Anggota - anggota FRU cegah dimonstrasi jalanan
(Gambar ini dan bawah dari Harakah Daily)
Para tokoh politkus dalam UMNO dan Kerajaan Malaysia pada masa ini, dari Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi , timbalan beliau, Datuk Sri Najib Tun Razak hingga kepada para ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negeri 'tidak terasa' betapa perit dan deritanya para penulis, wartawan, guru dan pewaris bahawa Melayu yang berjuang memdaulat bahasa tersebut pada tahun 1950-an.
Kemudian, apabila Abdullah Ahmad Badawi memegang jawatan Perdana Menteri, Najib Tun Razak timbalan beliau dan Hishamuddin Husein Tun Hus Onn Menteri pelajaran, mereka telah meneruskan sikap 'kalau boleh saya katakan khianat' kepada perjuangan bahasa Melayu dan bagaikan hendak membunuh bahasa tersebut.
Di antaranya mereka memaksa rakyat negara ini - para murid - menggunakan bahasa Inggeris bagi mata pelajaran metametik dan sains, kononnya 'untuk memajukan orang Melayu?".
Apabila Kerajaan mengumumkan penggunaan bahasa Injggeris bagi mata pelajaran metametik dan sains, para sasterawan, penulis, wartawan dan pencinta bahasa Melayu menentangnya, tetapi kerana pada masa itu Dr. Mahathir Mohamad seperti bertelingakan telinga kuali, maka tentangan itu tidak diambil peduli.
Setiap orang yang mencintai bahasa Melayu nampak kepada masa depan, iaitu jika bahasa Inggeris digunakan pada dua mata pelajaran penting itu, bererti seperti menanam anak-anak lalang dalam huma yang anak-anak padi baru mahu pulih.
Hishamuddin Husessein Onn nampaknya seperti
Sebilangan orang ramai yang menentang penggunaan bahasa Inggeris.
menentang perjuangan orang Melayu mendaulatkan bahasa Nelayu dan mahu meneruskan juga penggunaan bahasa Ingeris bagi dua mata pelajaran penting itu.
Mengapa golonga kerajaan tidak menjenguk ke Jerman, Indonesia dan beberapa negara lain yang tidak menggunakan bahasa Inggeris dan para pelajar mereka tidak menggunakan bahasa Inggeris dalam semua matga pelajaraan. Mereka hanya belajar bahasa Inggeris tetapi tidak mendaulatkannya, tetapi mereka maju dan lebih maju dari negara kita.
Mungkinkan boleh kita sifatkan, orang yang tidak yakin kepada bahasa Melayu bagi meningkatkan mata pelajaran metametik dan sains itu terdiri mereka yang telah hilang kepercayaan kepada peribadi sendiri dan melihat bahasa Inggeris sahajalah yang boleh menjadikan mereka terus bernafas.
Orang ramai dari berbagai golongan termasuk parti-parti politik yang tidak seiring jalan dengan UMNO - Barisan Nasional turut menyertai golongan GAPENA dalam perhimpunan dan perarakan menentang penggunaan bahasa Inggeris itu.
Semua rakyat berasa lega apa bila Abdullah Ahmad Badawi telah menyuarakan, agar isu bahasa Inggeris itu dapat diselesaikan dengan segera.
Saya khuatir, dengan isus bahasa ini akan menjadi beban lebih berat lagi kepada UMNO - Barisan Nasional pa da masa akan datang. Jika tidak ditangani dengan adil, parti tersebut akan menghadapai ' kehakisan yakin orang ramai' dan kemudian akan mengakinat kerajaan Barisan Nasional berada dalam dilema.
Dalam memperjuangkan bahasa Melayu, sesiapa pun tidak boleh menuding tangan mengatakan tindakan pencita bahasa itu didalangi pembangkang. Sebenarnya sama ada mereka dari parti yang menjunjung kerajaan, pembangkang dan mereka tidak berparti yang mencnta bahasa Melayau tetap menentang kerajaan apa sekali pun jika bahasa Melayu cuba dihakiskan.
Sekarang pisau di tangan Mentgeri pelajaran, Hishamuddin Tun Hussein, maka pada beliau letakkanya bahasa Melayu akan berdaulat atau terus lemah dan matgi seperti anak-anak pasi mati dalam lalang.
Harapan saya, Abdullah Ahmad badawi, Najib Tun Razak dan Hishamuddin Tun Hussein bangkit sebagai orang Melayu yang meneruskan perjuangan politik dan tidak menjadi anai-anai meroboh bangunan terhadap bahasa ibunda kita.(Mokhtar Petah)
No comments:
Post a Comment