MENRENUNG KERJASAMA ABDULLAH DAN NAJIB
Oleh: Mokhtar Petah
Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah di muka bumi. Oleh itu, hukumlah perkara di antara man usia dengan kebenaran dan jangan kamu mengikut kemahuan (nafsu), nanti kamu akan disesatkannya dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang tersesat dari jalan Allah itu, akan memperoleh seksa yang sangat (keras), disebabkan mereka melupakan hari perlindungan.[1]
Sesungguhnya kita berbangga dengan kepimpinan Abdullah Badawi dan Najib Tun Razak yang mementingkan kesaksamaan atau keadilalan. Mereka mematuhi perintah Tuhan kepada Nabi Daud seperti firman-Nya di atas. Sebagai cintoh, apabila mereka memegang tampuk pemerintahan negara, Anwar Ibrahim yang telah dipisahkan ke dalam penjara pada zaman Dr. Mahathir Mohamad telah dibicarakan semula dan beliau dibebaskan.
Andullah Badawi telah memberitahu para wartawan, bahawa pembebasan ke atasa Anwar Ibrahim tidak atas kuasa beliau sebagai Perdana Menteri, tetapi jika para hakim masih ‘takut-takut kena pecat’ seperti pada zaman Perdana Menteri yang lalu, tentulah tokoh negarawan teranaya itu terus menerus memikul nama yang tidak baik.
Pada zaman Dr.Mahathir Mohamad berkuasa sebagai Perdana Menteri, enam orang hakim telah menjadi mangsa ‘kuasa orang berkuasa – mereka dipecat dari jawatan deengan tidak berupaya merayu; kecuakli kepada Tuhan yang Maha Adil.
Mereka itu, ialah Ketua Hakim Negara, tun Mohd. Salleh Abas, Hamik Mahkamah Agung, Dto George Seah dan Tan Sri Wan Sulaiman Pawanteh dan Hakim Tan Sri Eusoffe Abdoolcader, Hakim Tan Sri Azmi Kamaruddin dan Hakim Tan Sri Wan Hamzah Mohd. Salleh.
Fakta yang menyebabkan para hakim itu dipecat, adalah seperti berikut:
‘Tun Salleh Abas dilahirkan di Besut, Terengganu.
Memulakan kerajaya dalam perkhidmatan perundangan dan kehakiman sebagai majistret pada 1957.Beliau dilantik sebagai Ketua Hakim Negara (ketika itu dipanggil Lord President of the Supreme Court) pada 1984.
Pada Mac 1988, mewakili para hakim, Salleh mengutus surat kepada Yang di Pertuan Agong ketika itu untuk menyatakan kekecewaan dengan tuduhan yang dilemparkan oleh Perdana Menteri (ketika itu) Tun Dr.Mahathir Mohamad terhadapbadan kehakiman.
Dua bulan kemudian, Salleh telah telah digantung tugas dan Hakim Besar Malaya, Tan Sri Abdul Hami Omar dilantik sebagai Pemangku Ketua Hakim.
Salleh dihadapkan ke tribunal atas dakwaan salah laku.Beliau bertindak balas dengan mefailkan saman di Mahkamah Tinggi bagi mencabar status tribunal tersebut dari segi Perlembagaan.
Beliau turut memohon perintah penangguhan sementara terhadap tribunal tertsebut tetapi permohonan itu ditolak.
Lima Hakim Mahkamah Agung bersidang dan membenarkan perintah sementara menghalang tribunal tersebut.
Perintah tersebut kemudian diketepikan dan pada Ogos 1988, Salleh secara rasminya dipecat daripada jawatan Ketua Hakim Negara.
Lima Hakim Maahkamah Agung yang membenarkan penangguhan sementara itu – Tan Sri Azmi Kamaruddin, Tan Sri Eusoffe Abdoolcader, Tan Sri Wan Hamzah Mohamed Salleh, Tan Sri Wanh Sulaiman Pawanteh dan Datuk George Cheah – kemudian digantung tugas.
Pada Oktober 1988, Wan Sulaiman (Allahyarham) dan Seah dipecat manajakala jawatan tiga hakim lagi, Azmi, Eusoffe dan Wan Hamnzah dukembaikan.
Pada 2006, Majlis Peguam membuka semula episod yang dikenali sebagai Krisis Kehakiman 1988 apabila majlis itu menggesa ia disemak semula.
Pada tahun yang sama, Salleh yang ketika itu berusia 77 tahun, yang selama ini membisu mengenai krisis tersebut, membuka mulut apabila menyokong Majlis Peguam.
Perkara itu kebali dihangatkan apabila Menteri di Jabatan Pertdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahimmencadangkan kerajaan meminta maaf dan membaya ganti rugi kepada Salleh, george Seah dan Wan Sulaiman berikutan krisis itu.
Bagaimanapun, cadangan tersebut ditolak oleh kerajaan apabila Pertdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 10 April lalu kerajaan tidak perlu meminta maaf.
Bagaimanapun Abdullah berkata, kerajaan akan memutuskan kaedah yang sesuai untuk mengembalikan kedudukan Salleh.[2]
Setelah Abdullah Badawi mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman dalam uapatama yang tajuk Delivering Justice, Renewing Trust dalam majlis makan malam Majlis Peguam Peguam Malaysia, di Kuala Lumpur pada 17 April 2008.
“Kerajaan mahu mengiktirafsumbangan enak orang hakim ini kepada negara, komitmen mereka menegakkan keadilan dan mengakui penderitaan dan kesengasaraan yang mereka lalui,”kata Abdull Badawi.
“Walaupun pengiktirafan ini terlewat dua puluh tahu, ia dibuat dengan penuh harapan bahawa kesengaraan dan kehilangan itu masih boleh sembuh,”katanya lagi.
Dengan wajah yang diusap warna sedih, Abdullah Badawi telah berkata, “secara peribadi saya melkihar krisis 1988 (zaman Dr. Mahathir Mohammad) tidak pernah sembuh sepenuhnya.Sekali lagi, marikah kita meneruskan hidup. Tidak bijak untuk mengungkt perkara lama.”
“ Rakyat mahukan perubahan dan kemajuan ...,” ujar Abdullah Badawi.
Ekoran dari langkah tegas Perdana Menteri, Abdullah Badawi, orang ramai telah menyanjung peranan beliau dan Najib Tun Razak yang mementgingkan kiedilan di kalangan umat manusia amnya dan rakyat Malaysia khasnya.
Kesyukuran kepada Allah dan berterima kasih kepada manusia yang berbuat baik adalah penting. Selain dari para hakim dan waris mereka mengucap terima kasih kepada Abdullah Badawi, apakah Pak Sheikh Anwar Ibrahim yang masa depannya cerah, turut mengucapkan demikian jua.
Bersyukur kepada Tuhan besar balasan,
Terima kasih kepada manusia tenangkan perasaan,
Hasad kasumat dalam diri,
Kalau tak gila, haru biru mengamuk jiwa.
Sesungguhnya keadilan amat mudah disebut oleh sesiapa sahaja, tetapi untuk melaksanakannya amat sukar. Apabila seseorang pemimpin mempunyai kesedaran tentang keadilan dengan tidak mengenepikan perintah Tuhan, maka dia akan melakukan keadilan itu dengan sebaik mungkin.
Telah pernah berlaku di negara-negara di seluruh dunia, bahawa Raja pemerintah, Presiden atau Perdana Menteri mempunyai pengaruh yang kuat ke atas badan kehakiman atau mereka melakukan tekanan ke atas badan kehakiman sehingga para hakim menjadi alat mereka.
Kebanyakan negara yang mendakawa maju dan bertamadun, tetapi badan keahakiman berkeadaan lemah di bawah para raja pemerintah, presiden dan perdana menteri. Misalnya badan kehakiman atau para hakim tidak dapat menegah atau menasihat pemimpin negara dari melakukan ke zaliman ke atas rakyat dan rakyat di negara-negara lain.
Sesungguhnya manusia itu bertindak melanggar batas; disebabkan dia melihat dirinya serba cukup.[3]
Kita semua yakin, bahawa dua pemimpin kita, Abdullah Badawi dan Najib Tun Razak akan berada atas jalan yang lurus mengikut petunjuk Quran seperti berikut ini:
Kamu sekalian melakukan ‘ihsan’, sesungguhnya Allah kasihkan orang-orang yang melakukan ihsan.[4]
Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu berlaku adil dan ihsan.[5]
Keragaman Pemimpin
Baik atau buruknya sesebuah negara dan rakyatnya bergantung kepada bagaimana keragaman pemimpin (raja pemerintah, presiden atau perdana Menteri)nya. Kalau pemimpin tidak adil, Allah akan menjadikan negara itu tidak aman dan rakyatnya kacau-bilau atau huru-hara. Kalau negara itu kaya atau makmur tetapi semua rakyatnya miskin atau papa kedana kerana negara itu tidak dalam bidang keampunan Allah.
Turutlah (pimpinan) yang baik-baik yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, sebelum seksaan datang kepada kamu dengan tiba-tiba, pada ketika itu kamu tidak mengetahui (tidak sedar).[6]
Negara yang indah makmur dan Tuhan yang mengampun.[7]
Penjelasan ayat di atas, iaitu ‘negara aman, rakyatnya makmur, berkat kurniaan dan kemurahan Tuhan. Mereka terhindar dari kemiskinan, kekacauan dan kelemahan’. Demikian menurut para ulama tafsir Quran.[8]
Dalam Quran banyak menerangkan fakta sejarah mengenai negara dan rakyat yang dibinasakan oleh Allah dengan tiba-tiba dan tidak diketahui oleh mereka. Di antaranya negeri dan kaum Nabi Noh alaihissalam yang tenggelam dalam banjir dan taufan dan negeri Nabi Luth alaihissalam yang terbakar dan punah ranah.
Kebebasan beragama
Perlembagaan Persekutuan, dalam Artikel 11 Kebebasan beragama
menjelaskan:
( 1 ) Tiap-tiap orang adalah berhak menganut dan mengamalkan
agamanya dan, tertakluk kepada fasal ( 4 ), mengembangkan
agamanya.
( 2 ) Tiada siapa pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai
jika pendapatan dari cukai itu adalah diuntukkan khas sama
ada kesemuanya atau sebahagian bagi maksud sesuatu
agama yang lain dari agamanya sendiri.
( 3 ) Tiap-tiap kumpulan agama adalah berhak -
(a) mengurus hal ehwal agamanya sendiri;
(b) menubuhkan dan menyenggara yayasan-yayasan bagi maksud-
maksud agama atau khairat; dan
(c) memperoleh dan mempunyai harta serta memegang dan
mentadbirkannya mengikut undang-undang.
( 4 ) Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya,
undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau
menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau
Kepercayaan agama antara orang-orang yang menganut
agama Islam.
( 5 ) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan undang-undang am mengenai ketenteraman awam, kesihatan dan akhlak.[9]
Piagam Madinah
Pada 24 Oktober 1945, Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) ditubuhkan. Salah satu dari naskhah-naskhah perlembagaan atau perundangan yang menjadi panduan bagi menggubal perlembagaan Pertubuhan tersebut, ialah Piagam Madinah.
Kita rakyat Malaysia yang dapat menikmati perpaduan dan keharmonian – orang-orang keturunan pendatang diterima menjadi rakyat negara ini, adalah disebabkan orang Melayu beragama Islam. Berpandukan ajaran Quran:
Ditimpa ke atas mereka kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali orang-orang yang menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia, dan mereka kembali dengan mendapat murka dari Allah dan ditimpa ke atas mereka kelemahan.[10]
Pada masa ini, dengan kerjasama Abdullah Badawi dan Najib Tun Razak serta persefahaman semua golongan, maka Malaysia berada dalam keadaan aman dan damai. Penduduk-penduduk negara ini dan para pelawat, termasuk dari Amerika syarikat, Britain dan negara-negara lain bebas ke sana ke mari. Mereka tidak khuatir kepada gangguan dari individu atau gerombolan pengganas ataupun manusia yang anti manusia dari bangsa-bangsa lain yang berkunjung ke negara ini.
Dalam tempoh empat tahun Abdullah Badawi dan Najib Tun Razak memimpin negara dan rakyat Malaysia, mereka telah berjaya menunjukkan kepada negara-negara dan umat agama lain di seluruh dunia, bahawa orang Melayu dan umat Islam di negara ini bukanlah ‘pengganas’ seperti yang dianggap oleh sesetengah orang atau golongan tertentu. Begitu juga umat Islam di seluruh dunia bukan pengganas sebenarnya. Mereka adalah sebahagian dari umat Islam di dunia yang dipijak dan tindas oleh musuh-musuh umat Islam yang mahu menguasai negara mereka.
Perhimpunan Agung
Abdullah Badawi pada waktu berucap pada Perhimpunan Agung UMNO Ke -55, di Kuala Lumpur, pada 23 September 2004, telah berkata:
“PBB perlu diberi peranan yang sewajarnya untuk memerangi keganasan. Keganasan yang menyasar- kan orang awam sebagai mangsa perlu ditentang secara tegas. Keganasan yang dilakukan oleh mana-mana pihak, baik oleh negara atau oleh kumpulan militan tidak dapat diterima. Istilah jihad tidak harus disalah-gunakan-tidak harus diselewengkan tafsirannya untuk menghalalkan keganasan. Perbuatan demikian hanya mencemarkan kesucian ajaran Islam. Islam sama sekali tidak menghalalkan keganasan. Keganasan jika dibiarkan n akan membiakkan kezaliman yang tidak akan membawa sebarang faedah. Dalam usaha membendung keganasan isu-isu utama yang menyentuh rakyat di negara atau wilayah tertentu perlu diselesaikan secara adil. ’
‘Adil’ yang dilaungkan di kalangan umat Kristian dan Yahudi Amerika Syarikat, British, Australia dan di seluruh dunia sebenarnya ‘tidak adil’ pada umat Islam di seluruh jagat ini. Kerana mereka memburuk-burukkan umat Islam. Menuduh umat Islam sebagai ‘pengganas’.
Sebenarnya pihak umat Kristian dan Yahudi yang melakukan kezaliman dan pen aniayaan ke atas umat Islam. Mereka telah menceroboh kawasan atau negara umat Islam, seperti di Palestin, Afghanistan dan Iraq.
negara mereka diserang, di ceroboh dan di jajah. Mereka ditindas, perkosa, aniaya dan ramai yang dibunuh dengan peluru, mortar, meriam, bom dan sebagainya.
Tindakan Presiden Amerika Syarikat, G.W. Bush mengheret tentera-tentera dan rakyatnya memerangi Afghanistan dan Iraq dengan beralasan kerana ‘membasmi pengganas dari umat Islam’ dan kerana menyelamatkan rakyat Amerika Syarikat serta keamanan dunia, sebenarnya tidak benar.
Melakukan Kezaliman
Umat Islam yang menderita bangun menentang pihak umat Kristian dan Yahudi yang melakukan kezaliman dan pecerobohan, maka pihak yang menceroboh dan melakukan kezaliman itu menuduh mereka pengganas.
Sebenarnya, peperangan untuk memusnahkan bumi dan manusia. Peperangan adalah sebagai senjata penting untuk menjajah negara orang lain. Dengan beralaskan ‘pengganas dari umat Islam’ di Afghanistan dan senjata berbahaya di Iraq, G.W. Bush berhasrat menguasai negara itu atau boneka-bonekanya di dua negara itu akan membantah bagi pihaknya. Apabila wujud hasrat itu Amerika Syarikat akan dapat menguasai pengeluar hasil bumi di Afghanistan dan minyak di Iraq.
‘Presiden George W. Bush pun menginginkan di Iraq. Seperti Carassus, Hitler, dan bangsa Eropah lama, Bush juga di motivasi oleh wang, tentunya wang dari minyak. Seperti Crassus dan Hitler, Bush bersama sekutunya, Inggeris,merasa gerah oleh adanya pembatasan aturan yang terkait dengan produksi minyak dunia oleh organisasi Negara- Negara Pengeksport Minyak (OPEC).
Bush menginginkan perang untuk melawan segala aturan yang membatasi kepentingan ekonomi AS dan berencana untuk mengatur penyebaran minyak di Timur Tengah, menjaga harga agar tetap jatuh untuk meraih keuntungan besar. Seperti Roosevelt,[11] Bush senior dan Bush junior pun memerlukan bagian untuk membuat gerakan itu.
Banyak analis Barat dan Timur yang mengungkapkan bahawa perang yang dikobarkan di Iraq oleh George W. Bush dan sekutu dekatnya, PM Inggeris Tony Blair, memang kerana alasan minyak. Memang ada alasan-alasan lain, seperti Iraq masih memiliki senjata pemusnah missel, kimia, dan biologi, yang menurut resolusi PBB 1441 harus dimusnahkan. Juga, Presiden Saddam Hussein dianggap Amerika tidak mengembangkan budaya demokrasi. Sidney Jones, pengamat Indonesia dari AS, dan majalah mingguan Newsweek mengatakan bahawa perang tidak lepas dari sikap ideologi Kristian Bush. Sebagai seorang penganut Kristian Fundamentalis, Bush jelas merasa tidak senang melihat lahir dan berkembangnya faham radikal Islam[12] kerana akan mengganggu sesuatu yang menjadi tujuan hidup mereka-meski alasan ini terlalu dibuat-buat dan berlebihan. ’[13]
Tulisan di atas ini memberi kefahaman kepada kita, bahawa ada dua pokok utama G.W. Bush mengheret tentera dan rakyat Amerika Syarikat memerangi Iraq, iaitu mahu menguasai industri minyak Iraq dan menghapuskan orang-orang Islam yang radikal, iaitu orang Islam yang mengikut petunjuk Quran dan Hadis Nabi Muhammad s.a.w.
Tiga orang penting yang merancang dan mengarahkan perang ke atas Iraq adalah bekas pegawai tinggi dalam syarikat minya di Amerika Syarikat; G.W. Bush bekas Senior Eksekutif Arbusto Energy dan Bush Exploration Oil Company pada tahun 1986 – 1990 dan Senior Eksekutif dalam Harken Oil Company 1978-1984.
Ketua Eksekutif
Naib Presiden Amerika Syarikat, Dick Cheney telah memegang jawatan Ketua Eksekutif dalam Halliburton Oil Company pada 1995 – 2000.
Penasihat keamanan - Ketua Setiausaha Negara, Condoleezze Rice pernah memegang jawatan Senior Eksekutif dalam Chevron Oil Company.
Membela Negara
Orang-orang Islam yang telah dijajah negara mereka, diserang, dibunuh, wanita-wanita cantik dirogol dan sebagainya. Manakala mereka yang dizalimi itu bangun menentang dan membela negara mereka, maka mereka telah dituduh pengganas. Tetapi mereka yang telah melakukan kezaliman ke atas umat Islam tidak pula dianggap pengganas. Mereka disanjung sebagai pembela kemanusiaan sejagat.
Umat Islam bangun membela diri. Menuntut hak dan keadilan tidak dihiraukan oleh pihak-pihak tertentu termasuk Pertubuhan Bangsa bersatu (PBB). Kerana untuk membela diri dan menjaga maruah, maka dengan apa cara jua pun, hatta mengurbankan diri dengan mati syahid. Mereka reda mati syahid.
Perangilah mereka hingga tidak ada fiatnah (kezaliman dan penganiayaan), dan agama seluruhnya bagi Allah (berejuang kerana Allah). Kalau Mereka tidak brhenti, sesaungguhnya Allah melihat apa yang mereka lakukan.[14]
Hal yang demikianlah patut diperhatikan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan mereka yang mahu menentang keganasan. Mereka perlu merenung ke dalam diri sendiri; adilkah mereka. Selagi mereka tidak berbuat demikian, maka sampai bila pun masalah penentangan umat Islam terhadap pihak kuasa besar termasuk Yahudi tidak akan selesai.
[1] Quran; Shah: 26.
[2] Utusan
[3] Quran; Al Qalam: 6,7.
[4] Quran; Al Baqarah:195.
[5] Quran; An Nahl: 90.
[6] Quran; Az Zumar:55.
[7] Quran; Saba: 15.
[8] H. Zainuddin Hamidi Fachruddin Hs., Tafsir Quran, 1959, Jakarta, Penerbit Wijaya, hln. 624.
[9] Petikan dari Perlembagaan Persekutuan.
[10] Quran; Ali Imran: 112.
[11] Franklin Delano Roosevelt, Presiden Amerika Syarikat, Governor New York 1929 – 32 dan Presiden AS
pada tahun 1933 – 45.
[12] Radikal Islam; berpegang kepada ajaran Quran dan Hadis Nabi Muhammad s.a.w.; Jihad menentang
musuh Islam yang mengkhianati umat Islam menjadi wajib. Sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan itu
adalah syahid. Mereka boleh bersahabat dengan orang-orang kafir selagi orang-orang kafir tidak
memusuhi umat Islam. Orang-orang radikal Islam ada di mana-mana di dunia ini.
[13] Elba Damhuri, Di Balik Invasi AS Ke Irak, 2003, Jakarta, hln.9,10.
[14] Al Anfal:39
No comments:
Post a Comment