TUNKU ABDUL RAHMAN DISINGKIR DARI ISTANA
Oleh: Mokhtar Petah
Sesaungguhnya saya tidak terkejut dengan tindakan beberapa orang pemuda UMNO Kedah telah membuat laporan polis ke atas seorang ahli Majlis Kerajaan Negeri Kedah, kononnya, beliau telah berucakap menghina Sultan negeri itu, tetapi saya terkejut dengan titah ucapan Sultan negeri tersebut semalam yang kecewa dengan kemelut politik yang berlaku sekarangini.
Sebelum saya melanjurkan tulisan ini, suka saya menngingatkan kepada semua yang membaca tulisan ini, bahawa Raja – Raja Melayu adalah sama-sama berjuang menuntut kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
Walaupun para Sultan tidak turun padang menyertai perjuangan UMNO, tetapi sejak UMNO ditubuhkan, Raja Raja Melayu telah merasamikan perisndangan UMMNO dan mereka telahmenumbangkan fwang yang banyak untuk perjuangan orang Melayu.
Apabila Sultan Kedah bertitah demikian, saya kira Baginda tyang arif akan hati nurani rakyat – orang Melayu - , tidak menderhaka kepada Raja, tentulah baginda tidak menuduh sesiapa dari parti – parti politik mana tidak menyukai Raja Melayu, tetapi anggaplah mereka sebagai anak-anak yang meraung meminta sesuatu dari ibu bapa mereka.
Berita tentang Sultan Kedah dukacita seperti disiarkan dalam
Cerita rakyat meraugn dan melolong kepada Raja – Raja Melayu telah berlaku sejak Raja - Raja Melayu menandatangi warkha (sial) gagasan Malayan Union oleh pihak Inggeris.
Sultan Perak, Sultan Abdul Aziz Shah telah dimaki hamun oelh orang – ramai (Melayu) dalam Bandar Kuala Kangsar kerana baginda menanda tangani warkah tersebut.
Manakala ada beberapa orang Raja Melayu tidak suka kepada perjuangan orang Melayu menuntut kemerdekaan kerana mereak khuatir, kalau orang Melayu Inggeris meninggalkan Tanah Melayu dan orang Melayu memerintah, semua rakyat ‘mati kebulur’.
Pada tahun 1951, Sultan Kedah dan Sultan Johor tidak suka Tunku Abdul Rahman Putra memimpin UMNO setelah Dato’ Onn Jaafat meninggsalkan parti politik orang Melayu itu.
Berikut ini adalah catatan saya mengenai penderitaan Tunku Abdul Rahman bersama Isterinya, Puan Sharifah setelah dihalau oleh kekandanya, Sultan Kedah, Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1943 – 1958), dari istana Kedah, di Alor Setar.
[1] Drs Ki Chuan Siu, Ikhtisar Sejarah Pergerakan dan Kesusasteraan Melayu Moden 1945 – 1965,
1986, Kuala Lumpur, Penerbitan Pustaka Antara, hlm.114 – 115.
[2] Tunku Badli Shah (1894) berbundakan Cik Sharifah dan Tunku Abdul Rahman (1903) berbundakan
Cik Manja Lara (Siam)
[3] Demikian ketentuan Allah dengan hikmat-Nya; kalau Tunku tidak berpindah ke Telaga Air, tentulah Tunku tidak rapat dengan Sheikh Abdullah Fahim dan tidak berpeluang bertanya tarikh yang baik untuk hari kemerdekaan
Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.
[4] Mokhtar Petah, Sheikh Abdullah Fahim Penentu Tarikh Kemerdekaan Negara 31 Ogos ’57, 1997, Kuala Lumpur, Pustaka Antara Sdn. Bhd.
[5] Kemudian hotel itu telah menjadi tempat para politikus dari UMNO dan PAS. Hotel tersebut tidak menjalankan kegiatan pelacuran seperti kebanyakan hotel dalam Bandar Kuala Lumpur pada masa itu.
No comments:
Post a Comment