Sunday, March 29, 2009

TEATER dINSMAN DI BP KOTA BHARU


KUALA LUMPUR, 29 Mac (Hrkh) - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) cawangan Kota Bahru akan mengadakan pementasan teater karya terbaru Dinsman.

Karya berjudul, 'Menunggu kata dari Tuhan' itu akan dilakonkan secara sola oleh pelakon teater dan pelawak, Sabri Yunus dengan dibantu muzik secara 'live' oleh Sani Sudin.

Menurut Dinsman sewaktu menghubungi Harakahdaily sebentar tadi, karya dari Hadis ini dijangka mengambil masa selama 45 minit dan akan dipentaskan di Bangunan DBP Kota Bahru pada 31 Mac (Selasa) jam 9.00 malam.

Teater yang diarahkan oleh beliau ini, mengisahkan dilema yang dialami oleh seorang sahabat nabi, Kaab bin Malik,akibat tidak mengikuti Rasulullah s.a.w. dalam peperangan Tabuk.

"Akibatnya, Kaab diboikot oleh sahabat-sahabat selama 50 hari dan akhirnya Allah SWT menurunkan wahyu kepada baginda Rasulullah bahawa Allah menerima taubat Kaab,"jelas Dinsman.

(Berita Harakah Daily 29 Mac 2009)

No comments: