BAHASA MELAYU
Yang Berhormat Menteri,
jenguklah ke pangkal sejarah Melayu,
pondak paduka terbeban amanah;
jaga bangsa daulatkan bahasa.
Para pemuda Melayu,
bongkar kaji sejarah perjuangan kita,
amanah bangsa bebanan kalian,
bahasa Melayu maruah bangsa.
Siapa khianat bahasa bunda,
beralaskan ilmu sains dan metamatik,
bahasa Inggeris didaulat dipuja,
bahasa ibunda dipijak dilatam.
Hina kita angkara kita,
kerana pemimpin lebin politik dari juang,
bahasa Melayu dilaksanakan padi,
dalam lalang tinggi berbunga.
Sedarlah politikus budiman,
semua bangsa bertdaulat di dunia,
nama terjulang di langit terbuka,
bahasa bunda berdaula keramat.
Siapa pengkhianat bahasa bunda?
Jika sungguh bagai dihasrat,
bahasa Melayu dilatam dipijak,
dia pembunuh bangsanya sendiri.
Gapena bersama semua warganya,
Hassan Ahmad dan Samad Said,
semua pejuang bahasa kita,
patah kandar di jalan jangan.
Jika sungguh pemimpin Melayu,
usah dituba bahasa kita,
kalau tidak dikata pengkhianat,
mungkin algojo bunuh bangsa.
Yakinlah wahai kawan dan lawan,
bangsa, bahasa dan agama,
pantang dipunggah di cabar jangan,
rela putih tulang dari putih mata!
KLIA .......................... Mokhtar Petah
No comments:
Post a Comment