Saturday, March 21, 2009

ALI RUSTAM DAN NORZA ZAKARIA


Mohd. Ali Rustam


Mohd. Norzah Zakaria
(Dua gambar ini milik Berita Harian)

Allah melaknat pemberi rasuah,
penerima rasuah dan perunding antara mereka.
(Hadis Nabi Muhammad s.a.w.)

Sesungguhnya, jangan harapkan mereka dalam UMNO, tetapi ambil kira orang ramai yang cintakan negeri dan negara. Seseorang yang didapati melakukan amalan rasuah atau politik wang, menurut Nabi Muhammad s.a.w.: Pemberi, penerima rasuah dan orang tengah (perunding) dilaknat Allah.Mereka dilaknat oleh Allah, jika dibenarkan, diambil atau dipilih untuk memimpin negeri dan rakyat, maka laknat itu akan terkena kepada rakyat atau orang ramai yang dipimpin mereka.
Ali Rustan mestilah meletakkan jawatannya sebagai Ketua Menteri Melaka. Norzah tidak dibebnarkan bertanding untuk menjadi pemimpin.
Apakah mereka ini kebal dari tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah? Kalau perlukan bukti, maka bukti yang ada pada Lembaga Disiplin UMNO telah cukup.
Oleh kerana kita berada dalam negara dan negeri yang brpegang kepada agama Islam dan Adat Istiadat Melayu, maka Majlis Mufti Malaysia dan Mufti Melaka serta Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mestilah bertanggungjawab mengeluarkan fatwa; adakah Ali Rustam boleh meneruskan tugasnaya sebagai Ketua Menteri Melaka dan Norzah Zakaria boleh menjadi pemimpin umat Islam (dilihat dan dinilai di segi laknat allah).
Kalau Perkara ini tidak diselesaikan, saya khuatir Allah tidak meredai negara kita dan Negeri Melaka. Hanya laknat yang akan menimpa kita semua.
Begitu juga setiap individu yang telah didapati bersalah kerana amalan rasuah - politik wang oleh LDUMNO dan yang telah dikemukakan kepada lembaga tersebut, tetapi sukar mendapat bukti (kerana bukti amalan rasuah biasanya seperti melihat angin, tidak nampak, tetapi pepohon bergoyang).Juga mereka yang melakukan rasuah tetapi tidak dihadapakkan kepada LDUMNO. Hanya Allah yang mengetahui. Insaflah, baiklah mengundurkan diri dari bernafsu besar hendak menjadi pemimpin.Allah melihat. Di hadapan, laknat Allah sedang menunggu kalian dan semua manusia yang kalian pimpin. (mokhtar petah)

No comments: