BIDANG KUASA RAJA - RAJA KITA
BERNAKAH SULTAN TIDAK BOLEH GANTI MB?
[Semalam kami telah menyiarkan tulisan Ketua Hakim Semenanjung (Negara) Raja Tun Azlan Shah ( kini Sultan Perak) dalam Journal Undang - Undang Vol 9, Jun - Disember 1982 yang kami ambil dari buku Kerajaan Mansuh Kekebalan Raja Melayu, oleh: Mokhtar Petah. Pada Hari ini kami menyiarkan sambungan tulisan tersebut untuk tatapan para pengikut dan peminat blog kami. - Editor, Petah Shahrir Aidid]
Sultan tidak bebas pilih Menteri Besar
(c) Pengaruh British
British tidak menakluki negeri - negeri Melayu seperti tr4adisi Iskandar Zulkk=arnain atau Kablai Kha. Mereka menjajah negeri - negeri Melayu melalui campur tangan. Mereka memerlukan kuasa untuk memerintah negeri - negeri Melayu. Tetapi mereka menyedari betapa bergunanya Raja -Raja dan juga perasaan halus rakyat mengenai kedudukan Raja - Raja dan taat setia rakyat kepada mereka. Kerana itu British memperalatkan Raja - Raja untuk memerintah rakyat jelata. Mereka membuang semua kuiasa Raja - Raja kecuali yang berkaitan dengan agama (Islam) dan adat istiadat (Melayu). Hal ehwal agama (Islam) ditafsirkan sebagai hanya mengenai perayaan, istiadat dan hukum syarak. Oleh itu tidak ada pertentangan antara sol agama (Islam) yang dalam bidang kuasa Sultan dengan soal - soal lain yang telah diambil alih oleh British. British juga sudah banyak sekali berperang dengan beratus - ratus tahun untuk membebaskan kuasa Raja - Raja mereka.Kerana itu mereka menggunakan konsep raja berpelembagaan di negara ini untuk memenuhi kepentingan mereka.
Terjamin
(d)
British memperkenalkan sistem Kerajaan dan prinsip Undang - Undang Perlembagaan mereka di Malaya. Mereka juga yang bertanggungjawab di atas kemasukan beramai - ramai orang - orang Cina dan India.Kerana ketika Malaya sudah bersedia untuk merdeka,
Oleh itu, Plembagaan Merdeka menjadi hasil tolak ansur yang ulung. Setiap kumpulan memberikan sesuatu dan mndapat kembali sesuatu. Begitu juga dengan Raja - Raja. Mereka bersetuju untuk merdeka dan memberi kuasa mereka kepada rakyat, tetapi kedudukan dan keistimewaan mereka juga terjamin. Tugas - tugas mereka ditentukan oleh Perlembagaan. Sebenarnya, beberapa tugas tamabahan juga diberikan kepada mereka.
3 .Tugas Raja - Raja Mengikut Perlembagaan
Sir Ivor Jennings dalam tulisannya mengeai Raja - Raja British membuat pemerhatian berikut:
Sangat sulit hendak diterangkan proses kerajaan kerana ia banyak bergantung gkepada hubungan - hubungan yang tidak nayata yang lebih mudah dirasakan daripada dianalisa.Perkara ini lebih benar bagi Raja (Crown).Dari satu segi lain lebih mudah pula dibesar - besarkan soal pengaruh raja - raja melalui sikap legaslistik dan menekankan tugas Raja dalam teori undang - undang dan perlembagaan. Pada segi lain pula lebih mudah diperkecilkan tugas raja dengan cara menegaskan keagungan sistem tiga segi. iaitu Kebinet, Parlimen dan Rakyat.Kebenaran terletak pada suatu tempat antara keduanya, tetapi kebenran yang sangat sukar dipeliharakan, atau yang juga tidak tetap dari segi isinya. Banyak bergantung kepada pertemuan peribdi yang tidak dihadiri oleh ahli - ahli sains politik, dan banyak juga terletak kepada tabiat mereka yang hadir. (Sir Ivor Jennings: The British Constitution, hal. 109).
Perkara ini juga benar bagi sistem beraja di Malaysia. Walaupun tuga Raja- Raja Melayu ditakrifkan dengan lebih jelas dalam Perlembagaan, tugas mereka di sebalik tabir juga tidak dapat dinafikan. Menurut Sir Ivor Jennings, ’ Ratu (england) mempunyai satu - hanya satu - tugas yang sangat penting. Untuk melantik seorang Perdana Menteri. (Sir Ivor Jennings, hal.109).
Memang begitu keadaan di England kerana England tidak mempunyai perlembagaan betulis yang menggariskan dengan jelas kuasa Raja - Raja dan dalam hal - hal tertentu memperuntukkan bahawa Raja - Raja boleh bertindak mengikut budibicara mereka. Mari kita lihat peruntukan - peruntukan ini:
’Yang Dipertuan Agong boleh bertindak mengikut budi bicara dalam menjalankan tugass - tugas berikut: -
a) Perlantikan seorang Perdana Menteri
b) menahan persetujuan atas permintaan untuik
membubarkan Parlimen;
c) menentukan mesyuarat Majlis Raja - Raja yang semata - mata mengenai keistimewaan , kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Raja - Raja dan sesuatu
tindakan kepada mesyuarat begitu; dan d) dalam
kes - kes lain yang tersebut dalam Perlembagaan.’
(Perlembagasan Perkara 40 (2)).
Peruntukan - perunjtukan yang sama juga, dengan pindaan -pindaan tertentu, terkandung dalam Perlembagaan Negeri (lihat Perkara VII, Bahagian keduaa, Undang - Undang Perlembagaan Johor, Perkara 39 (Kedah); Perkara XI, Bahagian Pertama (Kelantan); Perkara XL (Negeri Sembilan); Perkara 6, Bahagian II (Pahang); Perkara XVIII, Bahagian Pertama (Perak); Perkara 39 (Perlis); Perkara LV (Selangor); Perkara XIX, Bahagian Pertama (Terengganu). Oleh itu pada perenggan (a) perkataan ’Perdana Menteri’ hendaklah dibaca sebagai ’ Menteri Besar’* dan pada perenggan (b) ’Parlimen’ mesti dibaca sebgai ’Dewan Perundangan’.
* Mengenai perenggan (a) di atas, bahawa Sultan Perak, Sultan Azlan Shah boleh memecat Menteri Besar negeri baginda dan menggantikan dengan Menteri Besar yang baru dilantik - psa.
Bagaimanapun Perlembagaan Negeri mengandungi perunjtukan - perujtukan tambahan kepada kuasa budi bicara Raja - Raja:
i ) Semua tugas sebagai Ketua Agama Islam atau yang berkaitan
dengan adat resam orang Melayu;
ii) Perlantikan seorang pengganti atau pengganti - peganti Raja
Perempuan, Pemangku Raja, atau Jemaah atau Jemaah
Pemangku Raja;
iii) Perlantikan seseorang ke dalam golongan istiadat Melayu,
pangkat, darjat dan martabat an gelaran kepada tugas - tugas
yang bersabit dengan; dan
1v Peraturan Istana dan kediaman Diraja.
Dalam perlantikan Perdana Menteri sekalipun Yang Dipertuan Agong tidaklah begitu bebas sepenuhnya, Perlembagaan menentukan bahawa Yang Dipertuan Agong hendaklah melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin dapat kepercayaan besar ahli-ahli Dewan itu (Perkara 43 (2), Perlembagaan). sejak merdeka 25 tahun lalu tidak pernah timbul masaklah dalam perlantikan Perdana Menteri. Pertama, kerana parti yang sama juga akan terus berkuasa dan selalu memenangi Pilihanraya Umum dengan kemenangan besar. Kedua, apabila parti memilih pemimpinnya pilihan itu dibuat dengan persetujuan bahawa jika parti itu berkuasa, pemimpin itu akan menjadi Perdana Menteri. Oleh itu di peringkat Persekutuan tugas yang selama ini dilakukan oleh Yang Dipertuan Agong dalam melantik Perdana Menteri tidak lebih dari hanya memberi perakuan Perlembagaan kepada keputusan parti yang berkuasa. Parti di sini mesti diertikan sebagai parti utama dalam pemerintahan campuran.
Bersumpah
Di peringkat negeri, bagaimanapun, keadaan ini tidakalah begitu licin. Ramai mengetahui bahawa Sultan Perak (Almarhum Sultan Idris Shah - psa) dan bekas Menteri Besarnya Tan Sri Ghazali Jawi, tidak sekata. Tetapi Kerana Menteri Besar mendapat kepercayaan parti , Sultan tidak boleh bertindak untuk menggantikan dengan Menteri Besar baru. Sultan ’enggan menghadiri sesuatu majlis yang dihadiri oleh Tan Sri Ghasali Jawi. Keadaan menjadi sangat buruk sehingga akhirnya Sultan menyimpan janggut dan bersumpah yang baginda akan mencukurkan setelah Tan Sri Ghasaali tidak lagi menjadi Menteri Besar.’(Tunku Abdul Rahman, As a Matter of Interest
(1981, hal.30. Krtisis itu diselesaikan apabila Menteri Besar atas nasihat parti (Perdana Menteri, Tun Hussein Onn - psa), meletakkan jawatannya. Seorang lain telah dicalonkan menjadi Menteri Besar dan Sultan melantik beliau (Dato’ Sri Wan Mohamed bin Haji Wan Teh - psa).
Peristiwa yang serupa juga terjadi di Pahang. Pemangku Raja Pahang tidak boleh bekerjasama dengan Menteri Besarnya Encik Rahim Bakar.Masalah itu diselsaikan seperti yang dibuat di Perak.
(Bersambung esok).
No comments:
Post a Comment