak pembngkang belum dewasa fikiran masing – masing, maka mereka berada dalam persengketaan yang tidak ada hujungnya. Keadaan pergisiran atau boleh disifatkan berkeadaan seperti ‘kucing dengan anjing’ (maaf, kerana menggunakan peribaahasa ini), maka persengketaan itu terus menerus dan orang ramai seperti berada dalam kebingungan. Kalau gigi manusia tidak lekat pada gusi, telah lama jalan raya dan di mana-mana penuh dengan sepahan gigi, kerana telah ramai dan telah lama para pemimpin dan aktivis agama Islam dan masyarkat menyeru kea rah perpaduan dan keharmonian. Setiausaha Pas Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata parti itu masih berharap Barisan Nasional (BN) dapat menerima cadangan pembentukan kerajaan campuran di negara ini, demikian Bernama melaporkan hari ini.
Menurut Takiyudin, cadangan Presiden Pas, Datuk Hadi Awang ada
Takiyuddin telah menimbulkan cadangan yang dikemukakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada pemimpin Barisan Nasional dan katanya, perkara itu, penting
bagi mengembalikan negara kepada keadaan aman dan tenteram. Kalau dilihat dengan mata sentiment atau lebih mementingkan yang lain dari perpaduan dan harmoni di kalangan rakyat, maka tentulah sukar kerajaan campuran UMNO- Barisan Nasional dengan PAS menjadi sukar dan bahkan terlalu sukar.

Kita mesti melihat ideologi atau dasar semua parti politii dan kemudian kita menilai ‘kemungkinan’ dapat menubuhkan kerajaan campuran, baik ada dan buruk pun ada. Iaitu ungtuk perpaduan dan keharmoniam memanglah baik, tetapi di segi politik semasa tentulah ada buruknya bagi sesebuah parti politik yang menyertai kerajaan campuran itu. Kita patut melihat akan ideologi atau dasar yang dipegang atau dianuti oleh parti-parti poliik di negara ini. Berikut ini adalah dasar atgau iudeologi yang duoegang atau dianuti oleh parti-parti politik di negara ini, iaitu:

* PAS dengan kebangsaan yang luas Islamisme sebagai

ideologi.

* UMNO kebangsaan yang sempit (Melayu). Bertegak pada dasar kebangsaan yang sempit dan mengamalkan dalam politik,ekonomi dan sisial sepertri kapitalisme beradukkan Islam. Agama Islam sebagai amalan peribadatan dan tidak boleh menjadi dasar negara.

* MCA dengan dasar kebangsaan yang sempit (Cina) dan menganut kapitalisme dan dan ada yang mungkin ideologi lain.

* MIC dengan dasar kebangsaan yang sempit (India) dan menganut kapitalisme dan ada yang menganu ideologi lain.

* Parti Keadilan Rakyat dengan dasar kebangsaan yang luas dan berpegang kepada Sosio – demokrasi. Dan Islam sebagai amalan peribadatan semata.

* DAP dengan deasar sosio – demokrasi dan kebangsaan yang luas dan Islam tidak diterapkan dalam politik dan pemerintahan. Hanya menjdi ibadat kepada orang Islam sahaja.

Andainya para pemimpin kita dalam parti- parti politik yang bebeza pegangan pada dasar kebangsaan dan ideologi itu mempunyai pandangan yang sama, iaitu kepentingan negara dan rakyat, maka untuk membentuk sebuah kerajaan campuran akan menjadi mudah,jika mereka mengenepikan pegangan pada dasar dan ideologi masing-masing Saya melihat tidak mungkin berlaku tolak ansur tentang pegngan kebangsaan dan ideologi. PAS tidak akan merelakan mengenepikan kebangsaan yang luas, iaitu bangsa Melayu sekadar melukut tepi gantang yang penting ummah, iaitu apa sahaja bangsa inddividu yang menganut agama Islam dan menajadi rakyat Malaysia adalah bangsa Malaysia.

Hanya rakyat yang beragama Islam sahaja boleh diangkat menjadi pemimpin kerana PAS berpegang kepada ajaran Quran tidak boleh mengambil orang kafir menjadi pemimpin. UMNO tetap dengan bangsa Melayu, individu beragama lain yang menjadi rakyast Malaysia tetap dengan bangsanya sebagai kaum dan bangsa Melayu. Dengan wujudnya kerajaan campuran, sama ada UMNO - Barisan Nasional mahupun dengan parti – parti politik lain,maka perjuangan PAS menegakkan Negara Islam terpaksa dipendamkan atau dibatalkan. UMNO juga terpaksa mengenepikan kebangsaan yang sempitnya dan menghapuskan ketuanan Melayu dan Raja Melayu. Dalam peperintahan Islam – semua bangsa menganut agama Islam dan menjadi rakyat yang satu – ketuanan Melayu tidak boleh diwujudkan dan Raja Melayu pun tidak ada. Negara menjadi sebuah negara republik atau Negara yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah,iaitu berdasarkan Quran dan Sunnah. Mungkin Raja boleh wujud dalam Negara Islam, tetapi Raja tidak menjadi tonggak ketuanan Melayu. Raja tidak mempunyai sebarang kekuatan dan daulat. Tidak membuat atau memberi sebarang pengampunan kepada rakyatnya yang telah melakukan kesalahan dan dijatuhkan hukuman oleh mana- mana mahkamah. Raja hanya menjadi simbul orang Melayu. Maka dengan garisan yang berbeza dan kedudukan berlainan seperti di atas tentulah menjadi sukar bagi PAS dan UMNO – Barisan Nasional dan parti – parti lain menjadi penghalang untuk menubuhkan kerajaan campuran bagi Malaysia.

(Tamat)

No comments: