Monday, March 23, 2009

NIK AZIZ MURSYIDUL 'AM PAS

Menteri Besar Kelantan

*

Nik Aziz

' ... dengan mengusahakan tanah yang mati itu bererti ia menambahkan lagi peluang untuk mendapatkan rezeki, apabila pokok - pokok yang ditanam itu mengeluarkan hasil, bererti ia bukan sahaja mendatangkan manfaat kepada peneroka yang berusaha jerih, tetapi juga kepada makhluk lain.
Setiap hasil tanaman sama ada buah - buahan atau syur - sayuran yang dimakan oleh makhluk lain seperti binatang dan sebagainya, bererti Allah SWT menjadikannya sebagai sumber pahala kepada petani yang mengusahakannya, dengan syarat bahawa ia reda serta tidak menyumpah seranah terhadap haiwan yang memakan buah - buahan atau tanaman tersebut.
Apalah salahnya haiwan berkongsi rezeki dengan memakan buah - buahan atau tanaman yang lain, ia sesuai dengan maksud hadis Rasulullah yang menyatakan: " Bahawa setiap buah - buahan atau tanaman yang dimakan oleh haiwan itu akan diberi oleh Allah SWT ganjarannya."
Di sini timbul suatu pertanyaan, apakah seseorang peladang atau petani mesti membiarkan saja tanaman atau buah - buahan dimakan binatang sehingga menimbulkan kerosakan kepada hasil yang akan dikutip, ataupun wajarkah dibunuh saja binatang perosak itu.
Seorang petani atau peladang harus (mesti) tahu menioai antara keinginan mendapatkan pahala, meredakan haiwan memakan hasil tanaman, dengan (tidak?) mengambil kira kerosakan yang ditimpakan oleh haiwan - haiwan itu. Sekiranya sekadar memakan buah - buahan atau sayuran - sayuran tanpa merosakkan pohon - pohon yang ditanam tentulah ia tidak menggugat punca rezeki dan tidak menyakitkan hati kecil pemilik tanaman itu untuk meredakan hasil tanaman yang dimakan binatang itu.
(Dari buku,Tazkirah Jiwa Dan Nafsu, oleh: Nik Aziz - 1995).

* Mnedalami tazakirah ini, saya melihat kerajsama PAS dengan UMNO dan parti - parti politik
lain boleh diteliti dan kaji dari yang tersirat di dalamnya.
(Insya Allah, bersambung esok).

No comments: